Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Friday, November 11, 2011

Bali oh Bali...



PIMSP Unit H2
Program Akademik SeniVisual Bali 2011
13 – 17 Jun 2011 




Gambar ni di ambil dekat mana ea?
haa.. itu yang aku nak citer sikit. sebenarnya gambar ni aku ambik masa Program Akademik Seni Visual Bali 2011, yang berlangsung pada 13-17 Jun 2011 yang bertempat di kepulauan Bali, Indonesia. citer ni da lama da. tapi baru terasa nak masukkan dalam blog ni pulak. almaklumlah orang baru nak berblogging. semangat lain sikit.

kat sini aku nak kongsi sikit pengalaman aku bersama rakan sekelas di bali. jom kita tengok.... check it out..!!



ni ha tentatif program aku di Bali :


 Isnin (13 Jun 2011)
1.30 Pagi – bertolak ke LCCT dari IPG Kampus Ipoh
5.30 Pagi – Tiba di LCCT
9.30 Pagi – Pemeriksaan Imigresen, pendaftaran bagasi, pengesahan passport
9.50 Pagi – Menunggu di Balai Berlepas
10.30 Pagi  - menaiki pesawat
11.00 pagi – Berlepas ke Bali (jangkaan perjalanan mengambil masa 3 jam)
1.40 petang – tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar, Bali
2.05 petang – pemeriksaan imigresen, mengambil bagasi
2.10 petang – ucapan selamat datang oleh agensi pelancongan Assalam, dan kalungan bunga
2.20 petang – bertolak ke Restoran Wong Solo, makan tengah hari
3.30 petang – tiba di Aroma’s Hotel, Legian Street, pendaftaran masuk menginap / aktiviti bebas
7.00 malam – bergerak makan malam di Warung Bandung (25 minit perjalanan dari hotel)
8.15 malam – bergerak pulang ke hotel / berehat

Selasa (14 Jun 2011)

7.30 pagi – persiapan diri / sarapan pagi
8.30 pagi – bertolak ke
9.45 pagi – tiba di ..... (tarian barongan)
10.45 pagi – bergerak ke Anom Emas & Perak (pembuatan dan penjualan perak)
11.15 pagi – bergerak ke Muji Art Family (galeri seni ) – pelbagai karya, berjumpa pengkarya
12.20 pagi – bergerak ke Iwayan Arnaya (galeri dan menjual lukisan)
12.50 pagi – bergerak ke Kintamani, makan tengah hari – tanah tinggi, berlatar belakangkan gunung berapi batur
2.25 petang – tiba di kintamani, restoran Suling Bali
3.10 petang – bergerak pulang, menuju ke perkampungan seni
5.00 petang – tiba di pasar sukawati (pasar menjual kraftangan dan lukisan yang murah dan berkualiti)
6.30 petang – bertolak untuk makan malam
6.55 petang – tiba di Natrabu, masakan padang , sesi bergambar
7.35 malam – bertolak pulang, singgah di Krishna (pusat penjualan barangan cenderahati)
8.00 malam – tiba di Krishna
9.30 malam – bertolak ke hotel / berehat

Rabu (15 Jun 2011)

7.30 pagi – sarapan pagi
8.30 pagi – bergerak ke sannur, melawat Muzium Le Mayeur
9.00 pagi – tiba di Sannur / Muzium Le Mayeur, terima taklimat ringkas mengenai sejarah Le Mayeur ( Muzium –hadiah Le Mayeur kpd pmrntah Indonesia, paparkan karya Le Mayeur – artis Nipollok (isteri)
Perkataan Baru : Libah – pemberian sukarela
-          Bergambar di sekitar pantai Sannur,
10.45 pagi – bertolak ke Menteri Restaurant – ambil masa kira-kira 2 jam lebih, pemandangan alam menarik, aktiviti masyarakat kampong dengan menanam padi huma dan padi sawah, penyusunan pertanian yang sistematik dan bertingkat-tingkat
12.50 tengah hari -  tiba di restoran, makan – masakan Indonesia, terkenal dengan pisang goreng yang enak, solat di Masjid Hidayah.
2.30 petang – bergerak ke pasar Menta Sari Candikuning – beli kraftangan yang menarik, cantik, murah (ambil masa 30 minit sahaja)


3.04 petang – bergerak ke Tanah Lot, lihat Sunset (ambil masa kira-kira sejam)
4.28 petang – tiba di Tanah Lot, dikenakan bayaran Rp5000 seorang, banyak pasar menjual pakaian, cenderahati, berpecah bergambar di kawasan kuil pura, - bergambar dengan pemandangan sunset & sekitar, melihat ular suci kaum hindu Tanah Lot, berjalan di sekitar pasar Tanah Lot
6.37 petang – bertolak ke Bumbu Desa,
7.49 malam – tiba di Bumbu Desa, Makan malam , masakan Indonesia (keropok, tempe, ayam goreng)
8.50 malam – bertolak ke Mall (matahari mall), sepatutnya 8.30 bergerak, En Khairul Hilang, Haziq cari, En sampai dalam bas, haziq pula hilang – call, xley
9.40 malam – pulang  ke Hotel

Khamis (16 Jun 2011)

10.10 pagi – bertolak ke Pasar Sukawati (tidak puas membeli belah – pasar yang paling murah ) – tiba pukul 11.20 pagi (masa dua jam membeli belah – gunakan masa dan peluang, beli cenderahati, lukisan)
1.30 petang – bertolak ke Wishnu Kenchana, makan tengah hari, bergambar di Garuda, (kawasan yang cantik,luas,berangin)
4.30 petang – bertolak ke Dreamland (30 minit), pantai cantik,
5.01 petang – bertolak ke  Uluwatu (tiba pukul 5.57 petang), (menyaksikan tarian Kecak, pemandangan pantai dari bukit setinggi 200 meter, pemandangan sunset – indah),
7.08 malam – bertolak ke Jimbaran,
8.55 malam – tiba di Melasti Kedongan Cafe, makan malam di tepi pantai, (seafood, bbq – ikan, ketam, udang, lala, ), iringan muzik,  menarik, cantik, suasana makan malam di tepi pantai, atas pasir, - hujan turun, semua cari tempat teduh kecuali kami, makan dalam basah
- pulang ke hotel
9.35 malam – tiba di hotel

Jumaat (17 Jun 2011)

8.30 pagi – sarapan pagi, berkemas untuk pulang
9.45 pagi – berkumpul di Lobi hotel, pemulangan kunci, penghantaran bagasi dalam trak ke lapangan terbang, bergerak ke lapangan terbang, tiba di lapangan  terbang (10.00 pagi)
10.15 pagi – pendaftaran bagasi, (30 minit), berkumpul, duduk, solat
1.02 tengah hari – pengesahan passport, menunggu dibalai berlepas, 2.05 petang masuk ke dalam pesawat, cari tempat duduk,
2.25 petang – berlepas pulang ke Malaysia , tidur (penat), sedar bila tiba di Malaysia
5.04 petang – tiba di Malaysia, pengesahan passport, mengambil bagasi, makan di food court LCCT,
6.45 petang – bas tiba, bertolak pulang ke IPG Kampus Ipoh, singgah solat di Restoran Jejantas Sg. Buloh, bergerak terus pulang ke IPG.
12.00 malam – tiba di IPG Kampus Ipoh

 haa...nak citer sume, banyak gak. aku try dah upload gambar-gambar kat Bali, tapi jadi tak cantik pulak. nanti aku cuba lain kali ea. kalau nak baca apa yang aku rasai di Bali, moh tengok kat bawah ni.. hehe



PROGRAM AKADEMIK SENI VISUAL BALI 2011

            Kandungan proforma Kursus Pendidikan Seni, PSV 3104, terkandung klausa yang menyatakan, guru pelatih yang mengikuti kursus ini dikehendaki melakukan aktiviti seni visual di luar bilik darjah.  Berdasarkan sukatan kursus tersebut, seramai 15 orang guru pelatih unit H2, pengkhususan minor pendidikan seni dengan kerjasama unit Seni Visual, Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh telah merancang untuk melaksanakan  satu program di luar bilik darjah. Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat di antara jawatankuasa program dengan ketua unit Seni Visual, iaitu En. Kasran b. Mat Jiddin, satu kata putus telah diperolehi iaitu akan melaksanakan aktiviti luar bilik darjah di kepulauan Bali, Indonesia.

            Pulau Bali sudah sedia maklum terkenal dengan aktiviti kegiatan seninya seperti seni lukis, seni arca, seni tari dan sebagainya. Jawatankuasa program dan En Kasran telah membuat kajian dan rujukan terlebih dahulu mengenai pulau Bali. Hasilnya, pulau Bali merupakan tempat yang strategik untuk kami laksanakan aktiviti luar bilik darjah memandangkan ramai pelukis dan pengkarya dari luar Negara akan mengunjungi Pualu Bali pada bulan Jun 2011 sempena  Festival Bali Antarabangsa dan kemungkinan besar kami berpeluang untuk menimba seberapa banyak pengalaman dan ilmu daripada mereka.

            Selain itu juga, di kepulauan Bali terdapat banyak galeri-galeri yang terkenal dengan pameran serta hasil karya pelukisnya. Hal ini menjadikan Pulau Bali  sebagai sasaran tempat yang utama. Saya selaku setiausaha jawatankuasa program, bersama-sama dengan ketua Unit Seni Visual, iaitu En. Kasran b. Mat Jiddin telah berbincang dan berkolaborasi untuk membuat kertas kerja lawatan bermula pada awal Februari 2011. En kasran telah banyak memberikan tunjuk ajar serta membantu saya menyiapkan kertas kerja dan pada bulan Mac 2011, kami telah Berjaya mendapatkan kelulusan daripada pengarah IPG Kampus Ipoh untuk mengadakan lawatan ke Kepulauan Bali, Indonesia.

            Keseluruhan perbelanjaan kami, ditanggung sendiri dan untuk mencapai hasrat kami ke Kepulauan Bali, kami berjimat cermat untuk mengumpul duit dan akhirnya, kami Berjaya mengumpul hasil daripada inisiatif sendiri dengan membuat sedikit jualan dan bantuan daripada keluarga.

Kami telah bersetuju untuk melantik Faza Holidays sebagai ejen pelancongan kami ke Bali. Saya bersyukur kerana segala-galanya dipermudahkan Allah S.W.T untuk kami melaksanakan hasrat kami ke Kepulauan Bali. Tarikh yang kami rancang adalah pada 13 hingga 17  Jun 2011 kerana pada waktu tersebut, kami sedang bercuti semester selama tiga minggu dan kebetulan pada waktu tersebut berlangsungnya festival Bali.

    Pada 12 Jun 2011, kami telah bergerak ke IPG Kampus Ipoh setelah bercuti selama dua minggu di kampong halaman. Dalam perancangan, kami akan bertolak daripada IPG Kampus Ipoh ke LCCT, pada jam 12 malam. Alhamdulillah, akhirnya 15 orang guru pelatih unit H2 telah selamat sampai ke IPG Kampus Ipoh. Masing-masing melepaskan rindu dengan rakan-rakan kerana tidak berjumpa selama dua minggu dan kami semua menantikan pengalaman kami yang pertama untuk menaiki kapal terbang dan menjejakkan kaki ke bumi yang asing selain di Malaysia.

ISNIN (13 JUN 2011)




            Seramai 15 orang guru pelatih unit H2 dan 7 orang pensyarah pengiring telah mengikuti program ini. Kesemua pensyarah merupakan pensyarah seni visual dan ada diantara mereka membawa keluarga atau anak masing-masing. Pensyarah yang terlibat adalah En. Kasran, En Khairul Anuar, En Razid, En Khir Muzammir, En Saiful Bahri, Tuan Hj Razali, dan Puan Hayati.

            Bas bertolak daripada IPG Kampus Ipoh pada jam 2.30 pagi, disebabkan terdapat sedikit salah faham mengenai waktu bertolak. Setelah memasukkan semua beg ke dalam tempat bagasi, kami menaiki bas yang disewa pihak IPG , iaitu bas dari syarikat Sapinaz yang juga merupakan syarikat ayah kepada Nurul Azira bt Sapian. Perjalan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ali Husni. Pergerakan kami ke LCCT bukan sahaja unit H2 tetapi turut diikuti oleh mantan JPP 2008-2010 yang akan bertolak ke Sabah, negeri di bawah bayu.

            Sepanjang perjalanan, saya berasa amat seronok dan teruja kerana inilah kali pertama saya akan merasai pengalaman menaiki kapal terbang dan melancong ke luar Negara. Saya berasa agak lucu memikirkan pengalaman yang bakal saya perolehi ini kerana saya masih lagi belum pernah menjejakkan kaki ke negeri Sarawak dan Sabah, tetapi saya bakal menjejakkan kaki ke luar Negara. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana ALLAH S.W.T telah mengizinkan untuk saya melancong ke luar Negara.

            Perjalanan kami ke LCCT mengambil masa kira-kira tiga jam setengah. Sepanjang perjalanan di dalam bas, rata-rata semuanya tertidur. Kami memerlukan rehat yang cukup kerana sudah tentunya kami akan menggunakan tenaga yang banyak ketika di Bali nanti. Saya duduk bersama Mohd Azizee yang merupakan sahabat baik saya ketika susah dan senang.

