Gambar ni di ambil dekat mana ea?
haa.. itu yang aku nak citer sikit. sebenarnya gambar ni aku ambik masa Program Akademik Seni Visual Bali 2011, yang berlangsung pada 13-17 Jun 2011 yang bertempat di kepulauan Bali, Indonesia. citer ni da lama da. tapi baru terasa nak masukkan dalam blog ni pulak. almaklumlah orang baru nak berblogging. semangat lain sikit.
kat sini aku nak kongsi sikit pengalaman aku bersama rakan sekelas di bali. jom kita tengok.... check it out..!!
ni ha tentatif program aku di Bali :
Isnin (13 Jun 2011)
1.30 Pagi – bertolak ke LCCT dari IPG Kampus Ipoh
5.30 Pagi – Tiba di LCCT
9.30 Pagi – Pemeriksaan Imigresen, pendaftaran bagasi,
pengesahan passport
9.50 Pagi – Menunggu di Balai Berlepas
10.30 Pagi -
menaiki pesawat
11.00 pagi – Berlepas ke Bali (jangkaan perjalanan
mengambil masa 3 jam)
1.40 petang – tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai,
Denpasar, Bali
2.05 petang – pemeriksaan imigresen, mengambil bagasi
2.10 petang – ucapan selamat datang oleh agensi
pelancongan Assalam, dan kalungan bunga
2.20 petang – bertolak ke Restoran Wong Solo, makan
tengah hari
3.30 petang – tiba di Aroma’s Hotel, Legian Street,
pendaftaran masuk menginap / aktiviti bebas
7.00 malam – bergerak makan malam di Warung Bandung (25
minit perjalanan dari hotel)
8.15 malam – bergerak pulang ke hotel / berehat
Selasa (14 Jun
2011)
7.30 pagi – persiapan diri / sarapan pagi
8.30 pagi – bertolak ke
9.45 pagi – tiba di ..... (tarian barongan)
10.45 pagi – bergerak ke Anom Emas & Perak (pembuatan
dan penjualan perak)
11.15 pagi – bergerak ke Muji Art Family (galeri seni ) –
pelbagai karya, berjumpa pengkarya
12.20 pagi – bergerak ke Iwayan Arnaya (galeri dan
menjual lukisan)
12.50 pagi – bergerak ke Kintamani, makan tengah hari –
tanah tinggi, berlatar belakangkan gunung berapi batur
2.25 petang – tiba di kintamani, restoran Suling Bali
3.10 petang – bergerak pulang, menuju ke perkampungan seni
5.00 petang – tiba di pasar sukawati (pasar menjual
kraftangan dan lukisan yang murah dan berkualiti)
6.30 petang – bertolak untuk makan malam
6.55 petang – tiba di Natrabu, masakan padang , sesi
bergambar
7.35 malam – bertolak pulang, singgah di Krishna (pusat
penjualan barangan cenderahati)
8.00 malam – tiba di Krishna
9.30 malam – bertolak ke hotel / berehat
Rabu (15 Jun 2011)
7.30 pagi – sarapan pagi
8.30 pagi – bergerak ke sannur, melawat Muzium Le Mayeur
9.00 pagi – tiba di Sannur / Muzium Le Mayeur, terima
taklimat ringkas mengenai sejarah Le Mayeur ( Muzium –hadiah Le Mayeur kpd
pmrntah Indonesia, paparkan karya Le Mayeur – artis Nipollok (isteri)
Perkataan Baru : Libah – pemberian sukarela
-
Bergambar di sekitar pantai Sannur,
10.45 pagi – bertolak ke Menteri Restaurant – ambil masa
kira-kira 2 jam lebih, pemandangan alam menarik, aktiviti masyarakat kampong
dengan menanam padi huma dan padi sawah, penyusunan pertanian yang sistematik
dan bertingkat-tingkat
12.50 tengah hari -
tiba di restoran, makan – masakan Indonesia, terkenal dengan pisang
goreng yang enak, solat di Masjid Hidayah.
