Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Monday, January 21, 2013

EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah

1.0    Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah

Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin).
Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin & Mendler, Model Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program Organisasi Bilik Darjah & Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein & Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi Rakan Sebaya.

1.1         Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar. Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen tingkah laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan akan lebih kerap berlaku.Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku dengan kerap ataupun langsung tidak akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya tidak diperkukuhkan.
Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan bertambah teguh jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan tidak diberikan.

1.2         Model Disiplin Asertif Canter
Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri.
Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.
Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, “guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah”. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid.
Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil.
Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.


2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER
Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan.  Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu.
Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar dan guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar.
Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru.
Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku yang seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktu-waktu tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini juga boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.

3.0  MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER
Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga  melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.
Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.
Menurut Canter, murid-murid memilih untuk  bertingkah laku .  Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.
 Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.

a)    Guru yang agresif

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti ‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar sini!’.. Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar.

b)    Guru yang tidak asertif

Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti ‘Tolonglah berkelakuan elok sikit’ atau ‘Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!’. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.

c)    Guru yang asertif

Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.

Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya, ‘Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan’ atau  ‘Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak’.

Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru.

Guru yang tidak asertif pula akan  menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru.

Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.

Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku  yang diingini  dan boleh membina persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan pengiktirafan  kepada murid termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan.
Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.







RUMUSAN
Secara keseluruhannya dapat dilihat, model disiplin Skinner dan model disiplin Asertif Canter saling mempunyai perkaitan dan bersesuaian dilaksanakan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang ingin menggunakan model Skinner ini perlu menganalisa tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah terlebih dahulu. Guru perlu mengkaji tingkah laku yang telah ditunjukkan dan akibat-akibat yang telah digunakan terhadap beberapa tingkah laku yang telah ditunjukkan. Kemudian guru boleh membuat pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan tingkah laku yang memerlukan perhatian yang khusus. Kenal pasti peraturan, peneguhan-peneguhan positif sekerap yang mungkin apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model Akibat Logikal Dreikurs pula menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
            Model Modifikasi Tingkah laku Skinner sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku melalui peneguhan berkala. Peneguhan postif ialah rangsangan yang diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala peneguhan negatif ialah rangsangan dikeluarkan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Berbeza dengan dendaan yang merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.
            Model Disiplin Asertif Canter pula menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar.
Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam ketiga-tiga model ini. Saya akan memulakan dengan Model Modifikasi Tingkah laku Skinner. Antara Kekuatan untuk model ini ialah strategi-strategi modifikasi mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi di mana model ini menekankan tentang peneguhan. Murid-murid akan membetulkan tingkah laku mereka. Seterusnya ialah penggunaan strategi modifikasi tingkah laku mendesak guru menjadi lebih sedar dan peka tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Dan yang ketiga ialah program modifikasi tingkah laku memastikan agar guru menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian dispilin dalam bilik darjah.
            Kelemahan Model Modifikasi tingkah laku Skinner ini pula menunjukkan murid dimanipulasi untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran yang dijanjikan dan bukan kerana kepuasan intrinsik. Yang kedua ialah model ini agak merbahaya jika digunakan oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika dan boleh menimbulkan rasa benci dalam diri murid terhadap guru dan sekolah. Yang ketiga pula ganjaran bagi seorang murid mungkin merupakan hukuman bagi murid yang lain. Guru juga sukar mengenalpasti ganjaran yang selaras dengan keperluan setiap murid.
            Kekuatan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah model ini memanfaatkan guru khususnya guru permulaan. Guru tidak perlu fikirkan bagaiman untuk menangani tingkah laku bermasalah yang timbul kerana sudah mempunyai satu rujukan sedia ada sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh pihak pentadbiran. Kedua ialah merupakan tindakan ke atas tingkah laku murid, dan bukan wataknya. Apabila peraturan bilik darjah dilanggar, guru menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif berhubung peribadi murid yang berkenaan.
            Kelemahan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah keberkesanan satu program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah murid-murid daripada melakukan salah laku. Murid-murid perlu diajar bagaimana dan betapa penting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik. Kedua, model ini mewujudkan persekitaran authoritarian di mana murid hanya akur kepada kehendak guru. Murid terpaksa memikul tanggungjawab atas sebarang salah laku yang timbul.