            Saya tersedar dari tidur apabila bas telah tiba di LCCT tepat jam 5.40 pagi. Perasaan saya semakin melonjak kegirangan kerana saya bakal mengalami pengalaman menaiki kapal terbang untuk pertama kalinya sepanjang hidup saya selama 21 tahun ini. Setelah turun dari bas, saya mengambil beg dalam ruangan bagasi bas. Saya turut membantu rakan-rakan yang lain untuk mengeluarkan beg mereka. Setelah selesai, kami sempat untuk merakamkan saat kami baru tiba di LCCT.

            Setelah itu, kami semua bergerak ke dalam bangunan LCCT dan mencari tempat untuk duduk dan berehat. Kami dikehendaki masuk ke balai perlepasan antarabangsa jam 7.00 pagi. Kami terpaksa menuggu kira-kira satu jam lima belas minit. Saya dengan Mohd Azizee bergerak mencaqri tempat duduk dan kami telah mengambil keputusan untuk duduk di Mc Donald, memandangkan ada beberapa soket elektrik yang boleh kami gunakan untuk mengecas telefon bimbit serta IPAD.

            Kami tidak membuat apa-apa semasa di Mc Donalds melainkan mengecas telefon bimbit dan keadaan yang membosankan  itu menyebabkan Azizee tertidur. Saya terpaksa bertahan untuk menjaga barang-barang daripada dicuri. Setelah masuk waktu solat subuh, saya bergilir-gilir dengan Azizee untuk menunaikan solat kerana sukar untuk membawa barang-barang yang banyak ke surau. Setelah itu, kami duduk semula di Mc Donalds menanti panggilan daripada En Kasran untuk masuk ke dalam balai berlepas, untuk pemeriksaan pasport.

            Tepat Jam 7.00 pagi, kami semua telah dipanggil oleh Hakimie, mewakili En Kasran untuk masuk ke balai berlepas untuk pemeriksaan pasport. En Kasran memberi amanah kepada Anas Hakimi untuk mengumpulkan pasport untuk di periksa oleh pegawai Imigresen. Sementara itu, suasana menjadi kelam kabut apabila Zulhafizal masih lagi belum tiba di LCCT. Zulhafizal seorang sahaja yang bergerak ke LCCT sendiri manakala kami yang lain bergerak bersama-sama menaiki bas dari IPG.

            Setelah hampir jam 9.00 pagi, Zulhafizal baru tiba apabila kami semua sudah mula bergerak menuju ke kaunter penyerahan bagasi. Namun, apabila tiba di kauter bagasi, kami menghadapi masalah kerana pakej yang ditempah oleh En. Kasran adalah 90 Kg, namun jumlah bagasi kami termasuk dengan pensyarah melebihi 90 Kg. Berlaku sedikit lagi kekecohan. En kasran telah berbincang dengan beberapa orang rakan H2 untuk menambah kuota berat bagasi kepada 180 Kg. Alhamdulillah, akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah yang berlaku.

            Setelah itu, kami terus bergerak menuju ke kaunter imigresen di tingkat atas bangunan. Semasa di kaunter tersebut, kami perlu menyerahkan beg yang kami galas untuk di imbas oleh mesin pengimbas x-ray. Saya berasa agak seram kerana takut jikalau saya ada terbawa barang yang dilarang seperti pisau dan sebagainya. Saya teringat apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah yang pernah menaiki kapal terbang mengatakan, jika pihak imigresen menemui barang yang berbahaya dalam bagasi, mereka akan menahan dan kemungkinan dirampas serta ditahan pasport. Tetapi Alhamdulillah, pemeriksaan saya telah lepas dan berasa agak tenang.

            Mengikut jadual , kami akan bertolak ke Denpasar, Bali pada jam 10.55 pagi dan kami terpaksa menunggu kira-kira sejam lagi untuk bertolak. Kami semua berkumpul  di Balai berlepas menanti jam 10.55 pagi. Di kesempatan yang ada, saya menyambung semula untuk mengecas kedua-dua telefon bimbit saya bersama kamera. Saya berasa agak risau juga kerana bimbang akan diragut oleh orang lain. Saya sentiasa memantau dan memerhatikan telefon bimbit bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.

            Satu lagi kejutan berlaku apabila rakan-rakan memberitahu bahawa keputusan MUET, (Malaysia University English Test) telah keluar dan ramai rakan-rakan memperolehi band 2. Kerisauan saya mengenai keselamatan telefon bimbit dan kamera baru sahaja menurun, dan apabila mendengar mengenai MUET, saya menjadi risau semula. Apa yang saya risaukan adalah mengenai keputusan saya memandangkan saya tidak bersungguh-sungguh dalam menduduki ujian MUET. Saya berdebar-debar apabila ramai diantara rakan saya telah mendapat makluman mengenai keputusan mereka dan rata-ratanya memperolehi Band 2. Saya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada operator telekomunikasi, baik daripada Digi, mahupun Celcom. Saya berdoa kepada ALLAH agar keputusan saya tidak terlalu rendah dan akhirnya Alhamdulillah, doa saya diperkenankan ALLAH apabila saya dimaklumkan oleh operator telekomunikasi Digi, saya memperolehi Band 2, sama dengan rakan-rakan yang lain. Saya bersyukur, walaupun tidak seperti Zulhafizal, Nur Balkis dan Noor Aisyah yang memperolehi Band 3, namun sekurang-kurangnya saya telah lulus mengikut tahap yang diminta oleh IPG.

Sedang sibuk berborak dan berada dalam situasi yang mendebarkan itu, kami telah dikejutkan dengan panggilan untuk bergerak menuju ke pesawat Air Asia, iaitu destinasi ke Denpasar, Bali pada jam 10.25 pagi. Saya sempat menghubungi ibu saya untuk memaklumkan bahawa saya akan berlepas ke Bali sebentar sahaja lagi.

Kami semua beratur dan bergerak bersama-sama menuju ke perut kapal terbang. Hati saya yang sebelumnya berdebar-debar, kini berasa sangat girang kerana bakal mengalami pengalaman menaiki kapal terbang hanya beberapa minit sahaja lagi. Namun, saya juga berasa risau memandangkan beberapa minggu sebelumnya, terdapat berita dari luar Negara berlakunya kemalangan kapal terbang semasa mendarat. Saya perbanyakkan selawat dan berdoa agar perjalanan kami menuju ke Bali, yang terkenal dengan tempat kesenian dan juga maksiat berjalan lancar. Kami telah dipesan dari awal lagi oleh En Kasran untuk membetulkan niat tujuan  ke Bali agar perjalanan kami tidak sia-sia.

Apabila saya menaiki kapal terbang dengan menggunakan tangga yang disediakan, perasaan seronok tidak dapat dibendung. Saya mengambil gambar mana yang sempat sehinggakan saya ditegur oleh krew Air Asia supaya terus masuk ke dalam kapal terbang dan mencari tempat duduk. Saya terpaksa masuk ke dalam kapal terbang dan saya telah mendapat tempat duduk di tepi tingkap. Kebetulan tempat duduk saya berada di tengah sayap kapal terbang. Saya boleh melihat sayap kapal terbang berfungsi dan keadaan di luar.

            Setelah 5 minit kami duduk di tempat duduk masing-masing,  kapal terbang mulai bergerak menuju ke landasan yang lurus untuk berlepas. Semasa bergerak saya meragui bagaimana sayap kapal terbang ini dapat menampung beban yang bertan-tan. Sementara tiba di landasan untuk berlepas, seorang pramugara dan dua orang pramugari menunjukkan simulasi keselamatan seperti memakai jaket keselamatan dan topeng oksigen sekiranya berlaku kecemasan. Simulasi yang mereka tunjukkan agak menarik kerana mereka telah dilatih untuk berbuat demikian. Mereka menunjukkan simulasi dengan seragam, seolah-olah sedang berkawad. Setelah selesai menunjukkan simulasi, kapal terbang telah pun berada dilandasan lurus untuk berlepas. Setelah mengenakan tali pingggang keselamatan, kapal terbang yang kami naiki mulai bergerak dan meluncur laju. Saya tidak sangka bahawa kapal terbang boleh bergerak selaju itu di atas landasan.

Setelah 20 saat meluncur laju di atas landasan, barulah kapal tersebut terbang dan mula memasuki ruang udara. Satau pengalaman yang cukup indah dan tidak mungkin akan saya lupakan apabila saya dapat melihat keadaan bentuk muka bumi kawasan Kuala Lumpur, jalan raya dan kawasan perumahan. Jika sebelum ini saya hanya melihat peta google, kini saya sendiri melihat secara langsung dari mata saya sendiri.

Hampir 30 minit saya hanya melihat di luar tingkap dan timbul keinsafan di hati saya betapa ALLAH S.W.T itu maha berkuasa menciptakan ala mini. Saya melihat betapa kecilnya manusia sehinggakan saya tidak dapat melihatnya dari kapal terbang namun manusia yang kecil inilah yang banyak derhaka kepada penciptanya. Hampir sahaja menitiskan air mata memikirkan tentang keangkuhan manusia.

Setelah itu, saya hanya duduk diam dan melihat rakan-rakan yang lain sibuk bergambar. Saya hanya tersenyum melihat keadaan tersebut dan saya juga turut bergambar. Saya telah duduk bersama dengan Noor Aishah dan Nur Aisyah. Saya berbual-bual dengan mereka mengenai pengalaman yang pernah mereka lalui dan saya merasakan program Akademik Seni Visal Bali ini makin mengeratkan ukhuwah antara kami rakan sekelas. Sambil-sambil itu, saya membelek majalah dan menu yang terdapat di hadapan saya. Saya agak terkejut apabila melihat air 100 plus yang biasanya dijual dengan harga Rm1.60, menjadi Rm7.00 di dalam pesawat.

Perjalanan kami ke kepulauan Bali mengambil masa kira-kira tiga jam. Kami menjangkakan bahawa akan tiba di Bali pada jam 2.00 petang. Perut kami terasa lapar apabila ramai penumpang membeli makanan walaupun harganya agak mahal. Namun itu sahaja pilihan yang ada dan saya bersama Nur Aisyah dan Noor Aishah telah berpakat untuk berkongsi duit membeli Cheesy Pizza dan air teh limau.

Sepanjang perjalanan, saya tidak dapat tidur walaupun ramai yang tidur kerana perjalanan yang lama. Namun setelah mengalas perut, akhirnya saya turut tertidur lebih kurang 40 minit.  Saya tersedar pada jam 1.05 tengah hari dan melihat rakan di sebelah saya iaitu Noor Aishah tersenyum. Mungkin semasa tidur saya berdengkur, namun saya buat tidak tahu sahaja kerana saya tidak dapat mengelak daripada berdengkur kerana saya memiliki penyakit resdung. Setelah itu, saya melihat diluar tingkap dan saya berasa sakit mata kerana cahaya matahari yang dipantulkan oleh awan sangat cerah. Setelah beberapa minit keadaan itu, kami dapat melihat muka bumi dan laut. Kami melalui kepulauan yang agak besar. Tersentak dengan pengumuman juruterbang, memaklumkan bahawa kami sedang melalui kepulauan Jawa dan terdapat satu gunung berapi yang masih aktif. Semua penumpang di dalam pesawat bangun dan melihat di sebelah kiri, kerana gunung berapi tersebut hanya dapat dilihat daripada sebelah kiri. Saya berasa sangat teruja kerana tidak pernah melihat gunung berapi.

Kami dapat melihat panorama gunung berapi hanya selama seminit dan selepas itu, juruterbang telah memaklumkan bahawa kami telah memasuki kepulauan Bali. Pesawat kami semakin rendah dan kami dapat melihat laut yang membiru dengan lebih jelas. Kami juga dapat melihat pantai yang putih dan bersih. Terasa tidak sabar untuk mendarat dan melihat sendiri bagaimana keadaan pulau Bali yang kami kunjungi ini. Kami dikehendaki memakai semula tali pinggang keselamatan kerana kami akan mendarat tidak lama lagi. Telinga saya tiba-tiba menjadi bengang kerana tekanan atmosfera di koklea telinga. Saya menelan air liur banyak-banyak dan berdebar-debar untuk mendarat. Pesawat semakin rendah dan saya dapat melihat dengan jelas kawasan pantai. Tiba-tiba saya berasa pesawat seperti terhentak dan mula meluncur perlahan. Saya tahu bahawa pesawat telah mendarat dan di sayap kapal terbang dapat dilihat plat-plat sayap dinaikkan untuk menahan angin dan kelajuan kapal terbang semakin perlahan. Saya sempat merakamkan saat-saat mendarat walaupun para penumpang dilarang untuk menggunakan dan menghidupkan alatan elektronik. Saya seperti tidak percaya bahawa saya telah pun menjejakkan kaki di luar Negara. Sebaik sahaja pesawat telah berhenti dan berada di tempatnya, para penumpang mula berdiri dan mengambil barang masing-masing. Saya memeriksa tempat duduk dan melihat jikalau terdapat barang yang tercicir semasa saya duduk. Setelah diyakini tiada yang tertinggal, saya terus bergerak keluar dan bergerak menuju kumpulan rakan-rakan di laluan keluar. Kami mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk merakamkan detik-detik tiba di Bali.

setelah itu, kami telah ditegur oleh pensyarah dan Anas Hakimie selaku pengerusi program keran lewat disebabkan banyak bergambar. Kami bingkas bergerak menuju ke pemeriksaan imigresen . sepanjang perjalanan di lorong menuju ke kaunter imigresen, saya dapat melihat dan merasai perbezaan suasana dan budaya kerana terdapat banyak patung-patung dewa dan setanggi di letakkan. Saya mula berasa kurang selesa dengan suasana itu kerana inilah pertama kali saya merasai perubahan suasana. Saya merupakan orang yang terkahir, bersama-sama dengan Nur Balkis dan Noor Aishah. Kami mempercepatkan pergerakan kerana bimbang akan kelewatan. Kami berlari-lari anak dan akhirnya tiba di kaunter pemeriksaan pasport. Saya terhenti seketika di rak yang terdapat ratusan pamplet dan iklan mengenai pulau Bali. Saya terleka seketika memilih pamplet tersebut sebelum dipanggil oleh rakan yang lain untuk mempercepatkan langkah. Setelah tiba giliran saya, saya dengan pantas bergerak menuju ke kaunter dan terus bergerak keluar. Apabila tiba di luar, saya lihat ramai orang memegang sepanduk dan nama-nama seperti yang saya lihat di dalam filem-filem. Saya mencari kumpulan Kuala Lumpur dan melihat ramai pensyarah dan rakan-rakan yang lain berada di sebelah kanan saya. Setelah itu, kami bergerak menuju ke kawasan yang lapang dan berbumbung. Di situ, kami telah disambut mesra oleh ejen pelancongan yang bekerjasama dengan ejen pelancongan Faza Holiday iaitu pada jam 2.10 petang. Dari tempat kami berkumpul, saya dapat melihat dari jauh bangunan-bangunan yang terdapat di Pulau Bali. Keadaan di Bali tidak seperti keadaan di Malaysia yang terdapat bangunan yang tinggi.