2.30 petang – bergerak ke pasar Menta Sari Candikuning –
beli kraftangan yang menarik, cantik, murah (ambil masa 30 minit sahaja)
3.04 petang – bergerak ke Tanah Lot, lihat Sunset (ambil
masa kira-kira sejam)
4.28 petang – tiba di Tanah Lot, dikenakan bayaran Rp5000
seorang, banyak pasar menjual pakaian, cenderahati, berpecah bergambar di
kawasan kuil pura, - bergambar dengan pemandangan sunset & sekitar, melihat
ular suci kaum hindu Tanah Lot, berjalan di sekitar pasar Tanah Lot
6.37 petang – bertolak ke Bumbu Desa,
7.49 malam – tiba di Bumbu Desa, Makan malam , masakan
Indonesia (keropok, tempe, ayam goreng)
8.50 malam – bertolak ke Mall (matahari mall), sepatutnya
8.30 bergerak, En Khairul Hilang, Haziq cari, En sampai dalam bas, haziq pula
hilang – call, xley
9.40 malam – pulang
ke Hotel
Khamis (16 Jun
2011)
10.10 pagi – bertolak ke Pasar Sukawati (tidak puas
membeli belah – pasar yang paling murah ) – tiba pukul 11.20 pagi (masa dua jam
membeli belah – gunakan masa dan peluang, beli cenderahati, lukisan)
1.30 petang – bertolak ke Wishnu Kenchana, makan tengah
hari, bergambar di Garuda, (kawasan yang cantik,luas,berangin)
4.30 petang – bertolak ke Dreamland (30 minit), pantai
cantik,
5.01 petang – bertolak ke
Uluwatu (tiba pukul 5.57 petang), (menyaksikan tarian Kecak, pemandangan
pantai dari bukit setinggi 200 meter, pemandangan sunset – indah),
7.08 malam – bertolak ke Jimbaran,
8.55 malam – tiba di Melasti Kedongan Cafe, makan malam
di tepi pantai, (seafood, bbq – ikan, ketam, udang, lala, ), iringan
muzik, menarik, cantik, suasana makan
malam di tepi pantai, atas pasir, - hujan turun, semua cari tempat teduh
kecuali kami, makan dalam basah
- pulang ke hotel
9.35 malam – tiba di hotel
Jumaat (17 Jun
2011)
8.30 pagi – sarapan pagi, berkemas untuk pulang
9.45 pagi – berkumpul di Lobi hotel, pemulangan kunci,
penghantaran bagasi dalam trak ke lapangan terbang, bergerak ke lapangan
terbang, tiba di lapangan terbang (10.00
pagi)
10.15 pagi – pendaftaran bagasi, (30 minit), berkumpul,
duduk, solat
1.02 tengah hari – pengesahan passport, menunggu dibalai
berlepas, 2.05 petang masuk ke dalam pesawat, cari tempat duduk,
2.25 petang – berlepas pulang ke Malaysia , tidur
(penat), sedar bila tiba di Malaysia
5.04 petang – tiba di Malaysia, pengesahan passport,
mengambil bagasi, makan di food court LCCT,
6.45 petang – bas tiba, bertolak pulang ke IPG Kampus
Ipoh, singgah solat di Restoran Jejantas Sg. Buloh, bergerak terus pulang ke
IPG.
12.00 malam – tiba di IPG Kampus Ipoh
PROGRAM AKADEMIK SENI VISUAL BALI 2011
Kandungan
proforma Kursus Pendidikan Seni, PSV 3104, terkandung klausa yang menyatakan,
guru pelatih yang mengikuti kursus ini dikehendaki melakukan aktiviti seni
visual di luar bilik darjah. Berdasarkan
sukatan kursus tersebut, seramai 15 orang guru pelatih unit H2, pengkhususan
minor pendidikan seni dengan kerjasama unit Seni Visual, Jabatan Sains Sosial,
IPG Kampus Ipoh telah merancang untuk melaksanakan satu program di luar bilik darjah. Berdasarkan
perbincangan yang telah dibuat di antara jawatankuasa program dengan ketua unit
Seni Visual, iaitu En. Kasran b. Mat Jiddin, satu kata putus telah diperolehi
iaitu akan melaksanakan aktiviti luar bilik darjah di kepulauan Bali,
Indonesia.