Nama : Mohammad Yusof Bin Abd Latip
No I/C : 900301-01-6801
Unit : PISMP Ambilan Januari 2010, Unit H2
        
         Assalamualaikum W.B.T. Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Pengurusan bilik darjah merupakan perkara utama yang menjadi kepentingan bagi semua guru-guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar segala objektif dan tujuan dapat dicapai.
            Saya telah menerima tugasan KKBI bagi kursus EDU 3104 pada 22 Februari 2011 yang bertajuk Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah. Objektif tugasan KKBI ini adalah bertujuan supaya guru pelatih dapat mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat dalam pelbagai model disiplin dalam bilik darjah. Selain itu, objektif tugasan ini juga adalah menerangkan kepada guru pelatih mengenai perbandingan dan perbezaan, kekuatan dan kelemahan sesuatu model disiplin bilik darjah. Seterusnya, melalui pengetahuan yang diperoleh melalui tugasan ini, guru pelatih dapat mengaplikasikan model disiplin yang dirasakan sesuai dalam pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah.
            Dalam tugasan KKBI Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini, saya dikehendaki melaksanakan dalam kumpulan bertiga atau berempat. Saya telah terpilih untuk berada dalam kumpulan yang mempunyai empat orang ahli. Setelah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, kami pelatih unit H2 telah membuat pembahagian kumpulan. Saya telah terpilih untuk bersama Nur Balkis Bt Omar, Siti Aishah Bt Halim dan Nur Izzati Bt Hasbullah dalam kumpulan yang sama. Setelah itu, kami telah membuat perbincangan ringkas dan membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sub tugasan nombor enam, iaitu untuk menjelaskan bagaimana guru dapat memanfaatkan mana-mana dua model disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
            Di kesempatan yang ada, saya telah membuat pencarian maklumat sama ada dalam buku ataupun di laman sesawang mengenai tajuk yang signifikan dengan sub tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Melalui pencarian tersebut, saya telah dapat beberapa bahan yang dirasakan sesuai dan perlu untuk menyempurnakan tuntutan tugasan tersebut.
            Sebelum melaksanakan tugasan, saya telah membaca secara ringkas terlebih dahulu model-model disiplin yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh seperti Skinner dan Asertif Canter. Model Modifikasi tingkah Laku Skinner telah diperkenalkan oleh Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) manakala Model Disiplin Asertif Canter pula diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976.
            Semasa melaksanakan tugasan ini, saya juga melaksanakan tugasan KKBI daripada subjek yang lain. Namun begitu, ini bukan merupakan alasan bagi saya untuk tidak menyiapkan tugasan ini.  Berkat kesungguhan dan dorongan daripada rakan-rakan, Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
            Pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melaksanakan tugasan KKBI ini. Melaluinya, saya telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama rakan sekumpulan. Saya telah dapat mempelajari sifat sabar dalam melaksanakan tugasan dan ragam manusia. Jika sebelum ini saya berasa kurang sabar dan sering terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu, kini saya telah mempelajari untuk mengatasinya. 
            Dalam penghasilan tugasan ini juga, saya dapat mengulangkaji pelajaran yang telah saya pelajari. Saya lebih memahami apa itu model disiplin dan apa kepentingannya dalam menguruskan bilik darjah. Saya juga telah memahami cara tindakan yang perlu dilakukan bagi mengawal keadaan bilik darjah iaitu dengan memberikan peraturan dan menguatkuasakannya secara berterusan. Selain itu, murid-murid perlu diberikan dendaan dan pembetulan di atas kesalahan yang telah dilakukan yang bertujuan untuk menghilangkan tingkah laku yang tidak diingini.
            Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat saya perolehi melalui tugasan KKBI ini. Pengurusan bilik darjah yang berkesan sangat berkait rapat dengan kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan gabungan yang mantap ini akan menyebabkan objektif dan matlamat tercapai dengan jayanya. Akhir sekali, saya berharap ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi melalui tugasan KKBI ini dapat membantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang dan seterusnya menjadikan generasi akan datang sebagai generasi yang berilmu pengetahuan yang tinggi selaras dengan hasrat wawasan 2020.   
REFLEKSI PEMBENTANGAN
Pengurusan bilik darjah merupakan agenda utama bagi bakal guru dan guru kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan. Berdasarkan pembentangan tutorial minggu kelima yang telah dibentangkan oleh dua orang ahli kumpulan, terdapat dua soalan yang perlu dijawab iaitu jelaskan tentang konsep dan pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah dan bincangkan peranan guru dalam pengurusan pentaksiran guru dalam bilik darjah.