Kami telah dikalungkan dengan bunga sebagai tanda ucapan selamat datang oleh seorang wakil ejen pelancongan tersebut. Saya berasa seperti sangat dihargai dan berasa seperti orang kenamaan apabila dihargai seperti itu. Semua pensyarah dan rakan-rakan mendapat pengalaman tersebut. 

Setelah itu, barang-barang kami diangkat oleh pekerja ejen pelancongan tersebut untuk dihantar ke hotel di tempat kami menginap dengan lori kecil atau pick up. Jam 2.20 petang, Kami bergerak menaiki bas dan di dalam bas, pemandu pelancong telah memperkenalkan dirinya sebagai Pak Timbang. Permulaan perkenalan, saya dapat menilai Pak Timbang merupakan seorang yang peramah dan sudah tentunya beliau perlu menjadi peramah kerana beliau bekerja sebagai pemandu pelancong. Dari dalam bas di tempat duduk saya, saya dapat melihat dengan jelas pintu gerbang selamat datang semasa keluar daripada Lapangan Terbang Ngurah Rai, Den Pasar Bali.

Kami telah dimaklumkan oleh Pak Timbang untuk makan tengah hari terlebih dahulu di sebuah kedai yang boleh dikatakan popular dengan keenakan makanannya. Sebelum kami ke Bali, saya telah berfikir mengenai tahap halal makanan yang bakal kami makan di Bali. Namun kami difahamkan oleh Kak Aziah, iaitu ejen pelancongan Faza Holiday bahawa di Bali, kami akan dibawa oleh ejen pelancongan beragama Islam. Setelah teringat, saya berasa agak yakin dengan makanan yang disediakan. Sepanjang perjalanan menuju ke restoran, saya melihat keadaan sekitar dan keadaan tersebut sama seperti yang saya lihat dalam sinetron Indonesia. Sungguhpun saya telah menjejakkan kaki di pulau Bali, saya seperti tidak percaya dan sering mempersoalkan kesahihan saya berada di Bali kepada rakan-rakan yang lain.

Setelah bas bergerak lebih kurang 15 minit, akhirnya kami tiba di Restoran Wong Solo. Kami diingatkan oleh Pak Timbang agar menjaga barang-barang berharga seperti telefon bimbit, beg duit dan sebagainya kerana terdapat ramai peminta sedekah dan tidak kurang juga peragut. Saya mencari tempat duduk bersama dengan rakan yang lain dan sementara menunggu makanan dihidang oleh pelayan restoran, saya menghidupkan telefon bimbit dan melihat telfon saya mempunyai talian. Tanpa membuang masa, saya cuba untuk membuat panggilan kepada ayah saya namun tidak berjawab. Saya terus membuat panggilan kepada abang saya yang kebetulan berada di hospital, melawat anaknya yang baru lahir. Abang saya terkejut mendapat panggilan daripada saya dan saya hanya berbual dalam masa yang singkat, sekadar memaklumkan bahawa saya telah tiba di Bali. Melihat saya membuat panggilan, rakan-rakan yang lain turut membuat panggilan kepada keluarga masing-masing. Walaupun panggilan tersebut sangat mahal, namun demi keluarga, kami tidak kisah. Setelah 5 minit duduk, akhirnya pelayan restoran tiba dan menghidangkan kepada kami nasi seperti yang saya jumpa di Malaysia iaitu Nasi Ayam Penyek. Tetapi nama tersebut berbeza di Bali dan saya tidak sempat bertanya nama nasi tersebut.

Setelah semua makanan dihidangkan, kami semua duduk ditempat masing-masing dan tutor kami, iaitu En Khairul Anuar telah meminta saya mengetuai bacaan doa makan. Setelah selesai membaca doa, semua mula makan. Namun saya mengambil masa sedikit untuk makan memikirkan kerisauan terhadap makanan tersebut seperti dijampi atau sebagainya. Walaupun fikiran saya seperti lucu, namun saya berhati-hati memandangkan 80 peratus masyarakat Bali merupakan Melayu Hindu. Tidak mustahil perkara seperti itu berlaku. Setelah saya membaca beberapa potong ayat yang saya pelajari untuk mengelakkan santau dan sihir, akhirnya saya mula beranikan diri untuk  makan. Apa yang menarik mengenai makanan tersebut, rasanya berbeza dan sedap. Ayam yang dihidangkan pun agak kecil berbanding ayam di Malaysia. Namun kerana kelaparan, menjadikan makanan tersebut sangat sedap sehinggakan habis dimakan. Istimewanya, tempe goreng bersama sambal kicap turut dihidangkan dan rasanya sangat sedap sehinggakan pensyarah dan rakan-rakan yang lain memberi tempe mereka kepada saya kerana mereka tidak biasa memakan tempe. Tempe merupakan makanan kegemaran masyarakat Jawa dan saya merupakan keturunan jawa. Sudah menjadi kebiasaan makan tempe goreng dicicah sambal kicap. Selesai sahaja makan, kami dihidangkan pencuci mulut, iaitu buah-buahan tembikai, tembikai susu dan betik.

Setelah selesai makan, saya duduk dan berbual kosong dengan rakan-rakan semeja . Semasa kami duduk bersembang, datang seorang orang tua menjual telur burung puyuh dan kerepek sambil menyebut Bismillah untuk membuktikan dia merupakan penganut agama Islam. Saya berasa sangat simpati melihat keadaan itu namun apakan daya. Ramai peminta sedekah di luar restoran dan sudah tentunya kami akan diserbu sekiranya memberikan duit kepada orang tua tersebut. Kami terpaksa menolak jualan orang tua tersebut apabila memikirkan keselamatan kami. Setelah semuanya selesai makan, kami mula menaiki bas untuk menuju ke hotel. Sepanjang perjalanan, rata-rata rakan melahirkan simpati kepada orang tua tersebut namun kami tidak berupaya untuk membantu.

Lebih kurang 20 minit perjalanan, akhirnya kami tiba di Legian Street dimana kawasan tersebut merupakan kawasan yang popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar Negara. Hotel yang akan kami menginap juga berada di kawasan tersebut dan akhirnya kami selamat tiba di hotel Aroma’s, iaitu hotel yang kami menginap. Setiba sahaja di lobi hotel, ejen pelancongan kami segera menguruskan pendaftaran bilik hotel. Sementara menunggu urusan selesai, pihak hotel telah menghidangkan kepada kami jus oren sebagai tanda selamat datang ke hotel mereka dan menghilangkan dahaga setelah penat dalam perjalanan. Setelah segalanya selesai, kami telah diberikan kunci bilik mengikut kumpulan masing-masing iaitu dua orang satu bilik. Saya telah diaturkan oleh En Kasran untuk bersama dengan En Khairul Anuar, iaitu tutor kami. Namun, ternyata beliau kurang selesa bersama dengan kami dan akhirnya kami bertukar bilik dan En Khairul Anuar bersama dengan En Saiful dan En Khir.

Setelah bertukar bilik, saya segera mengemaskan secara ringkas barangan saya dan disusun di dalam almari. Saya segera memanggil Zulhafizal untuk duduk sebilik dengan saya kerana beliau duduk bertiga dengan Hakimie dan Nasir. Setelah itu, saya dan zulhafizal meletakkan kepala seketika di atas bantal dan tilam untuk melepaskan kepenatan, setelah hampir 12 jam perjalanan daripada IPG bergerak ke LCCT dan seterusnya bergerak ke Bali. Setelah beberaoa ketika berbaring, saya melihat keadaan bilik dan ternyata bilik yang disediakan sangat cantik dan menurut hemat saya, kemungkinan bilik ini bertaraf tiga bintang. Setiap bilik juga disediakan dapur untuk memasak dan saya berasa sangat selesa berada di dalam bilik tersebut.

Setelah melihat jam, waktu tersebut menunjukkan pukul 4.15 petang dan saya mengajak Azizee dari bilik sebelah dan rakan-rakan yang lain untuk menunaikan solat zohor dan asar secara jamak ta’khir. Setelah mengambil wudhuk, kami solat berjemaah dan bergilir-gilir kerana ruang kawasan yang sempit.

Setelah selesai solat, kami dibenarkan untuk melakukan aktiviti bebas kerana tiada aktiviti yang kami lakukan pada hari tersebut. Setelah masing-masing selesai menunaikan solat, kami mengambil kesempatan untuk berbaring seketika sambil menonton rancangan televisyen Indonesia. Walaupun kami tidak berapa faham bahasa yang dituturkan, namun kami meononton sahaja rancangan tersebut sambil kami berbual-bual sesame kami. Berdasarkan perbualan kami, ternyata masing-masing meluahkan perasaan tidak percaya telah menjejakkan kaki di tanah pulau Bali, Indonesia kerana kami tidak pernah mempunyai pengalaman melancong ke Negara lain selain Malaysia. Setelah itu, kami melihat jam dan menunjukkan pukul 5.15 minit petang. Melalui balkoni, saya dapat melihat En Kasran bersama keluarga serta Nur Balkis dan Siti Aishah bergerak keluar untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan Legian Street. Kami turut mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Legian Street. Setelah mengenakan pakaian, kami bergerak turun ke bawah. Namun apabila hampir tiba di lobi hotel, kami terlihat gimnasium dan kami mengambil keputusan untuk masuk sebentar. Kami melakukan senaman dan latihan fizikal dengan menggunakan kemudahan yang ada. Ternyata kami begitu teruja kerana kami jarang menikmati kemudahan ini ketika di tanah air. Sedar tidak sedar, jam menunjukkan pukul 5.40 petang dan kami mengambil keputusan untuk keluar. Kami berempat berjalan-jalan di sekitar Legian Street. Walaupun kami lelaki, namun suasana tersebut begitu asing bagi kami. Kami memberanikan diri melihat barangan di gerai-gerai di sepanjang jalan tersebut. Pengalaman yang saya tidak dapat lupakan apabila saya bertanyakan mengenai harga soket tiga pin dan pekedai itu memberitahu harga tersebut berharga Rp 50,000 iaitu sekitar Rm18. Saya sangat terkejut dan berasa agak cemas apabila pekedai tersebut memaksa saya membeli. Saya memberanikan diri menolak dan terus bergerak ke tempat lain. Sambil-sambil berjalan, saya beristigfar dan berzikir, takut jikalau  masyarakat di situ menjampi kami. Kerana apa yang saya tahu. Masyarakat Hindu suka memuja dan perkara itu sudah tentu menyebabkan syaitan dan Iblis mudah menghasut dan memudaratkan kami secara tidak nampak. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Kami keluar berjalan sehingga waktu hampi r gelap. Jam menunjukkan pukul 6.20 petang dan kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel kerana pada jam 7.00 malam, kami akan bergerak untuk makan.