Pulau
Bali sudah sedia maklum terkenal dengan aktiviti kegiatan seninya seperti seni
lukis, seni arca, seni tari dan sebagainya. Jawatankuasa program dan En Kasran
telah membuat kajian dan rujukan terlebih dahulu mengenai pulau Bali. Hasilnya,
pulau Bali merupakan tempat yang strategik untuk kami laksanakan aktiviti luar
bilik darjah memandangkan ramai pelukis dan pengkarya dari luar Negara akan
mengunjungi Pualu Bali pada bulan Jun 2011 sempena Festival Bali Antarabangsa dan kemungkinan
besar kami berpeluang untuk menimba seberapa banyak pengalaman dan ilmu
daripada mereka.
Selain
itu juga, di kepulauan Bali terdapat banyak galeri-galeri yang terkenal dengan
pameran serta hasil karya pelukisnya. Hal ini menjadikan Pulau Bali sebagai sasaran tempat yang utama. Saya
selaku setiausaha jawatankuasa program, bersama-sama dengan ketua Unit Seni
Visual, iaitu En. Kasran b. Mat Jiddin telah berbincang dan berkolaborasi untuk
membuat kertas kerja lawatan bermula pada awal Februari 2011. En kasran telah
banyak memberikan tunjuk ajar serta membantu saya menyiapkan kertas kerja dan
pada bulan Mac 2011, kami telah Berjaya mendapatkan kelulusan daripada pengarah
IPG Kampus Ipoh untuk mengadakan lawatan ke Kepulauan Bali, Indonesia.
Keseluruhan
perbelanjaan kami, ditanggung sendiri dan untuk mencapai hasrat kami ke
Kepulauan Bali, kami berjimat cermat untuk mengumpul duit dan akhirnya, kami
Berjaya mengumpul hasil daripada inisiatif sendiri dengan membuat sedikit
jualan dan bantuan daripada keluarga.
Kami telah
bersetuju untuk melantik Faza Holidays sebagai ejen pelancongan kami ke Bali.
Saya bersyukur kerana segala-galanya dipermudahkan Allah S.W.T untuk kami
melaksanakan hasrat kami ke Kepulauan Bali. Tarikh yang kami rancang adalah
pada 13 hingga 17 Jun 2011 kerana pada
waktu tersebut, kami sedang bercuti semester selama tiga minggu dan kebetulan
pada waktu tersebut berlangsungnya festival Bali.
Pada
12 Jun 2011, kami telah bergerak ke IPG Kampus Ipoh setelah bercuti selama dua
minggu di kampong halaman. Dalam perancangan, kami akan bertolak daripada IPG
Kampus Ipoh ke LCCT, pada jam 12 malam. Alhamdulillah, akhirnya 15 orang guru
pelatih unit H2 telah selamat sampai ke IPG Kampus Ipoh. Masing-masing
melepaskan rindu dengan rakan-rakan kerana tidak berjumpa selama dua minggu dan
kami semua menantikan pengalaman kami yang pertama untuk menaiki kapal terbang
dan menjejakkan kaki ke bumi yang asing selain di Malaysia.
ISNIN (13 JUN 2011)
Seramai
15 orang guru pelatih unit H2 dan 7 orang pensyarah pengiring telah mengikuti program
ini. Kesemua pensyarah merupakan pensyarah seni visual dan ada diantara mereka
membawa keluarga atau anak masing-masing. Pensyarah yang terlibat adalah En.
Kasran, En Khairul Anuar, En Razid, En Khir Muzammir, En Saiful Bahri, Tuan Hj
Razali, dan Puan Hayati.
Bas
bertolak daripada IPG Kampus Ipoh pada jam 2.30 pagi, disebabkan terdapat
sedikit salah faham mengenai waktu bertolak. Setelah memasukkan semua beg ke
dalam tempat bagasi, kami menaiki bas yang disewa pihak IPG , iaitu bas dari
syarikat Sapinaz yang juga merupakan syarikat ayah kepada Nurul Azira bt
Sapian. Perjalan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ali Husni. Pergerakan
kami ke LCCT bukan sahaja unit H2 tetapi turut diikuti oleh mantan JPP
2008-2010 yang akan bertolak ke Sabah, negeri di bawah bayu.