Menurut pembentangan yang dibentangkan oleh Nur Balkis Bt Omar dan Siti Aishah Bt Halim, soalan yang pertama iaitu konsep dan pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah terbahagi kepada dua iaitu konsep dan pelaksanaan.
            Berdasarkan bahagian pertama iaitu konsep, Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah dilihat lebih bersifat formatif dengan mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Melaluinya, guru dapat melaksanakan diagnostik yang bertujuan untuk mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa dan seterusnya memberikan guru peluang untuk memperbetulkan kesilapan dan memperbaikai kelemahan murid serta merta. Selain itu guru dapat mengenal pasti akan kelemahan dan memperkembangkan lagi potensi yang ada pada murid.
Dalam Pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah, terdapat dua jenis penilaian yang dilaksanakan di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merupakan Penilaian yang dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh memberikan maklum balas kepada guru tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Melaluinya, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Bagi penilaian sumatif pula, Penilaian ini sering dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan dijadikan sebagai penanda aras tahap pencaapaian seseorang murid tersebut. Penilaian ini juga seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
Untuk melaksanakan penilaian, guru bertindak untuk menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai disamping merancang dan membina instrumen penilaian. Setelah membina instrumen, guru perlu melaksanakan penilaian serta merekodkan hasil penilaian murid. Setelah itu, guru perlu menganalisis maklumat penilaian dan melalui maklumat tersebut, laporan dan tindakan susulan perlu dilakukan.
Selain itu, melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian yang berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut bagi mencapai hasrat yang ingin dicapai.
Pelaksanaan penilaian kendalian berasaskan sekolah yang sistematik perlu mengikut langkah-langkah yang berikut iaitu yang pertama merancang penilaian dan menentukan hasil pembelajaran dan instrumen penilaian. Setelah itu, instrumen penilaian perlu dibina dengan membuat jadual penentuan spesifikasi (JSU) dan membina soalan atau instrumen. Setelah itu, penilaian yang dirancang perlu dilaksanakan melalui pelbagai cara seperti pemerhatian, lisan dan juga penulisan. Setelah itu, segala maklumat berdasarkan penilaian yang dibuat, keputusan perlulah di rekodkan dan di analisis maklumat tersebut mengenai tahap yang diperolehi daripada murid. Jika perlu, keputusan hasil penganalisian maklumat perlu dilaporkan untuk makluman pihak tertentu.
Setelah mengetahui kelemahan yang berlaku, penguasaan perkara yang diajar perlu dilakukan. Jika murid-murid dapat menguasai perkara yang diajar, tindakan susulan perlu dilakukan sebagai pengukuhan dan pengayaan dan meneruskan pelajaran yang baru. Jika sebaliknya murid-murid tidak dapat menguasai perkara yang diajar, tidakan susulan pemulihan perlu dilakukan dan setelah itu penilaian perlu dibuat bagi menilai tahap murid.  Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrument yang perlu digunakan.
                Seterusnya, dari segi perlaksanaan, peranan umum guru perlu diketahui oleh semua iaitu peranan guru merangkumi pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah. Keputusan pentaksiran juga mempunyai implikasi penting bagi pembelajaran. Selain itu, guru dilihat berperanan menyemak kembali alat pentaksiran yang digunakan supaya selaras dengan tujuan pentaksiran.
            Peranan guru dalam proses penyediaan ujian dan peperiksaan pula, ujian dan peperiksaan perlu merujuk kepada jenis buatan guru seperti ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Proses penyediaan item-item ujian dan peperiksaan terbahagi kepada tiga fasa iaitu sebelum ujian, semasa ujian dan selepas ujian.
                Fasa sebelum ujian, bahan-bahan yang berkaitan dengan penilaian seperti sukatan pelajaran, buku rujukan, soalan-soalan yang lepas diperlukan untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan soalan. Fasa semasa ujian pula, guru berperanan memberikan pertimbangan yang serius kepada bilangan item, soalan-soalan yang lepas, dan penggubalan item-item berdasarkan JSU mata pelajaran. Ketua panitia atau guru cemerlang diperlukan sebagai pembimbing atau pakar rujuk. Setelah moderasi, guru perlu membuat pindaan yang disyorkan oleh panel moderasi seperti ketua panitia, guru kanan mata pelajaran dan guru cemerlang. Setelah pindaan dibuat, draf terakhir disemak dan diluluskan oleh panel moderasi. Bagi menjamin kualiti item yang dihasilkan, sebarang kertas yang diconteng dengan draf hendaklah dihapuskan.
                Setelah fasa ujian, guru perlulah membuat pertimbangan terhadap bilangan kertas yang sedia ada bagi satu-satu tahun persekolahan. Seterusnya, kertas soalan dimasukkan dalam sampul mengikut gandaan 30 dan di simpan di dalam almari berkunci dan dikeluarkan setengah jam sebelum pentadbiran ujian atau peperiksaan tersebut.




