Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Wednesday, April 27, 2011

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN 5

Bahagian 5

101) Seekor cicak kecil boleh memanjat dinding yang tegak, melekat dengan badan terbalik atau melekap atas kaca yang di bergilap tanpa perlu menyedut, guna cairan melekit, kuasa elektrostatik atau geseran


102) Paruh platypus tidak seperti paruh burung -- ia adalah tulang rawan yang lembut dan mudah lentur -- serupa seperti hidung kita!


103) Gajah menghabiskan kira-kira 75% dari masanya untuk makan. Ia makan 200kg sehari dan mengeluarkan kira-kira 100kg najis


104) Gigi ketam terletak di dalam perutnya


105) Tanggapan yang mengatakan anjing dan kucing adalah musuh yang semula jadi (seperti pepatah ,” bergaduh seperti anjing dan kucing") adalah pernyataan yang berlebih-lebih, malah adalah tidak benar. Secara am, anjing dan kucing boleh berkawan lebih baik dari kucing dan kucing atau anjing dan anjing


106) Anai-anai Australia dikenali kerana boleh membina anak bukit setinggi dua puluh kaki dan lebarnya pula lebih kurang 100 kaki


107) Penguin mengawan hanya dua kali setahun


108) Penyu tak mempunyai gigi


109) Hanya seekor dari beribu-ribu bayi penyu laut yang hidup setelah menetas


110) Penyu laut menyerap garam dari air laut di tempat di mana mereka hidup. Mereka mengeluarkan lebihan garam melalui mata, sebab tu selalu nampak macam mereka menangis


111) Unta boleh meludah


112) Burung kasuwari boleh berlari sejauh 43 batu per jam (70kmj)


113) Khinzir adalah binatang keempat tercerdik di dalam alam haiwan


114) Lidah seekor buaya melekat di lelangit mulutnya. Tidak boleh digerakkan. Sebab itu buaya tak boleh mengunyah. Tapi enzim penghadam buaya sangat kuat sampai ia boleh menghadam besi, kaca dan lain-lain lagi


115) Jerung immune terhadap penyakit, senang cakap ia tidak menderita penyakit apa-apa!


116) Polar bear (Beruang Kutub) dan katak ialah haiwan kidal. 


117) Paris, Perancis mempunyai bilangan anjing yang lebih banyak berbanding manusia


118) Jangka hayat terpanjang untuk seekor katak ialah 40 tahun


119) Siput boleh tidur selama 3 tahun (tanpa makan). 


120) Mata burung kasuwari lebih besar dari otaknya


121) Kelawar boleh mengesan kepanasan haiwan pada jarak 16cm menggunakan hidungnya


122) Mata sesumpah boleh bergerak secara sendiri dn dapat melihat dua arah pada masa yang sama.


123) Lipas boleh mengesan pergerakan sesuatu biarpun sekecil 2000 kali diameter atom hidrogen


124) Belalang : matanya mempunyai 30,000 kanta


125) Khinzir: Lidahnya mempunyai 15,000 tunas rasa. Sebagai perbandingan, manusia mempunyai 9000 tunas rasa


126) Tikus boleh hidup tanpa air lebih lama dari unta


127) Lidah ular takde tunas rasa


128) Burung pungguk ialah satu-satunya haiwan yang boleh melihat warna biru.


129) Ular tak mempunyai telinga eksternal. 


130) Kucing haiwan yang paling manja!





1 comment:

Nid Al-Kahfi said...

Banyak juga fakta mengenai haiwan...