Sepanjang
perjalanan, saya berasa amat seronok dan teruja kerana inilah kali pertama saya
akan merasai pengalaman menaiki kapal terbang dan melancong ke luar Negara.
Saya berasa agak lucu memikirkan pengalaman yang bakal saya perolehi ini kerana
saya masih lagi belum pernah menjejakkan kaki ke negeri Sarawak dan Sabah,
tetapi saya bakal menjejakkan kaki ke luar Negara. Walau bagaimanapun, saya
bersyukur kerana ALLAH S.W.T telah mengizinkan untuk saya melancong ke luar
Negara.
Perjalanan
kami ke LCCT mengambil masa kira-kira tiga jam setengah. Sepanjang perjalanan
di dalam bas, rata-rata semuanya tertidur. Kami memerlukan rehat yang cukup
kerana sudah tentunya kami akan menggunakan tenaga yang banyak ketika di Bali
nanti. Saya duduk bersama Mohd Azizee yang merupakan sahabat baik saya ketika
susah dan senang.
Saya
tersedar dari tidur apabila bas telah tiba di LCCT tepat jam 5.40 pagi.
Perasaan saya semakin melonjak kegirangan kerana saya bakal mengalami
pengalaman menaiki kapal terbang untuk pertama kalinya sepanjang hidup saya
selama 21 tahun ini. Setelah turun dari bas, saya mengambil beg dalam ruangan
bagasi bas. Saya turut membantu rakan-rakan yang lain untuk mengeluarkan beg
mereka. Setelah selesai, kami sempat untuk merakamkan saat kami baru tiba di
LCCT.
Setelah
itu, kami semua bergerak ke dalam bangunan LCCT dan mencari tempat untuk duduk
dan berehat. Kami dikehendaki masuk ke balai perlepasan antarabangsa jam 7.00
pagi. Kami terpaksa menuggu kira-kira satu jam lima belas minit. Saya dengan
Mohd Azizee bergerak mencaqri tempat duduk dan kami telah mengambil keputusan
untuk duduk di Mc Donald, memandangkan ada beberapa soket elektrik yang boleh
kami gunakan untuk mengecas telefon bimbit serta IPAD.
Kami
tidak membuat apa-apa semasa di Mc Donalds melainkan mengecas telefon bimbit
dan keadaan yang membosankan itu
menyebabkan Azizee tertidur. Saya terpaksa bertahan untuk menjaga barang-barang
daripada dicuri. Setelah masuk waktu solat subuh, saya bergilir-gilir dengan
Azizee untuk menunaikan solat kerana sukar untuk membawa barang-barang yang
banyak ke surau. Setelah itu, kami duduk semula di Mc Donalds menanti panggilan
daripada En Kasran untuk masuk ke dalam balai berlepas, untuk pemeriksaan
pasport.
Tepat
Jam 7.00 pagi, kami semua telah dipanggil oleh Hakimie, mewakili En Kasran
untuk masuk ke balai berlepas untuk pemeriksaan pasport. En Kasran memberi
amanah kepada Anas Hakimi untuk mengumpulkan pasport untuk di periksa oleh
pegawai Imigresen. Sementara itu, suasana menjadi kelam kabut apabila
Zulhafizal masih lagi belum tiba di LCCT. Zulhafizal seorang sahaja yang
bergerak ke LCCT sendiri manakala kami yang lain bergerak bersama-sama menaiki
bas dari IPG.
Setelah
hampir jam 9.00 pagi, Zulhafizal baru tiba apabila kami semua sudah mula
bergerak menuju ke kaunter penyerahan bagasi. Namun, apabila tiba di kauter
bagasi, kami menghadapi masalah kerana pakej yang ditempah oleh En. Kasran
adalah 90 Kg, namun jumlah bagasi kami termasuk dengan pensyarah melebihi 90
Kg. Berlaku sedikit lagi kekecohan. En kasran telah berbincang dengan beberapa
orang rakan H2 untuk menambah kuota berat bagasi kepada 180 Kg. Alhamdulillah,
akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah yang berlaku.