Sepanjang perjalanan pulang, terdapat banyak pub-pub dan disko di sekitar kawasan tersebut.  Terdapat ramai pelancong-pelancong yang saya kira berasal dari Eropah duduk di pub-pub sambil meminum bir dan arak. Pada jam 6.30 petang, akhirnya kami tiba di bilik. Tanpa membuang masa, saya terus menuju ke bilik air dan mandi serta mengambil wuduk. Sesudah itu, saya menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak takdim. Tepat jam 6.55, kami semua telah turun menunggu di ruang lobi untuk bergerak menuju ke restoran. Jelas kelihatan di wajah rakan-rakan, mereka semua berasa seronok dan setiap masa tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Saya hanya tersenyum melihat keadaan itu kerana saya juga akan melakukan perkara sedemikian. Bagi saya, saya tidak akan melepaskan peluang yang berlalu kerana bukan mudah untuk melancong ke luar Negara seperti ini. Setelah semuanya cukup, kami bergerak menuju ke Warung Bandung dan perjalanan mengambil masa kira-kira 25 mnit, memandangkan jalan telah mula sesak dengan kenderaan. Kami telah tiba di Warung Bandung pada jam 7.27 malam. Keadaan di restoran tersebut sangat menarik kerana terdapat pondok untuk makan. Sama seperti yang saya lihat dalam rancangan  Jalan-Jalan Cari Makan. Pengalaman yang baru saya perolehi kerana apa yang pernah saya angankan untuk pergi ke tempat yang saya lihat di kaca televisyen akhirnya tercapai. Benar apa yang telah ALLAH janjikan, segala permintaan dan permohonan hamba-Nya akan diperkenankan Cuma waktunya cepat ataupun lewat sahaja, bergantung pada kesesuaian kerana ALLAH maha mengetahui akan hamba-Nya. Makanan yang kami makan berciri masakan Bandung. Apa yang saya masih ingat mengenai nama makanan yang kami makan iaitu Nasi Komplet dimana nasi dibungkus dengan daun pisang dan kelihatan seolah-olah lemang dan bersama lauk yang tidak asing bagi kami iaitu ulam-ulaman dan tempe.

kami berasa masih kenyang kerana makan tengah hari di Restoran Wong Solo kerana makan tengah hari kami agak lewat. Namun kami cuba menghabiskan kerana segalanya telah dibayar dan membazir sekiranya tidak dimakan. Saya akui walaupun citarasa di Malaysia dan Indonesia berbeza namun makanan yang dihidangkan kepada kami merupakan makanan yang istimewa bagi masyarakat Bali. Setelah selesai makan, kami dihidangkan pula minuman seperti cincau dan puding. Saya berasa agak kenyang sehinggakan saya berasa mengantuk dan termengah-mengah untuk berjalan. Setelah menghabiskan makanan, kami bergerak ke pondok di sekitar untuk mengabdikan kenangan bergambar di Warung Bandung. Rekaan dan susun atur kawasan Warung Bandung agak istimewa dan kreatif kerana menggunakan buluh sebagai bahan binaan serta atap diperbuat daripada rumput rumbia.


Kami semua berkumpul di pondok tersebut dan mengambil gambar beramai-ramai. Saya sempat mengambil gambar secara individu di pondok tersebut kerana saya ingin mengabdikan kenangan saya di Bali. Setelah beberapa minit bergambar, akhirnya kami bergerak masuk dalam bas dan pulang menuju ke hotel. Kami tiba di hotel pada jam 9.00 malam dan masing-masing bercadang untuk berjalan di sekitar Legian Street bersama pensyarah. Kami mempunyai keberanian berbanding berjalan bersama rakan kerana kami masih belum mempunyai pengalaman di Bali. Sepanjang perjalanan kami bersiar-siar di sekitar Legian street, saya mula belajar memahami cara dan sikap masyarakat Bali supaya saya tidak mudah ditipu dan saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya apabila berinteraksi dengan mereka. Setelah penat berjalan, akhirnya kami berhenti seketika di gerai menjual key Chain yang boleh dijadikan sebagai cenderahati dan kenangan kepada rakan-rakan. Rata-rata rakan-rakan membeli dan menempah key chain  tersebut dan hal itu mengambil masa yang agak lama. Saya melihat jam menunjukkan pukul 11.20 malam dan saya meminta izin daripada pensyarah-pensyarah untuk bergerak pulang ke bilik kerana mata saya sudah berat. Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya saya tiba di bilik dan berbaring sehinggakan saya  tidak sedar bila saya tertidur.


SELASA (14 JUN 2011)

Tepat jam 6.15 pagi, saya telah tersedar dan terus bergegas ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk untuk solat subuh. Keadaan di Bali dan Malaysia berbeza sedikit kerana waktu di Bali awal satu jam berbanding di Bali. Jika waktu subuh di Malaysia masuk pada pukul 6.05 pagi, di bali waktu subuhnya pada pukul 5.05 pagi. Dalam keadaan kelam kabut itu, saya bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan solat fardhu subuh dan setelah itu, saya bersiap-siap untuk aktiviti pada hari ini. Saya sempat membangunkan zulhafizal untuk solat subuh serta bersiap.

Pada jam 7.30 pagi, saya bersama Azizee dan Haziq telah bergerak ke tempat makan untuk sarapan pagi. Setibanya kami di sana, kelihatan ramai rakan-rakan kami sudah pun makan dan mereka telah bersiap untuk aktiviti padaa hari ini. Kami tidak membuang masa dan terus mengambil makanan kerana bimbang orang semakin ramai dan kami tiada tempat untuk duduk . Ternyata sarapan pagi yang kami makan itu tidak jauh beza dengan masakan Malaysia dan kami boleh menerima makanan tersebut dengan mudah. Sambil makan, kami tidak melepaskan peluang bergambar untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.  Setelah kami bersarapan pagi, kami bergerak menaiki bas, menuju ke tempat yang saya tidak pasti akan namanya. Tetapi apa yang pasti kami akan menyaksikan tarian Barongan dan Keris di satu kawasan perkampungan.

 Setibanya kami di tempat tersebut, saya melihat semua tempat meletak kenderaan telah dipenuhi dengan deretan bas. Aggaran bas yang terdapat disitu lebih kurang 20 biji buah bas. Pada hemat saya, sudah tentu tarian Barongan ini seronok ataupun menarik sehinggakan mampu menarik kira-kira ratusan penonton pada satu-satu masa. Setelah bas kami benar-benar berhenti, kami dikehendaki untuk memasuki tempat Barongan yang kelihatan seperti stadium mini untuk menyaksikan babak Barongan. Pak Timbang menguruskan tiket kami dan setelah itu kami diminta masuk dan duduk di mana-mana yang kosong. Saya bersama Azizee dan Nasir bergerak dan duduk di sebelah kanan. Ketika kami masuk, persembahan Barongan baru sahaja bermula dan kelihatan agak menakutkan juga watak yang dipersembahkan. Apa yang saya tahu mengenai Barongan, merupakan tarian atau persembahan mengenai dewa-dewa bagi kepercayaan masyarakat yang menganut agama Hindu. Sepanjang menonton, saya banyakkan berzikir dan istigfar agar iman dan akidah saya tidak terpesong dengan persembahan berkenaan. Persembahan tersebut mengambil masa lebih kurang 50 minit. Saya sempat merakamkan beberapa keping gambar semasa persembahan Barongan. Setelah tiba di babak ketiga, saya bersama rakan-rakan yang lain keluar dan kami duduk di luar kawasan persembahan Barongan. Hal ini kerana berlaku salah faham diantara kami kerana kami menjangkakan bahawa kami akan berada di kawasan barongan hanya beberap puluh minit sahaja. Namun setelah tiba diluar, sebahagian besar daripada kalangan kami masih ingin menonton persembahan tersebut. Pensyarah-pensyarah dan Pak Timbang telah berbincang dan bersetuju untuk melihat persembahan tersebut sehingga selesai. Dikesempatan yang ada, sebahagian daripada kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar di kawasan berkenaan.


Saya telah dipanggil oleh En Kasran dan beberapa orang pensyarah yang lain ketika mereka sedang menikmati minuman di gerai berhampiran dan menyatakan hasrat untuk bergambar kenang-kenangan setelah persembahan Barongan tamat dan meminta saya memberitahu kepada rakan-rakan yang lain. En Kasran juga memberitahu bahawa ada jurugambar yang akan mengambil gambar kami dan gambar tersebut akan dijual dan sebahagian daripada sumbernya akan disedekahkan kepada anak-anak yatim Bali. Saya terus berlalu dan memaklumkan kepada Anas Hakimie serta beberapa orang rakan yang lain supaya bersedia berhampiran pentas.

Setelah persembahan itu tamat, Pak Timbang telah mendahului penonton yang lain menaiki pentas untuk bergambar kenang-kenangan di atas pentas barongan bersama-sama dengan watak penari Barong dan Keris. Kami merupakan kumpulan yang pertama yang dapat bergambar secara penuh di atas pentas. Setelah itu, barulah pentas tersebut dipenuhi pelancong lain yang berpusu-pusu untuk bergambar. Selesai sahaja bergambar, dengan pantas En Kasran memanggil kami untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas memandangkan pada minggu tersebut terdapat ramai pelancong yang datang ke Bali.

Perjalanan seterusnya, kami di bawa oleh Pak Timbang ke satu perkampungan yang menjalankan kegiatan mengukir dan menghasilkan pembuatan seni perak yang saya terlupa nama perkampungannya. Setibanya kami di tempat tersebut, saya melihat bangunan di sekitarnya begitu menarik dan pembinaannya yang sangat kreatif. Kami tiba di bangunan pembuatan barangan perak yang diberi nama Anom Emas dan Perak. Kami diberi masa selama 30 minit untuk berjalan didalam bangunan tersebut dan apabila saya memasuki bangunan tersebut, ternyata harga seni perak agak mahal dan wang perbelanjaan yang kami bawa pun tidak mampu untuk membeli pembuatan perak yang paling kecil. Saya bersama dengan anak En Kasran, iaitu Yasmin berjalan di sekitar bangunan tersebut.

Setelah lebih kurang 10 minit saya berada di dalam bangunan tersebut, saya bersama beberapa rakan yang lain bergerak menuju ke kawasan sekitar dan sempat mengambil gambar bangunan yang menarik perhatian saya kerana bangunan tersebut tidak pernah saya temui sama ada dalam majalah mahupun media massa.
Setelah itu, saya dikerumuni beberapa orang penjual key chain untuk membeli barangan mereka. Pada mulanya saya menolak kerana tidak mahu dikerumuni namun setelah diberitahu harga key chain tersebut iaitu Rp5000 bagi lima item key chain, saya tertarik dan terus menyeluk poket. Kebetulan di poket saya hanya ada Rp25,000 dan saya membeli lima bungkus key chain tersebut. Setelah itu, saya terpaksa kembali ke bas kerana bas akan bertolak menuju ke destinasi yang berikutnya sebentar sahaja lagi. Saya bersama rakan-rakan yang lain melintasi jalan dan setibanya kami di kawasan Anom Emas dan Perak, kami diserbu lagi oleh beberapa orang penjual yang menjual replika basikal yang seratus peratus diperbuat daripada logam. Pada mulanya saya tidak mengendahkahkan. Namun setelah rakan kepada Kak Aziah, iaitu ejen pelancongan Faza Holiday memberitahu belaiau membelinya dengan harga Rm20, saya menjadi tertarik dan terus bersetuju untuk membelinya. Namun bukan saya sahaja yang minat, En Kasran dan Syazwanni juga turut berminat dan membelinya. Setelah itu, kami terus bergerak masuk ke dalam bas.

Perjalanan yang seterusnya, kami dimaklumkan oleh Pak Timbang bahawa kami akan menuju ke satu perkampungan yang menjalankan kegiatan seni lukis dan diperkampungan tersebut terdapat beberapa buah galeri lukisan yang terkenal. Selaras dengan objektif program Akademik Seni Visual Bali 2011 ini, iaitu kami ingin menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai kegiatan seni lukis khususnya dalam bidang catan air. Pada jam 11.15 pagi, kami telah tiba di Muji Art Family, salah satu galeri yang terkenal dan menjadi persinggahan para pelancong yang menggemari karya seni.

Kawasan galeri tersebut agak luas dan besar dan banyak karya-karya pelbagai tema dan motif terdapat di dalam galeri tersebut. Kami tidak melepaskan peluang melihat bidang yang telah kami pelajari iaitu Seni Visual dan kami cuba mempraktikkan dengan membuat apresiasi seni secara monolog. Dari karya yang saya lihat, kebanyakan karya yang dihasilkan lebih bersifat keagamaan dan kepercayaan terhadap agama hindu. Walaupun saya tidak berapa selesa dengan keadaan itu, saya hanya perbanyakkan istigfar kerana bimbang perkara-perkara sedemikian rupa itu dapat mengugah iman dan akidah saya. Tidak kurang juga karya alam sekitar dan keadaan masyarakat Bali dipertontonkan di dinding-dinding galeri. Setelah puas berjalan dan melewati galeri di tingkat bawah, saya bersama Noor Aishah dan Azizee bergerak menaiki tingkat atas galeri berkenaan. Di tingkat atas galeri, terdapat pelbagai karya yang lebih bercorak alam sekitar. Di tingkat dua juga, kami telah bertemu dengan pelukis karya-karya tersebut dan kami berpeluang melihat secara langsung bagaimana karya tersebut dihasilkan. Jika dilihat pada rupa pelukis berkenaan, saya mengagak umurnya hampir sebaya dengan kami ataupun mungkin lebih tua sedikit daripada kami. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pelukis berkenaan ketika En Razid berbual dengan beliau, dia menyatakan bahawa telah terlibat dalam melukis sejak kecil lagi dan kemahiran-kemahiran telah diwarisi secara warisan dalam kalangan keluarga. Kami begitu teruja kerana pelukis tersebut tidak mendapat pendidikan formal mengenai seni visual tetapi mampu menghasilkan karya yang bermutu tinggi dan setanding dengan pelukis yang profesional.  Dalam kawasan yang sama juga, saya terpengun apabila melihat sebuah karya yang saya fikirkan merupakan sebuah gambar. Namun setelah diteliti, gambar tersebut merupakan karya pelukis itu. Gambar potret yang dihaslkan dengan menggunakan cat air seakan-akan orang yang sebenar. Saya berasa kagum dengan kesenian yang dimiliki oleh pelukis tersebut dan berasa agak cemburu dengan kemahiran yang dikurniakan Allah kepadanya.  Namun saya berfikir, takdir pelukis tersebut telah ditetapkan untuk menjadi pelukis dan jika semua orang mahu menjadi pelukis, siapa pula yang akan menjadi guru. Namun saya berazam untuk mempertingkatkan kemahiran seni saya dalam menghasilkan catan air, berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang telah saya pelajari sebelum ini.