PSV 3104 - Corak dan Rekaan (Terancang)


1.0   PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya merupakan seorang yang kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuhkan koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, terdapat empat bidang kegiatan yang telah disusun iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.


1.1.  Menggambar
Mengambar  adalah  satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Ia boleh melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya  sangat di tekankan.
Aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek adalah aktiviti yang boleh di laksanakan semasa proses menggambar selain  meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Oleh itu  pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan dapat di pelajari. Persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya boleh di tingkatkan.

1.2. Corak dan Rekaan
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif, sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.
Dalam menghasilkan corak, secara amnya terbahagi kepada dua bentuk corak iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.


1.3. Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan seperti teknik picitan,  Lipatan , Potongan,  Cantuman, pembungkusan , guntingan dan  luakan.

1.4. Mengenal Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat pertahanan diri, ukiran kayu, anyaman, tembikar  dan sebagainya.
 Alat domestik  merupakan alatan yang biasa di gunakan untuk aktivti seharian seperti  senduk yang diperbuat  daripada tempurung kelapa, kukur kelapa yang diperbuat daripada besi dan kayu dan sebagainya yang menggunakan teknik  luakan, dan sebagainya. Bagi alat pertahanan diri  pula, alatan yang sering dibuat iaitu keris, tombak, lawi ayam, lembing, sumpit dan sebagainya. 

            Ukiran  kayu pula  merupakan  kraf tangan untuk menghiasi rumah seperti hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, mahupun tebar layar. Teknik  mengukir seperti  bunga timbul  atau papan tebuk  merupakan teknik yang paling digemari .

Selain itu, kraf tradisional  anyaman adalah satu proses menjalin atau menjaringkan helaian daun buluh, rotan, lidi, dan sebagainya dengan menggunakan cara serta peraturan tertentu melalui teknik menyilang antara satu sama lain. Proses ini agak rumit dimana daun akan dilayur supaya tahan lama. Proses anyaman dimulakan dengan  lagang iaitu bilah daun dibentuk menjadi V.  Kelarai adalah  corak atau motif berbentuk dam. Anyaman yang tidak  bercorak kelerai  dipanggil ghadas.
 Tembikar adalah sejenis barang kraf yg dihasilkan daripada  tanah liat. Tembikar ini dibentuk  kemudian dibakar. Alat yang digunakan  adalah pisau, pengayak, pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk dan  papan gelek



2.0  TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

2.1 Definisi

Corak merupakan susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif corak tidak terancang, sama ada bentuk asas dalam satu-satu rekaan. Motif terdiri daripada motif flora, motif fauna, motif geometrikal dan motif organik. Secara generalisasinya, corak terdiri daripada dua iaitu corak dan rekaan terancang dan juga rekaan corak tidak terancang.

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid.                                              .
             
            Corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik cerminan.               .







2.2 Jenis-Jenis Susunan Dalam Corak Dan Rekaan

2.2.1 Susunan Ulang Sekata

         Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.  
               .

