Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Kenanganku.....


Inilah kenangan yang aku tak dapat lupakan seumur hidup aku. Apa yang berlaku, tidak dapat aku lupakan sampai ke akhir hayat. Kenangan ini jugalah yang mengajar aku matang dan membuatkan aku "berehat" dalam tempoh masa yang panjang. Aku memerlukan masa yang lama untuk "kembali" seperti dulu.

Ketika dalam bas, perjalanan ke Jeti Lumut
(Hubungan yang akrab dahulu)

Selaku pengerusi Sukan Rekreasi, memberikan taklimat kepada rakan-rakan yang lain
(* bajet bagus jek kan...huhu)

Setelah tiba di Pulau Pangkor, diberi taklimat oleh Pensyarah


Acara memasang khemah
(Smart gak tempat perkhemahan ni...he3)

haa..ni malas nak cakap...muka pengerusi dah jadi Pengkerusi sewaktu makan...huhu
[banyak perkara yang tersirat daripada yang tersurat..haa...jeng3]


Taklimat kayak oleh pensyarah aktiviti air
(semua tekun dengar..tapi takut ombak.Kayak terbalik katanya..hahaha)

haa..kan da cakap, kayak terbalik.....hahaha


Bergambar dengan Haziq, hensem siot........topi die...hahahaha


Haa...ni ag dua orang membe aku ni...pantang jumpa kamera, kompom bertukar jadi ayu...hahaha


letih sangat nak baring, dalam air pun jadi...
(*siap ada pelampung tambahan tu...xley bla..hahaha)

muka-muka kegelapan...hahaha

kumpulan gg, mie dan zaa membuat persembahan..mantap seh..

gambar kenangan bersama, unit H2, H5, H6 dan H7
(lelaki melayu yang paling terakhir,- kesavan, nasir, mie, usop, zaa, gg, haziq, suries dan tinagaran)


haa...ni tak habis-habis posing...udah-udah ler tu cik kak oi...huhu



Sebenarnya banyak sangat perkara yang aku belajar daripada perkhemahan Sukan Rekreasi ni. Apa-apa pun, korang (H2,H5,H6 dan H7) memang mantap la. korangla yang berikan aku pengalaman yang sangat berharga ni. terima kasih banyak..luv u all...!!!