Setelah hampir sejam kami di Muji Art Family, kami semua telah berkumpul dan mula menaiki bas. Namun ada diantara kami yang masih lagi bergambar  kerana kesemuanya tahu bukan mudah untuk kami menjejakkan kaki ke Bali ini dan mungkin inilah kali pertama dan kali terakhir kami ke Bali. Setelah semuanya menaiki bas, kami mula bergerak menuju ke galeri yang diuruskan oleh satu keluarga. Maklumat ini kami perolehi daripada Pak Timbang semasa perjalan menuju ke destinasi yang hendak di tuju. Tempat yang kami ingin tujui adalah Iwayan Arnaya, iaitu merupakan galeri dan tempat penjualan karya yang lebih murah berbanding galeri yang telah kami pergi sebentar tadi. Setibanya kami di Iwayan Arnaya, kami telah dibawa oleh salah seorang pemilik galeri tersebut dan menerangkan kepada kami bagaimana mereka menghasilkan karya-karya dan peringkat-peringkat mewarna. Setelah itu, kami dibawa keseluruh kawasan galeri dan melihat lukisan-lukisan yang menarik dan berdasarkan pemerhatian saya, lukisan dan karya yang dihasilkan lebih kurang sama dengan galeri yang lain. Saya beranggapan mereka tidak kedekut untuk berkongsi idea untuk menghasilkan karya dan harga sesebuah karya itu berbeza disebabkan mutu warna dan kanvas yang digunakan selain nama pengkarya yang tercatat pada karya tersebut.

Setelah puas berjalan melihat karya-karya yang dipamerkan, saya dan beberapa rakan yang lain keluar dan bergambar sesama sendiri. Beberapa orang pensyarah sedang memilih karya dan lukisan yang ingin dibeli dan boleh dikatakan kesemua pensyarah membelinya. Pada awal perancangan kami, kami tiba di Iwayan Arnaya Galeri pada jam 12.20 tengah hari dan bertolak ke destinasi yang seterusnya pada pukul 12.40 tengah hari. Namun terdapat beberapa masalah tawar menawar di antara pensyarah dengan penjual lukisan dan mengambil masa lebih kurang sepuluh minit. Setelah itu, kami semua menaiki bas dan berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh Pak Timbang, kami semua akan menuju ke tanah tinggi untuk makan tengah hari.

Sungguhpun baru setengah hari kami berjalan dan melakukan aktiviti, namun kami semua agak keletihan dan penat berjalan. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam empat puluh lima minit membuatkan kami semua terbuai lena dalam kepenatan dan kesejukan penghawa dingin bas tersebut. Sungguhpun saya berazam untuk tidak tidur kerana tidak mahu melepaskan peluang melihat kawasan yang dilalui, namun akhirnya saya tertewas dengan keletihan.

Kami semua tersedar apabila mendengar Pak Timbang memaklumkan bahawa kami telah tiba di kawasan Kintamani, iaitu salah satu tanah tinggi yang terdapat di pulau Bali. Menurut Pak Timbang lagi, restoran yang diberi nama Suling Bali merupakan tempat yang akan kami singgah untuk makan sebentar sahaja lagi merupakan restoran yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangannya yang begitu cantik dan menarik, berlatar belakangkan gunung berapi Batur, yang sudah tidak aktif. Mendengar apa yang diperkatakan oleh Pak Timbang, kesemua penumpang bas tidak sabar untuk melihat kawasan berkenaan dan tepat jam 2.25 petang, kami telah tiba di Kintamani. Sebelum turun, kami telah dipesan oleh Pak Timbang supaya berhati-hati dengan penjual yang akan memaksa pelancong membeli barangan mereka dan menjaga barangan berharga seperti beg duit, pasport, kamera dengan berhati-hati.

Setelah kami turun daripada bas, ternyata kedinginan kawasan sekitar Kintamani lebih sejuk berbanding kesejukan dalam bas. Kesejukan itu ternyata meresap sehingga ke tulang-tulang dan saya terasa seperti berada di Cameron Highland. Setibanya kami di depan pintu masuk restoran, ramai penjual berpusu-pusu mengerumuni kami dan Pak Timbang meminta mereka agar tidak mengganggu kami dan kami dengan pantasnya memasuki restoran tersebut. Kami berasa sedikit terancam akan keselamatan kami apabila penjual-penjual itu memaksa kami untuk membeli barangan mereka. Namun kami memberanikan diri. Setelah itu, kami duduk di meja-meja yang ditempah dan makanan dihidangkan secara buffet. Kami boleh memilih makanan yang ingin kami makan.

Pelbagai makanan yang dihidangkan dan merangsang nafsu makan. Kebetulan kami memang sudah terasa lapar setelah terjaga dari tidur semasa di dalam bas dan peluang makan ini tidak saya lepaskan. Saya bersama Azizee dan beberapa rakan yang lain mula bangun dan mengambil makanan. Tanpa rasa segan dan silu, saya mengambil seberapa banyak makanan yang mampu saya ambil. Walaupun kelihatan seperti tidak sopan, saya memikirkan bahawa makanan tersebut telahpun kami bayar dan saya akan pastikan saya berpuas hati dengan makanan yang disediakan.

Setelah mengambil pelbagai jenis makanan, saya duduk bersama dengan rakan saya yang lain dan terus makan setelah membaca doa. Cuaca yang sejuk bercampur dengan perut yang lapar serta makanan yang sedap, menjadikan makanan yang saya ambil tadi tidak mencukupi dan saya bersama Azizee turut menambah makanan. Terasa begitu nikmat kurniaan yang Allah telah berikan kepada hamba-Nya. Setelah perut yang kosong terisi dengan makanan, kami bergerak menuju ke bawah restoran dengan menuruni tangga untuk ke surau, bagi menunaikan solat zohor dan asar secara jamak takdim berjemaah. Cabaran yang getir yang saya tempuhi ketika mengambil wudhuk. Air paip yang keluar terasa sangat sejuk dan boleh membuatkan saya beku kesejukan. Namun lama-kelamaan, saya dapat membiasakan diri dengan air yang sejuk itu. En Khairul Anuar, iaitu tutor kami menjadi imam dan selainnya menjadi makmum.

Sungguhpun tingkap ditutup, kesejukan masih lagi membelenggu diri. Saya bersolat dalam keadaan menggigil kesejukan. Setelah selesai solat, kami terus bergerak ke meja restoran di tingkat atas untuk menunggu rakan-rakan dan pensyarah yang lain yang sedang bersolat. Pada waktu itu, jam menunjukkan pukul 2.50 petang. Melalui dinding cermin, saya dapat melihat peniaga-peniaga yang berada diluar sebolehnya meminta kami keluar dan menunjukkan barangan yang mereka jual seperti baju, cenderahati dan sebagainya.

Setelah semua selesai menunaikan solat, kami dengan berhati-hati keluar beramai-ramai untuk bergambar berlatarbelakangkan gunung Batur. Namun hasrat kami diganggu oleh penjual tersebut. Setelah bergambar dengan kadar yang segera, kami semua berlari memasuki bas kerana risau akan keselamatan kami dengan penjual tersebut.

Apabila kesemuanya berada di dalam bas,tepat jam 3.10 petang kami mula meninggalkan tanah tinggi Kintamani. Walaupun persinggahan kami hanya seketika, namun kami berasa berpuas hati. Banyak nostalgia yang telah dicipta dalam masa yang cukup singkat itu. Perjalanan kami seterusnya akan menuju ke kawasan perkampungan seni, iaitu Pasar Seni Guwang, Sukawati di mana pasar tersebut menjual pelbagai kraftangan dan lukisan yang murah serta berkualiti. Kami semua berasa begitu seronok apabila dimaklumkan oleh Pak Timbang.

Sepanjang perjalanan turun daripada tanah tinggi, kami semua terleka melihat pemandangan di kawasan yang dilalui. Penduduk di kawasan itu banyak menjalankan kegiatan pertanian dan bersawah seperti menanam padi sawah dan padi bukit. Memang benar kata orang, Bali sememangnya mempunyai banyak pemandangan yang cantik. Saya tidak melepaskan peluang yang datang hanya sekali dalam hidup saya untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Pada jam 5.00 petang, kami telah tiba di Pasar Guwang, Sukawati. Kami diberi masa selama satu jam tiga puluh minit untuk berjalan-jalan dan membeli barangan untuk dijadikan perhiasan dan kenang-kenangan. Dalam masa yang agak singkat bagi saya, saya meninjau di kawasan sekitar bersama Azizee dan membandingkan harga barangan antara satu kedai dengan kedai yang lain. Saya lebih tertarik untuk membeli lukisan abstrak yang agak murah setelah ditawar. Saya hanya membelanjakan kira-kira Rp160,000 untuk empat karya yang menarik.  Setelah itu, saya hanya menghabiskan masa melihat di kawasan sekitar dan membelek-belek barangan yang saya kira boleh dibeli untuk dijadikan cenderahati kepada keluarga.

Pada jam 7.35 malam, kami semua telah bertolak menuju restoran masakan padang iaitu Natrabu. Sememangnya perut yang lapar perlu diisi dengan makanan dan lebih kurang 25 minit dari pasar Guwang, kami telah tiba di Natrabu. Setiap restoran yang kami pergi merupakan tempat yang standard dan saya berasa sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Kami dihidangkan makanan secara berpasangan berdepan. Makanan yang disediakan sangat menyelerakan dan masakannya sama seperti masakan minang.
Setelah makan, kami semua sempat mengabadikan kenangan di Natrabu dengan bergambar dengan perhiasannya. Konsep perhiasan yang digunakan pihak Natrabu dengan meletakkan pelamin dan kelihatan seperti keadaan di balairong Istana. Kami bergambar beramai-ramai sehinggakan masa bergambar lebih lama berbanding masa yang diambil semasa kami makan. Namun hanya di Bali sahajalah yang dapat kami bersuka ria dan bermesra bersama-sama rakan dan pensyarah dan kami menggunakan sepenuhnya peluang dan ruang yang ada.

Perjalanan kami diteruskan pulang menuju ke hotel namun di dalam perjalanan, Pak Timbang telah membawa kami singgah di Krishna, iaitu pasar raya yang menjual cenderahati dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Tepat jam 8.00 malam, kami tiba di Krishna dan kami diberi masa selama satu jam tiga puluh minit. Saya melihat di beg dompet, masih ada lagi wang rupiah dan saya mula membuat perancangan dan perangkaan untuk membeli barangan untuk dijadikan cenderahati kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Sepanjang satu jam setengah, saya telah membelanjakan sebanyak Rp250,000. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan, dapat dibeli. Saya bersama Anas Hakimie duduk di luar Krishna setelah membayar harga barangan yang saya beli. Sambil duduk, saya melihat dari jauh telatah dan kerenah rakan-rakan yang lain membeli barangan. Sementara menunggu bergerak pulang, saya berasa agak bersalah apabila melihat terdapat beberapa patung yang besar didirikan di situ. Masyarakat Bali masih belum memahami Islam dan mereka sangat berpegang teguh kepada agama Hindu yang mereka anuti. Saya berasa kebertanggungjawaban untuk menyumbangkan sesuatu agar dapat menyebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat Bali. Mungkin suatu hari nanti saya akan mencuba sedaya upaya membantu masyarakat Bali untuk mengenali Islam.

Pada jam 9.30, setelah semua keletihan fizikal dan poket, kami bergerak menuju ke hotel untuk berehat. Sepanjang perjalanan pulang ke hotel, masing-masing hanya mendiamkan diri dan saya tahu mereka semua telah keletihan. Setiba sahaja di hotel, saya menukar pakaian, mengambil wudhuk dan menunaikan solat fardhu maghrib dan isyak secara jamak ta’khir. Setelah solat, saya bersama dengan Azizee, Zulhafizal dan Anas Hakimie telah bergerak ke bawah untuk menyegarkan badan dengan berenang di kolam. Setelah dua jam bermain air, kami naik ke bilik dan tidur.


RABU (15 JUN 2011)

Hari yang ketiga di Bali, seolah-olah terasa semakin dekat jiwa saya dengan bumi Bali ini. Setelah keletihan berenang pada malamnya, saya dan Zulhafizal terlewat bangun dan terus bergegas menuju ke tandas untuk mandi dan solat subuh dalam waktu yang masih tersisa. Setelah selesai persiapan diri, saya turun dengan pantas ke tempat makan untuk bersarapan pagi, takut-takut makanan telah habis. Setibanya saya di tempat makan, masih ramai lagi rakan-rakan yang sedang menikmati santapan sarapan pagi. Saya berasa lega dan terus mengambil makanan.

Selesai mengisi perut, saya yang telah bersiap awal menunggu di kawasan lobi hotel sementara menunggu rakan-rakan yang lain. Pak Timbang telah menunggu awal di lobi hotel dan meminta agar kami mempercepatkan perjalanan kerana bimbang akan berlaku kesesakan lalu lintas. Tentatif kami yang pertama pada hari ini, kami akan menuju ke tempat yang menjadi objektif utama tujuan kami datang ke Bali ini iaitu untuk melawat galeri dan muzium Le Mayeur, iaitu tinggalan pelukis yang terawal yang tiba di Bali dan memperkenalkan karya seni serta berkahwin dengan masyarakat setempat.