2.2.2 Susunan Berselang Seli

         Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.
           .
2.2.3 Susunan Batu Bata

         Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

2.2.4 Susunan Bertimbal

         Motif   ini  diwujudkan   secara  cerminan.  Motif  akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

2.2.5 Susunan Bertindih

Motif  yang   sama  disusun   secara   bertindih atau  bertindan  antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

2.2.6 Susunan Beralun

Motif yang dihasilkan kelihatan berombak  dalam bentuk  garisan yang sekata  atau   tidak.  Motif  yang   digunakan   boleh   terdiri  daripada  motif yang sama atau berbeza.

2.2.7 Susunan Berpusat

Motif  susunan  berpusat  berpunca  daripada  satu  titik  tengah  yang dikembangkan. Motif ini  boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.            .

2.3 Jenis-Jenis Motif Dalam Membuat Corak Dan Rekaan

         Motif di dalam menghasilkan corak dan rekaan boleh didapati daripada rupa dan bentuk alam sedia ada seperti flora dan fauna. Selain itu, motif corak juga terdiri daripada bentuk0bentuk geometri asas seperti bulat, bujur, segitiga dan lain-lain. Selain itu juga, motif dalam membuat corak juga berbentuk angka dan huruf. Secara keseluruhannya, corak motif adalah berulang tetapi yang membezakannya adalah dari segi susunannya.

        













3.0          RANCANGAN  PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tarikh                       : 14 Mac 2011
Hari                            : Khamis
Masa                         : 11 Pagi – 12 Tengah Hari
Mata Pelajaran       : Pendidikan Seni Visual
Kelas                         : Tahun 5 Cempaka
Bilangan  Pelajar   : 20 Orang
Bidang                      : Membuat corak dan rekaan ( Terancang )
Aras 2 (i)  Mencorak dengan menggunakan pelbagai alat, bahan   dan teknik
Kegiatan                  : Teknik Cetakan dan Capan
Tajuk / Tema           :  Flora atau Bunga

Pengetahuan sedia ada :
1. Murid-murid mempunyai pengetahuan sedia ada tentang anyaman.
2. Murid-murid mempunyai pengetahuan konsep menghasilkan corak dengan  
    menggunakan bahan maujud.

Objektif Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
  1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
  2. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera
  3. Mengenal pasti pelbagai kesan dan bentuk dengan menggunakan pelbagai bahan yang berlainan
  4. Mengetahui proses menghasilkan capan melalui penerokaan terhadap bahan alam

  1. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi dalam menghasilkan kegiatan seni
    Penggabungjalinan  kemahiran :
6.    Menggabungjalinkan mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan jenis-jenis sayur dan mata pelajaran matematik berkenaan bentuk geometri.

Kemahiran Menilai Tambah
  1. Kemahiran berfikir              - Menjana idea, berfikir secara kreatif dan  Kritis

Penerapan Nilai
  1. Mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan
  2. Murid dapat menghargai keindahan flora dan fauna
  3. Murid menyukai keindahan dan kecantikan

Bahan Bantu Mengajar
a)    Persediaan Guru
i.      Sayur-sayuran (Bendi, Pelepah Betik)
ii.    Warna air, tali, kertas lukisan, span
iii.   Persembahan power point
iv.   Kad gambar
v.    Alat pemancar (LCD)
b)    Persediaan murid
i.      Kertas lukisan
ii.    Warna air
iii.   Span
iv.   Sayur-sayuran (bendi)



Langkah / Masa
Isi Pengajaran
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran


Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
( 5 minit)
1.Guru menunjukkan kad hari jadi rekaan sendiri yang mempunyai corak di kulitnya.

2.Guru menunjukkan sayur-sayuran kepada murid.


3. Tajuk
i. Corak dan rekaan terancang
1. Guru menunjukkan kad ucapan

2. guru menunjukkan corak pada kad ucapan.