Pada jam 8.30, kami telah bergerak menuju ke Sannur, iaitu kawasan terletaknya muzium Le Mayeur. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit, menjadi 30 minit kerana kesesakan lalu lintas.   Pada jam 9.00 pagi, kami telah selamat tiba di Sannur, kawasan pantai yang terkenal dengan kebiruan airnya. Kami terus menuju ke destinasi dan tiba di Muzium Le Mayeur lebih kurang 9.11 pagi. Setibanya kami di muzium tersebut, kami duduk berkumpul di bawah satu pondok yang luas dan bermarmar. Kami telah diberikan taklimat ringkas oleh penjaga muzium tersebut mengenai sejarah Le Mayeur. Apa yang telah saya faham berdasarkan taklimat yang disampaikan, Le Mayeur merupakan berbangsa Itali dan berhijrah ke Bali setelah tamat belajar. Ketika di Bali, Le Mayeur telah berjumpa dengan gadis-gadis asli Bali dan beliau mula meminati bidang lukisan. Beliau telah menjadikan beberapa orang gadis Bali sebagai modelnya dan akhirnya, salah seorang modelnya yang bernama Nipollok telah Berjaya menambat hatinya lalu mereka berkahwin. Setelah itu, Le Mayeur telah pergi ke Singapura dan membuat pameran semua karyanya dan akhirnya pameran beliau berjaya dan telah laris.

Setelah itu, Le Mayeur pulang ke Bali dan dengan menggunakan wang yang diperolehi hasil jualan karyanya, beliau membina rumah dan kini dijadikan sebagai muzium. Le Mayuer telah meninggal duni di tanah kelahirannya dan telah bersetuju untuk menyerahkan hartanya kepada penguasa Indonesia. Kini, semua harta Le Mayeur telah dijadikan asset yang berharga bagi kerajaan Indonesia.

Setelah kami diberi taklimat, kami dibenarkan melawat di sekitar muzium dan kami juga dibenarkan untuk bergambar. Tidak dinafikan, landskap muzium tersebut sangat cantik dan menarik perhatian sesiapa yang memandangnya. Setelah puas meninjau di dalam muzium, saya dan Azizee keluar sebentar di tepi pantai dan bergambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Kami berdua mengoptimumkan peluang yang ada untuk mengambil pemandangan yang cantik. Jika sebelum ini saya hanya mampu melihat pantai yang cantik di dalam televisyen dan media massa, kini saya mempunyai pengalaman melihat pemandangan tersebut secara langsung.

Setelah itu, kami masuk semula ke dalam muzium untuk bergambar beramai-ramai dengan rakan-rakan yang lain. Kami bergerak menuju ke bas apabila melihat jam pada pukul 10.30 pagi. Kami dimaklumkan oleh Pak Timbang semasa dalam perjalanan menuju ke Sannur, kami akan makan di tengah hari di tempat yang jauh dan perjalanan kami ke sana mengambil masa selama dua jam lebih. Tanpa membuang masa, kami bergegas menuju ke bas dan bergerak ke destinasi yang seterusnya. Sepanjang perjalanan, persekitaran perkampungan yang kami lalui tidak banyak beza seperti kawasan yang kami lalui ke Kintamani kelmarin. Masyarakat perkampungan yang kami lalui itu menjalankan kegiatatan pertanian dan bersawah. Namun apa yang menarik di kawasan ini, masyarakat di sini menjalankan pertanian secara bersistematik dan bertingkat-tingkat. Saya memerhatikan persekitaran sehinggakan saya tidak sedar bila saya tertidur.

Saya tersedar apabila mendengar suara rakan-rakan yang lain bersuara kerana melihat kawasan yang cantik. Saya turut sama melihat dan ternyata memang cantik apa yang dilihat. Setelah itu, kami telah tiba di sebuah restoran yang popular iaitu Restoran Menteri yang terkenal dengan keenakan pisang gorengnya. Kami telah dimaklumkan untuk makan tengah hari terlebih dahulu dan setelah itu baru menunaikan solat zohor dan asar berjemaah di masjid yang berada diatas bukit.

Seperti biasa, saya akan memaksimumkan pengambilan makanan sehingga saya benar-benar kenyang. Setelah selesai makan, kami semua bergerak menuju ke masjid. Perjalanan menuju ke masjid memang benar-benar teruji apabila saya terasa termengah-mengah kerana makan dalam kuantiti yang banyak sehinggakan perut saya membuncit. Saya terus gagahkan kaki apabila timbul perasaan malu dan segan melihat rakan perempuan saya yang lain bertenaga berjalan menaiki tangga. Sambil menyembunyikan perut dan tersenyum, saya terus menaiki tangga dengan tenang. Setelah melangkah hampir 60 anak tangga, akhirnya saya tiba di masjid Al-Hidayah. Terucap perkataan “subhanallah” di mulut apabila melihat keindahan pemandangan dari masjid. Ternyata satu keajaiban melihat tasik yang agak besar di tanah tinggi. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Pak Timbang, tasik tersebut merupakan bekas kawah gunung berapi yang kini sudah tidak aktif dan mengambil masa ribuan tahun dan kini terhasil sebagai tasik. Kami mengambil masa seketika untuk memerhati dan melihat keindahan alam ciptaan ALLAH. Terasa kerdilnya saya di muka bumi ini apabila melihat tasik yang begitu besar. Hampir lima minit saya termenung di tepi pagar masjid tersebut sambil memerhatikan keadaan sekeliling. saya juga melihat telatah orang ramai yang berada di tepi tasik berkenaan. Apa yang saya yakin, kebanyakan mereka beragama hindu dan tidak ramai yang memeluk agama Islam, agama yang benar. Saya juga berasa terkejut apabila dimaklumkan terdapat madrasah anak yatim yang belajar pondok di puncak bukit tersebut dan masjid tersebut merupakan tempat mereka berkumpul.

Setelah puas bergambar, kami bergerak ke belakang masjid untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat zohor dan asar. Ternyata keadaan yang sama seperti kelmarin, air terasa amat sejuk dan memerlukan sedikit masa untuk mengambil wudhuk. Setelah itu, kami solat berjemaah. Setelah selesai solat, sementara menunggu kaum wanita solat, kami sempat bergambar lagi. Bagi saya, selagi ada kelapangan, gunakan segala kesempatan yang ada untuk merakamkan saat-saat yang terindah kerana masa yang berlalu itu ibarat air di sungai. Jika air tersebut telah melalui sesuatu kawasan, air tersebut tidak dapat untuk berpatah balik. Begitu juga kehidupan manusia. Saya manfaatkan peluang dengan merakamkan memori yang indah.
Setelah semua selesai solat, kami turun ke tepi tasik untuk melihat keadaan tasik dengan lebih dekat. Air tasik tersebut menghijau dan saya tahu tasik tersebut agak dalam walaupun berhampiran dengan tebing.

Setelah itu, kami bergerak menuju ke bas apabila kami dipanggil oleh Pak Timbang untuk kami bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya. Setibanya kami di dalam bas, seperti tradisi yang dipraktikkan, kami akan menepuk tangan kepada individu yang paling akhir sekali menaiki bas. Saya bersama Azizee telah menjadi bahan untuk ditepuk tangan dan saya hanya mampu tersenyum. Apa yang saya rasa, suasana tersebut cukup manis kerana kami berbuat sedemikian kerana mesranya kami tanpa mengira hubungan pensyarah ataupun pelajar namun kami masih lagi menghormati pensyarah sebagai yang lebih berilmu dan lebih tua.

Perjalanan diteruskan menuju ke pasar Menta Sari Candikuning, iaitu kawasan yang telah kami lalui semasa bergerak menuju ke Restoran Menteri. Kami diberi masa selama 30 minit sahaja untuk membeli barangan dan melawat kawasan sekitar. Pada mulanya saya dan Azizee bercadang untuk menunggu sahaja di dalam bas memandangkan wang kami hampir kehabisan namun setelah pembantu bas tersebut meminta kami turun, kami terpaksa akur. Kami bergerak ke kawasan berhampiran untuk mencari tempat yang agak menarik untuk bergambar.

setelah bergambar, masa yang berbaki lebih kurang 15 minit, kami bergerak mengikut kumpulan rakan-rakan kami yang lain yang membeli barangan kraftangan yang saya kira agak menarik dan kreatif. Saya meninjau-ninjau gerai yang ada di pasar Menta Sari Candikuning dan ternyata terasa satu kerugian jika saya tidak membeli kraftangan yang dijual kerana menarik dan kreatif. Saya mengeluarkan wang simpanan yang saya simpan untuk dijadikan sebagai back up sekiranya berlaku apa-apa masalah untuk membeli alat muzik tradisional Bali. Selain itu, saya turut membeli dua utas gelang kayu untuk diberikan kepada keluarga. Setelah selesai membeli, saya bersama Azizee terus bergerak menuju ke bas, bimbang saya akan menghabiskan wang yang ada. Setelah beberapa minit berada di dalam bas, rakan-rakan yang lain turut menaiki bas dan apabila semuanya cukup, kami terus bergerak menuju ke Tanah Lot. Jam pada ketika itu menunjukkan pukul 3.04 petang dan menurut Pak Timbang, perjalanan mengambil masa kira-kira sejam. Saya menganggarkan bahawa kami akan tiba di Tanah Lot pada puku 4.10 petang termasuk mengambil kira kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Namun anggaran saya kurang tepat dan kami tiba di Tanah Lot pada jam 4.28 petang. Keadaan di Tanah Lot tidak ada yang menariknya kerana saya tidak tahu agenda yang ingin dibawa oleh Pak Timbang.

Turun sahaja dari bas, beberapa rakan saya berlari-lari mencari tandas. Mungkin kerana makanan yang dimakan pada waktu tengah hari sebentar tadi. Kami terus bergerak ke kawasan pasar di Tanah Lot dan kami memasuki satu pintu gerbang dan di situ, Pak Timbang telah menguruskan wang tiket untuk masuk ke dalam. Semasa memasuki gerbang tersebut, saya sempat memerhatikan papan tanda dan kami membayar Rp5000 seorang sekali masuk. Namun segala perbelanjaan telah termasuk di dalam pakej yang kami persetujui. Setelah semuanya cukup, kami bergerak menuju ke kawasan Pura di tepi pantai. Apabila melihat pura tersebut, saya tidak percaya bahawa gambar yang saya lihat di dalam internet dan majalah telah berada di hadapan mata saya. Saya sentiasa membawa kamera bersama dan saya tidak melepaskan peluang mengambil gambar di kawasan tersebut.

Sewaktu itu, kami berpecah dan saya bergerak bersama Azizee, Noor Aishah dan Nur Aisyah. Kami telah sepakat untuk melihat ular suci yang berbisa seperti yang dimaklumkan oleh Pak Timbang semasa dalam perjalanan menuju ke Tanah Lot. Ketika ingin melihat ular tersebut, kami dikehendaki membayar Rp1000 seorang. Setelah itu, kami ditunjukkan oleh penjaga ular tersebut dan kelihatan ular tersebut sedang tidur. Saya dan Azizee berkesempatan untuk menyentuh ular berkenaan setelah penjaga ular tersebut membenarkan kami memegangnya. Walaupun perasaan saya berdebar-debar dan risau akan dipatuk, namun saya memberanikan diri. Ular tersebut menurut Pak Timbang, merupakan ular yang muncul di kawasan batu-batu dan ular tersebut memiliki bisa sepuluh kali ganda bisa ular tedung. Ular tersebut telah diisytiharkan sebagai ular suci kaum Hindu kerana ular tersebut tidak mengganggu orang dan tidak bertindak agresif terhadap manusia.

Kami meneruskan perjalanan ke kawasan lopak air yang berbatu. Saya bertindak menjadi jurugambar kerana kamera Aisyah sudah kehabisan bateri. Saya merakamkan gambar-gambar mereka dan kami bergilir-gilir untuk menangkap gambar. Pelbagai gaya dan aksi yang kami lakukan. Semasa bergambar, Aishah telah tercedera di lutut semasa mendarat setelah melompat ketika bergambar. Kebetulan saya membawa minyak untuk disapu dan setelah beberapa minit, Aishah dapat berjalan seperti biasa. Saya bersyukur kerana tiada apa yang terjadi kepada rakan saya dan itu merupakan satu peringatan daripada ALLAH agar tidak terlalu bergembira.

 Setelah itu, kami bergerak menuju ke arah batu yang berada di tebing padang. Ternyata lokasi yang kami pilih tepat dan pemandangan matahari terbenam kelihatan lebih jelas di sana. Setelah itu, kami bergerak untuk pulang menaiki bas kerana waktu sudah semakin gelap. Setibanya kami di pasar Tanah Lot, saya sempat meninjau dan melihat karya-karya lukisan dan dalam waktu yang sangat singkat, saya telah membeli satu karya pualaman yang bersiri dengan harga Rp50,000.

Jam menunjukkan pukul 6.25 petang dan jika dibandingkan di Malaysia, waktu tersebut seperti pukul 7.45 malam. Kami bergerak dengan pantas dan setibanya kami di dalam bas, masih ramai lagi yang belum ada. Setelah beberapa minit dan semuanya telah menaiki bas, kami bergerak untuk makan malam di Bumbu Desa. Perjalanan lebih kurang satu jam untuk tiba di Bumbu Desa dan kami tiba di Bumbu Desa pada pukul 7.49 malam. Saya berasa teruja melihat keadaan restoran berkenaan yang agak mewah dari segi susunan serta hiasannya. Kami telah dibawa ke bahagian belakang restoran dan makanan telah tersedia menanti. Kami dihidangkan makanan secara buffet dan makanan yang sentiasa ada apabila dihidangkan kepada kami adalah tempe dan ayam goreng. Selama tiga hari saya berada di Bali, saya sudah mula dapat menerima cara makanan masyarakat Bali. Apa yang menariknya, saya sudah boleh bertutur bahasa Indonesia dengan dialek masyarakat Bali. Ramai daripada kalangan penjual di Bali menyangka saya merupakan orang Indonesia dan saya hanya mengiyakan sahaja. Terukir juga senyuman di wajah saya apabila orang Bali sendiri menyangka saya orang Indonesia.

Setelah selesai makan, kami berkumpul di luar restoran dan bersedia menaiki bas untuk ke destinasi yang berikutnya sebelum bergerak pulang ke hotel iaitu menuju ke kompleks membeli belah yang terdapat di Bali. Namun ketika menaiki bas, kami semua menjadi panik apabila En Khairul, iaitu tutor kami ‘hilang’ dan En Kasran mengarahkan Haziq untuk mencari En Khairul. Haziq yang terkenal dengan wataknya yang agak suka dicabar menerima permintaan En Kasran. Setelah lima minit Haziq mencari, En Khairul telah menaiki bas dan suasana masih belum reda kerana Haziq pula yang hilang. Setelah lebih kurang 3 minit, Haziq tiba dan memaklumkan beliau tidak menjumpai En Khairul. Keadaan menjadi riuh dengan gelak ketawa kami kerana gelagat Haziq apabila melihat En Khairul telah berada di dalam bas.

Perjalanan diteruskan dan lebih kurang pukul 9.05 malam, kami tiba di pasar raya Matahari, dan kami diberi masa selama 30 minit sahaja untuk berada dikawasan itu sebelum pulang ke hotel. Kami bergerak secara kumpulan kecil dan apabila memasuki Matahari Mall berkenaan, harga yang ditawarkan sama dengan harga di Malaysia. Kami semua berpakat untuk tidak mahu lebih lama di situ dan kami bergerak menuju ke bas. Semasa tiba, kami diturunkan dihadapan Matahari Mall namun semasa pulang, kami terpaksa berjalan sedikit kerana bas tidak boleh diletakkan di tepi jalan.

Pada jam 9.40 malam, kami telah tiba di hotel. Seperti hari sebelumnya, saya akan solat terlebih dahulu sebelum menukar pakaian mandi dan berenang di kolam. Setelah hampir 12 malam, barulah kami naik ke bilik. Semasa di bilik, saya tidak terus tidur tetapi saya sempat memasak mi segera Maggi yang saya bawa dari Malaysia. Setelah kenyang, barulah saya dapat tidur. Terasa tidur saya sangat berkualiti setelah menempuhi hari-hari yang meletihkan fizikal dan mental serta meletihkan poket.


KHAMIS (16 JUN 2011)

Hari yang keempat berada di kepulauan Bali, syurga membeli belah dan syurga hiburan. Saya berasa agak letih apabila bangun. Setelah membuat persiapan diri, mandi dan solat, saya bergerak menuju ke tempat makan untuk bersarapan pagi. Pada hari ini, saya agak lewat untuk turun bersarapan kerana terlewat bangun. Saya berasa agak kesal kerana terlewat menunaikan solat subuh dan sempat qadha subuh berkenaan. Setibanya saya di bawah, saya makan bersama dengan beberapa rakan perempuan yang lain manakala rakan yang lelaki telah turun awal dan berjalan di kawasan sekitar. Saya tidak sempat untuk mengikuti mereka. Saya tidak berselera untuk makan makanan yang berat dan hanya minum jus oren beserta koko Crunch. Setelah itu, saya naik semula ke bilik untuk mengambil beg. Pada hari ini, kami bergerak agak lewat iaitu pada pukul 10 pagi kerana kami bersepakat membatalkan acara mandi di pantai. Walaupun pada asalnya kami bersemangat untuk mandi di pantai, namun keletihan menidakkan hasrat kami untuk melakukan aktiviti berkenaan. Semasa di bilik, saya melihat jam di telefon bimbit dan pada waktu menunjukkan pukul 9.50 pagi. Saya bergegas memanggil rakan-rakan lelaki yang bersebelahan bilik agar segera bersiap untuk turun dan menaiki bas. Kami agak terlewat dan turun pada pukul 10.05 pagi. Saya dapat melihat wajah Pak Timbang yang terpaksa melayan karenah kami yang selalu lewat dan secara tidak langsung memberikan sedikit impak yang kurang baik. Namun, pada hari keempat ini, kami berazam untuk menepati masa.

Pada jam 10.10 pagi, kami semua telah menaiki bas dan destinasi kami adalah untuk bergerak semula ke pasar Guwang, Sukawati. Hal ini disebabkan permintaan ramai yang ingin membeli barangan kerana setelah membandingkan harga dengan beberapa tempat lain yang telah kami pergi, kami mendapati pasar Guwang jauh lebih murah harganya. Perjalanan kami seperti biasa akan berlaku sedikit kesesakan namun hal itu berlaku hanya sementara. Kami tiba di pasar Guwang pada jam 11.20 pagi dan Pak Timbang memberi kami masa selama 2 jam untuk membeli belah kali yang terakhir kerana selepas ini kami tidak berhenti di kawasan untuk membeli belah.

Masa yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya apabila masing-masing mula bergerak menuju ke kedai-kedai menjual kraf tangan seperti menjual key chain, kotak tisu, selipar, lukisan dan sebagainya. Saya tidak tertarik untuk membeli kraf tetapi saya tertarik untuk membeli lukisan kerana lukisan sangat sukar didapati di Malaysia dan sekiranya ada, sudah tentulah harganya akan melambung tinggi berkali-kali ganda. Setelah saya membeli barang yang ingin dibeli, saya bergerak menuju ke arah rakan-rakan yang lain yang sedang sibuk membelek barang yang ingin mereka beli. Saya yang sudah berpuas hati dengan apa yang saya perolehi, hanya duduk dan memerhatikan sahaja tingkah laku rakan-rakan. Adakalanya terasa seronok juga melihat karenah orang lain. Setelah beberapa minit duduk, saya mengambil keputusan mengajak Azizee keluar dari pasara tersebut dan menaiki bas. Setelah tiba di bas, saya melihat rakan Kak Aziah sedang minum air Avogardo. Saya juga melihat Anas Hakimie berada di gerai sebelah sambil berbual dengan penjual minuman. Saya telah dipelawa oleh rakan Kak Aziah untuk turut minum namun saya menolak dengan baik dan akhirnya dia memesan dua gelas air Avogardo yang dia minum kepada saya dan Azizee. Saya bergurau bahawa saya sudah kehabisan wang namun beliau telah membayarkan harga minuman tersebut. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih dan berasa agak segan dengan beliau.

Setelah menikmati air Avogardo, saya berasa satu pengalaman yang baru kerana saya belum pernah lagi merasai air tersebut. Setelah beberapa minit, rakan Kak Aziah meminta diri untuk menaiki bas dan kami berbual kosong dengan penjual berkenaan. Setelah beberapa ketika, Zulhafizal dan Haziq tiba dan memesan air Avogardo seperti yang kami minum. Setelah itu, En Kasran turut bersama dan kami berbual sehinggakan semuanya selesai membeli belah.

Perjalanan kami yang seterusnya bergerak menuju ke Garuda Wisnu Kencana untuk makan tengah hari dan kami bertolak pada pukul 1.30 petang. Perjalanan lebih kurang 40 minit dan sebaik sahaja kami tiba, kami diberi tiket oleh Pak Timbang dan tiket berkenaan diperlukan untuk masuk ke kawasan Garuda Wisnu Kencana. Setelah itu, kami dibawa ke restoran untuk makan tengah hari dan seperti hari yang sebelumnya, tempat yang kami makan sememangnya bertaraf tiga bintang.

Setelah makan, kami bergerak memasuki kawasan Garuda Wisnu Kencana. Perkataan yang pertama yang terpacul di mulut saya ialah, “wah”. Apa yang dilihat di hadapan mata saya tidak pernah saya lihat atau saya bayangkan sebelum ini tetapi pengalaman yang pertama kali melihat sesuatu tempat atau kawasan yang tidak pernah saya bayangkan berada di depan mata.

saya berada di satu kawasan yang agak luas dan berbukit batu yang agak besar. Apa yang menariknya, bukit-bukit batu ini dipotong dengan rata dan mengikut ukuran  dengan tepat, berdasarkan jarak dan ruang yang dipotong. Selain itu, angin kencang juga turut menambahkan lagi kedamaian dan ketenangan berada di kawasa Garuda Wisnu Kencana. Kami berkumpul beramai-ramai untuk mengambil gambar bersama di kawasan yang pertama kali kami jejaki. Setelah itu, kami bergerak menaiki tangga dan bergambar beramai-ramai dengan berlatarbelakangkan replika Garuda Wisnu Kencana.

Setelah puas bergambar, kami semua bergerak keluar dari kawasan Garuda Wisnu Kencana dan menunaikan solat zohor dan asar jamak ta’khir berjemaah di surau di bahagian luar Garuda Wisnu Kencana. Setelah itu, kami semua mula menaiki bas dan menuju ke Dreamland.

Sepanjang perjalanan kami tertanya-tanya bagaimanakah keadaan Dreamland seperti yang disebutkan. Menurut Pak Timbang dalam perbualannya, beliau mengatakan asset Dreamland dipunyai oleh anak Suharto iaitu Tomy Suharto dan berkeluasan ribuan hektar persegi. Apa yang saya lihat, kawasan Dreamland masih lagi dalam pembangunan dan banyak jentera berat sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Kami tiba di suatu tempat yang bertanah pada pukul 4.30 petang. Kami diberi masa 30 minit sahaja. Pada mulanya kami semua meragui tempat yang diperkatakan oleh Pak Timbang namun setelah meredah tanah-tanah merah, akhirnya kami tiba di satu kawasan pantai yang sangat indah. Tiada apa yang dapat kami lakukan melainkan bergambar. Tiada ucapan yang lebih sesuai diucapkan melainkan bertasbih kepada ALLAH setelah melihat kehebatan dan keagungan ALLAH taala menciptakan suatu tempat yang indah. Saya melihat di pantai Dreamland itu juga terdapat ramai pelancong-pelancong khususnya daripada pelancong barat. Mereka juga melakukan aktiviti meluncur ombak dan saya sangat seronok melihat suasana tersebut.  Kami tidak dapat melakukan banyak aktiviti dan bergambar di kawasan yang lebih cantik kerana kami terpaksa mengejar masa untuk tiba di Uluwatu. Jam menunjukkan jam 4.50 petang dan saya meminta semua rakan-rakan untuk bergerak pulang kerana masa tidak mengizinkan kami untuk berada lebih lama. Timbul pula di hati kami kekesalan kerana membatalkan perancangan untuk mandi di laut pada waktu pagi.

Kami tiba di bas tepat seperti yang dijanjikan. Setelah itu, tepat jam 5 petang, kami mula bergerak meninggalkan pantai Dreamland yang penuh dengan memori indah yang telah kami ciptakan sebentar tadi menuju ke Uluwatu untuk melihat kera dan tarian Kecak. Tidak jauh dari Dreamland, pada jam 5.57 petang, kami tiba di Uluwatu. Setibanya kami di Uluwatu, kami dikehendaki bergerak dengan pantas kerana waktu sudah semakin gelap dan tarian kecak sudah lama bermula. Semasa masuk, kami diberikan kain kuning untuk diikat di badan. Saya tidak tahu apakah tujuan tersebut namun kami hanya menurutinya sahaja.

Satu lagi kejutan yang saya alami apabila saya dapat melihat pantai yang jauh di bawah tebing bukit berbatu dan tebing bukit yang tinggi seakan-akan bukit yang berada di Gurun Kanyon. Saya sempat bergambar di kawasan tersebut dan kami semua meneruskan perjalanan menuju ke pentas yang dibina seakan-akan stadium mini dan melihat tarian kecak telah bermula. Apa yang menarik pada tarian kecak ini, tarian ini tidak menggunakan alat muzik namun muzik yang dihasilkan dengan menggunakan mulut dengan menyebut “kecak”. Kami sangat teruja menyaksikan persembahan tersebut dan saya agak risau melihat keadaan tersebut. Hal ini kerana, mereka yang terlibat dalam tarian kecak sedang melakukan satu pemujaan kepada api dan ini bercanggah dengan akidah Islam. Saya mengambil jalan dengan memanggil rakan-rakan untuk bergerak pulang ke bas namun semuanya masih mahu menyaksikan lagi tarian kecak tersebut. Saya bersama Azizee bergerak untuk pulang namun niat tersebut saya tangguhkan dahulu apabila melihat watak-watak penari kecak tersebut berada berhampiran dengan kami. Kami dengan rasa agak menyeramkan apabila melihat wajah watak-watak penari kecak tersebut, meminta kebenaran daripada mereka untuk mengambil gambar bersama-sama mereka. Setelah dipersetujui, kami mengambil gambar beramai-ramai dan perbuatan kami itu telah menarik minat rakan-rakan kami yang lain yang masih belum mahu pulang untuk bergambar. Namun saya bimbang sekiranya mereka akan merasuk kami untuk turut sama menari. Saya turut membaca beberapa potong ayat al-Quran agar terlindung daripada segala bahaya dan bencana. Setelah itu, saya dan Azizee mengambil keputusan untuk bergerak pulang ke bas memandangkan rakan-rakan kami yang lain masih tidak mahu pulang dan hari pula semakin gelap. Kami tidak membawa sebarang lampu suluh. Kami bergerak dengan berhati-hatidan akhirnya kami tiba di bas. Sedar tidak sedar, saya telah terambil tali kuning tersebut walhal kain kuning tersebut perlu dipulangkan ketika hendak keluar. Setelah itu, kami menanggalkannya dan meletakkannya di bawah pokok.