3. Guru menunjukkan sayur-sayuran.

4. guru meminta murid menyatakan nama sayur

5. Guru memotong sayur yang ditunjukkan dan menunjukkan corak belahan sayur tersebut.


1. Murid-murid melihat kad ucapan yang ditunjukkan.

2. Murid-murid melihat corak yang terdapat pada kad ucapan.

3. Murid-murid melihat sayur yang ditunjukkan dan memberitahu nama sayur

4. Murid-murid menyatakan corak pada kad ucapan sama dengan corak belahan sayur.
BBM :
  1. Sayur Bendi

KMT:
  1. Kemahiran berfikir
-       imaginasi
  1. Kemahiran belajar cara belajar
             Kemahiran   
            mendengar

Langkah 1
(15 minit)
1.Guru menerangkan  bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat corak dan rekaan.
Picture 003
Picture 009






1. Guru menggunakan LCD untuk memaparkan bahan dan alatan yang diperlukan.

2. Guru meminta murid mengeluarkan alatan masing-masing.



3. Guru meminta murid membahagikan kertas lukisan kepada dua bahagian

4. Guru meminta murid memotong dua bahagian kertas lukisan

5. Guru meminta murid mewarnakan latar setiap bahagian lukisan dengan warna berbeza
1. Murid-murid melihat paparan LCD

2. Murid-murid mengeluarkan alatan masing-masing

3. Murid-murid melipat kertas kepada dua bahagian


4. Murid-murid memotong bahagian kertas lukisan

5. Murid-murid mewarnakan latar belakang setiap bahagian kertas lukisan dengan warna yang berbeza.


BBM:
  1. Alat pemancar LCD
  2. Warna air
  3. Berus warna
  4. Pisau
  5. Bekas warna
  6. Kertas lukisan (tiga helai)
  7. Power point


















Langkah 2
(10 Minit)
1.Guru meminta murid membuat anyaman untuk dijadikan latar supaya lebih menarik.

2.Guru menunjukkan contoh gambar membuat anyaman

Picture 018Picture 017


Picture 021

1. Guru meminta murid membahagikan kertas lukisan yang berwarna kepada empat bahagian melintang

2. Guru meminta murid memotong setiap bahagian tersebut.

3. Guru meminta murid membuat anyaman dengan menggunakan bahagian kertas lukisan tersebut.

4. guru meminta murid menampal anyaman yang sudah siap di atas kertas lukisan yang lain

1. Murid membahagikan kertas lukisan yang diwarnakan kepada empat bahagian melintang

2. Murid-murid memotong setiap bahagian tersebut.

3. Murid membuat anyaman dengan menggunakan bahagian kertas lukisan yang dipotong.

4. Murid menampal anyaman yang sudah siap di atas kertas lukisan yang lain.

Catatan

BBM :
-       Power point
-       Pisau
-       Pembaris
-       Gam
-       Kertas lukisan

KMT:
  1. Kemahiran belajar cara belajar
Langkah 3
(25 Minit)






















1. Mengeluarkan bahan yang diperlukan untuk membuat capan.


Picture 032
Picture 036Picture 028



1. Guru meminta murid mengeluarkan sayur bendi dan daun betik dan warna air

2. Guru meminta murid memotong sayur bendi secara menyerong.

3. Guru meminta murid membancuh warna di dalam bekas.

4. Guru meminta murid menyapu warna dipermukaan keratan bendi dan mengecap di permukaan kertas lukisan.

5. Murid diminta mengulangi teknik  capan tersebut sehingga sempurna.

6. Guru meminta murid menulis ucapan di dalam kad tersbut.

1. Murid mengeluarkan bendi dan daun betik dan warna air.

2. Murid memotong bendi secara menyerong.

3. Murid membancuh warna di dalam bekas.

4. Murid menyapu warna di permukaan keratan bendi dan mengecap di atas kertas lukisan yang dianyam.

5. Murid-murid menyempurnakan teknik capan sehingga siap.

6. Murid menulis kad ucapan

BBM:
  1. Bendi
  2. Daun Betik
  3. Warna air
  4. Berus warna

KMT:
  1. KBKK:
         Menjana idea
 












Penutup
(5 minit)
















1. Penerapan nilai
  1. Apresiasi seni
  2. Menghargai rakan-rakan
  3. Mempunyai kemahiran
1. Guru merumuskan isi pelajaran

2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan tajuk yang dibincangkan.

3. Guru meminta murid menyerahkan kad ucapan hari lahir untuk di semak.

4. Guru meminta murid menyanyikan lagu selamat hari lahir
1. Murid mendengar rumusan daripada guru

2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

3. Murid menyerahkan kad ucapan untuk disemak.

4. Murid-murid menyanyikan lagu selamat hari lahir dengan penuh semangat.






Catatan

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Ulasan Pensyarah

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________