Setelah 15 minit berada di sekitar bas, barulah kami lihat kelibat-kelibat rakan-rakan kami menuju ke arah bas. Namun begitu, saya melihat tiada seorang pun pensyarah yang turut menyaksikan tarian kecak bersama kami. Setelah itu, tepat jam 7.10 malam, kami telah bertolak untuk makan malam di Jimbaran, iaitu makan malam di tepi pantai. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira satu jam untuk tiba di Jimbaran dan sepanjang perjalanan, saya hanya berbual dengan rakan-rakan bagi mengisi kekosongan aktiviti. Sedang asyik berbual bersama rakan-rakan, tidak sedar bahawa kami hampir tiba di Jimbaran dan pada jam 8.55 malam, kami telah tiba di Melasti Kedongan Cafe. Mengenai makanan yang akan kami makan pada mala mini, kami dihidangkan BBQ, iaitu ikan bakar, lala, udang, sotong dan ketam. Kami diberikan tempat duduk di atas pasir pantai dan terasa sangat seronok apabila merasakan pengalaman yang pertama kali kami alami. Setelah 15 minit menunggu, akhirnya makanan kami tiba. Sebelum kami makan, kami telah mengadakan satu majlis perletakan jawatan ketua unit dan timbalan ketua unit serta melantik ketua dan timbalan ketua unit yang baru. Setelah selesai, kami semua mula makan malam sambil diiringi pemuzik ala mexico. Setelah itu, kami makan dengan bersungguh-sungguh kerana makanan yang dihidangkan sangat sedap dan kami jarang berpeluang untuk makan seperti itu.

Namun kesedapan kami hanya seketika kerana kami sudah mula dibasahi dengan titisan air yang jatuh dari langit. Pada mulanya kami membiarkan sahaja dan orang lain bertempiaran lari. Suasana lengang dan hanya kami sahaja yang masih tinggal, sambil menghabiskan makanan. Namun titisan makin lebat, memaksa kami bergerak mencari tempat perlindungan dengan segera. Saya yang sedang kelaparan turut berlari sambil membawa sepiring ikan bakar yang belum dimakan. Semasa berada di bawah restoran, saya sempat menghabiskan ikan tersebut.   

Setelah itu, kami semua menaiki bas dan bergerak pulang ke hotel. Sepanjang perjalanan pulang ke hotel, hujan lebat masih belum reda dan setibanya kami di hotel, hujan yang lebat menjadi gerimis. Kami segera keluar dari bas dan naik ke bilik masing-masing. Pada malam itu, hanya beberapa orang sahaja yang keluar dan mereka keluar atas tujuan untuk mengurut badan di spa yang berhampiran. Sementara itu, saya dan beberapa rakan lelaki yang lain menjalankan aktiviti biasa iaitu berenang di kolam. Walaupun terasa air kolam tersebut tersangat dingin, namun kami tetap berenang dan setelah beberapa minit di dalam air, badan kami dapat menyesuaikajn suhu air tersebut. Setelah itu, kami naik ke bilik dan bersiap mengemas barangan untuk disusun di dalam beg agar pada keesokan harinya, kami tidak begitu kelam kabut.
setelah keletihan berenang, saya sempat memasak tiga bungkus mi segera maggi kerana masih banyak lagi yang belum dimakan. Setelah itu, saya tertidur kerana keletihan.


JUMAAT (17 JUN 2011)

Hari terakhir yang bersisa di kepulauan Bali. Seperti biasa setelah bangun dari tidur, saya menunaikan kewajipan saya. Setelah itu, saya bergegas untuk turun bagi menikmati santapan sarapan pagi. Setibanya saya di tempat makan, yang kelihatan hanyalah En Kasran sekeluarga dan tiada nampak seorang pun kelibat rakan-rakan di bawah. Saya terus mengambil makanan dan seperti biasa, coco crunch merupakan sarapan pagi yang paling saya gemari. Setelah itu, En Kasran mempelawa saya untuk makan bersama-sama dan semasa makan, kami berbual-bual kosong.

Setelah selesai mendapatkan keperluan asas bagi setiap makhluk, saya pulang ke bilik dan mengemas barang. Jam menunjukkan pukul 8.40 pagi dan kami akan bergerak pulang menuju ke lapangan terbang Ngurah Rai, Denpasar. Setelah selesai mengemas, saya mengejutkan Zulhafizal yang masih lagi lena untuk bersiap dan bersarapan pagi.

Dari dalam bilik, saya terdengar suara-suara yang saya kenali dan saya melihat beberapa orang rakan saya yang melawati pantai yang berhampiran daripada hotel. Saya bergerak turun untuk bertemu dengan mereka dan kami bersarapan pagi untuk kali yang kedua. Berdasarkan apa yang dimaklumkan Azizee, pantai yang mereka lawati seperti pantai di Malaysia kerana tempat tersebut agak kotor sedikit.

Setelah selesai bersarapan, kami semua naik ke bilik masing-masing untuk mengemas barang-barang. Setelah saya tiba di bilik, saya berasa sangat letih dan mengantuk dan saya mengambil keputusan untuk tidur seketika. Namun saya tersedar setelah Nasir mengejut saya dalam keadaan tergesa-gesa. Saya terus bangkit dan mencapai beg dan turun ke bawah setelah memeriksa secara ringkas di dalam bilik bagi memastikan tiada barang yang tertinggal. Setelah itu, saya bergerak menuju ke bawah dan menunggu di lobi hotel, bersama-sama rakan yang lain. Saya merupakan orang yang kedua terakhir yang turun. Di lobi hotel, kami sempat bergambar dengan rakan-rakan.

Setelah jam menunjukkan 10.50 pagi, kami telah bergerak meninggalkan Aroma’s Hotel dan bergerak menuju ke lapangan terbang. Perasaan saya tiba-tiba sedih kerana akan meninggalkan tanah Bali yang telah memberikan pelbagai kenangan manis antara guru pelatih H2 dan pensyarah-pensyarah. Hubungan kami menjadi lebih akrab dan kemesraan jelas tergambar di wajah kami.

Sedar tidak sedar, kami telah tiba di lapangan terbang pada pukul 11.15 pagi. Hanya beberapa minit sahaja dari hotel. Setelah tiba, kami mengambil beg masing-masing dan bersalaman dengan Pak Timbang dan pembantunya serta memohon kemaafan jika terdapat tersalah bicara. Setelah Pak Timbang mula bergerak meninggalkan lapangan terbang, kami dibawa oleh rakan Pak Timbang yang membantu kami menguruskan perjalanan pulang. Setelah selesai pendaftaran bagasi, kami bergerak dan berkumpul di kawasan berhampiran dengan surau. Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 petang dan kami meyakini bahawa waktu zohor telah masuk. Kami bergilir-gilir menunaikan solat zohor.

Pada jam 2 petang, kami telah bergerak untuk pemeriksaan pasport di tingkat atas bangunan. Setelah itu, kami diperiksa oleh imigresen sebelum memasuki balai berlepas. Semasa di imigresen, saya telah diminta oleh pegawai tersebut untuk membuka beg kerana melihat ada sesuatu di dalam beg saya yang diragui. Setelah dibuka dan dijelaskan, akhirnya saya dilepaskan. Saya berasa agak berdebar-debar kerana bimbang seseorang telah menganiaya saya dengan meletakkan barang terlarang di dalam beg. Namun Alhamdulillah, saya tidak dianiaya seperti itu.

Kami menunggu kira-kira 20 minit sebelum bergerak masuk ke dalam perut kapal terbang. Kami dimaklumkan oleh pihak lapangan terbang melalui intercom meminta penumpang yang akan berlepas ke Malaysia untuk bergerak menuju ke pintu lima. Setelah kami semua masuk dan berada di tempat duduk masing-masing, perkara yang sama seperti semasa kami berlepas dari Malaysia ke Bali dilakukan iaitu demonstrasi oleh pramugari mengenai keselamatan.

Pesawat kami berlepas ke udara pada jam 2.50 petang dan sepanjang perjalanan, saya tidak larat untuk berbual dan saya hanya tidur. Setelah tiga jam penerbangan, saya terjaga dari tidur setelah dimaklumkan oleh juruterbang bahawa kami telah pun berada di ruang udara Malaysia. Pesawat kami semakin rendah dan tepat jam 5.45 petang, kami telah selamat mendarat di LCCT.

Setelah itu, kami memasuki LCCT dan melalui pemeriksaan pasport. Kami terus bergerak menuju ke food court untuk mengisi perut yang kelaparan. Kami semua berkumpul di food court berkenaan sementara menunggu abang Azira tiba untuk menjemput kami. Terasa nikmatnya apabila dapat makan masakan Malaysia.  

Pada jam 7.15 malam, bas kami tiba di LCCT dan kami bertolak pulang ke IPG Kampus Ipoh. Kami berhenti seketika di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh untuk solat dan makan malam. Setelah itu, kami terus bergerak menuju ke IPG. Kami tiba di IPG pada pukul 12 malam. SERONOKNYA BALI...



REFLEKSI

            Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, serta iradatnya telah mengizinkan kepada saya untuk menjejakkan kaki ke kepulauan Bali. Sesungguhnya perancangan untuk menaiki kapal terbang apatah lagi untuk ke luar Negara tidak pernah dirancang dengan serius, namun ALLAH telah menggerakkan saya untuk merasai pengalaman berada di Negara orang selama seminggu bermula 13 Jun sehingga 17 Jun 2011.

            Ini merupakan pengalaman saya yang pertama menaiki kapal terbang dan berada di luar Negara. Pengalaman yang saya dapat ini merupakan pengalaman yang sangat berharga yang saya tidak akan dapat lupakannya sepanjang hidup. Selain itu, saya berasa kepuasan yang teramat sangat kerana saya merupakan salah seorang tenaga penggerak bagi memungkinkan program Akademik Seni Visual Bali 2011 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Banyak perkara baru dan pengalaman yang sangat berharga yang saya perolehi sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya program ini.

            Saya telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai jawatankuasa Tugas-Tugas Khas, iaitu menguruskan sesuatu aktiviti luar bilik kuliah. Tanggungjawab saya telah bermula apabila En Kasran b. Mat Jiddin telah memaklumkan kepada kami unit H2 akan hasrat beliau untuk melaksanakan pelajaran berdasarkan kursus PSV 3104, iaitu melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah.  Beliau telah mencadangkan untuk melaksanakan hasrat tersebut di kepulauan Bali kerana masyarakat di Bali memiliki kemahiran kesenian yang diwarisi secara warisan, tanpa ada pengetahuan formal. Setelah itu, saya telah ditugaskan untuk menjadi setiausaha program dan sudah tentunya tugas sebagai setiausaha agak sibuk dan berat berbanding jawatankuasa yang lain.

            Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua Unit Seni Visual, iaitu En. Kasran b. Mat Jiddin kerana telah banyak membantu saya menyiapkan kertas kerja dan memberi tunjuk ajar dari segi pengurusan kerja dan masa dalam melaksanakan program yang telah dirancang ini. Saya bersama jawatankuasa yang lain seperti jawatankuasa pengangkutan dan logistik, sering kali berkunjung ke Faza Holiday, iaitu ejen pelancongan yang telah kami persetujui untuk menggunakan khidmat agensi tersebut untuk membawa kami di Bali. Walaupun masa yang dicadang hanya tinggal empat bulan sahaja lagi, dalam keadaan kertas kerja yang masih belum siap, akhirnya kami berjaya membuktikan kepada orang ramai bahawa kami mampu untuk melaksanakan suatu program yang besar dalam tempoh yang singkat.

            Kami seringkali diperleceh oleh senior dan tidak kurang juga pensyarah yang tidak yakin dengan usaha kami untuk melaksanakan program yang besar ini. Namun, setelah mendapat kelulusan daripada pengarah, kami terus bergerak dengan lebih pantas, hasil tunjuk ajar En Kasran, yang juga pensyarah PSV 3104.
            Dalam program ini, kami terlepas sesuatu iaitu pengalaman untuk meminta sponsor daripada korporat-korporat, agensi swasta dan juga kerajaan. Hal ini kerana, masa yang tinggal hanya lebih kurang sebulan setelah kertas kerja yang diusulkan kepada pengarah mendapat kelulusan. Namun, kami berusaha dan akhirnya kami tidak memperolehi pengalaman tersebut. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana apa yang telah kami rancangkan dari awal semester telah diizinkan ALLAH dan segalanya berjalan dengan lancer, tanpa ada sebarang gangguan.

            Berdasarkan pengalaman yang telah saya perolehi ini, dapat menjadi sebahagian panduan dan persediaan untuk saya melaksanakan sesuatu program yang besar pada masa akan datang dan juga semasa berada di lapangan kerja. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu saya khususnya En Kasran yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas bakti yang telah beliau curahkan.