Setelah
itu, kami terus bergerak menuju ke kaunter imigresen di tingkat atas bangunan.
Semasa di kaunter tersebut, kami perlu menyerahkan beg yang kami galas untuk di
imbas oleh mesin pengimbas x-ray. Saya berasa agak seram kerana takut jikalau
saya ada terbawa barang yang dilarang seperti pisau dan sebagainya. Saya
teringat apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah yang
pernah menaiki kapal terbang mengatakan, jika pihak imigresen menemui barang
yang berbahaya dalam bagasi, mereka akan menahan dan kemungkinan dirampas serta
ditahan pasport. Tetapi Alhamdulillah, pemeriksaan saya telah lepas dan berasa
agak tenang.
Mengikut
jadual , kami akan bertolak ke Denpasar, Bali pada jam 10.55 pagi dan kami
terpaksa menunggu kira-kira sejam lagi untuk bertolak. Kami semua
berkumpul di Balai berlepas menanti jam
10.55 pagi. Di kesempatan yang ada, saya menyambung semula untuk mengecas
kedua-dua telefon bimbit saya bersama kamera. Saya berasa agak risau juga
kerana bimbang akan diragut oleh orang lain. Saya sentiasa memantau dan
memerhatikan telefon bimbit bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.
Satu
lagi kejutan berlaku apabila rakan-rakan memberitahu bahawa keputusan MUET,
(Malaysia University English Test) telah keluar dan ramai rakan-rakan
memperolehi band 2. Kerisauan saya mengenai keselamatan telefon bimbit dan
kamera baru sahaja menurun, dan apabila mendengar mengenai MUET, saya menjadi
risau semula. Apa yang saya risaukan adalah mengenai keputusan saya
memandangkan saya tidak bersungguh-sungguh dalam menduduki ujian MUET. Saya
berdebar-debar apabila ramai diantara rakan saya telah mendapat makluman
mengenai keputusan mereka dan rata-ratanya memperolehi Band 2. Saya masih belum
menerima sebarang maklum balas daripada operator telekomunikasi, baik daripada
Digi, mahupun Celcom. Saya berdoa kepada ALLAH agar keputusan saya tidak
terlalu rendah dan akhirnya Alhamdulillah, doa saya diperkenankan ALLAH apabila
saya dimaklumkan oleh operator telekomunikasi Digi, saya memperolehi Band 2,
sama dengan rakan-rakan yang lain. Saya bersyukur, walaupun tidak seperti
Zulhafizal, Nur Balkis dan Noor Aisyah yang memperolehi Band 3, namun
sekurang-kurangnya saya telah lulus mengikut tahap yang diminta oleh IPG.
Sedang sibuk berborak dan berada
dalam situasi yang mendebarkan itu, kami telah dikejutkan dengan panggilan
untuk bergerak menuju ke pesawat Air Asia, iaitu destinasi ke Denpasar, Bali
pada jam 10.25 pagi. Saya sempat menghubungi ibu saya untuk memaklumkan bahawa
saya akan berlepas ke Bali sebentar sahaja lagi.
Kami semua beratur dan bergerak
bersama-sama menuju ke perut kapal terbang. Hati saya yang sebelumnya
berdebar-debar, kini berasa sangat girang kerana bakal mengalami pengalaman
menaiki kapal terbang hanya beberapa minit sahaja lagi. Namun, saya juga berasa
risau memandangkan beberapa minggu sebelumnya, terdapat berita dari luar Negara
berlakunya kemalangan kapal terbang semasa mendarat. Saya perbanyakkan selawat
dan berdoa agar perjalanan kami menuju ke Bali, yang terkenal dengan tempat
kesenian dan juga maksiat berjalan lancar. Kami telah dipesan dari awal lagi
oleh En Kasran untuk membetulkan niat tujuan ke Bali agar perjalanan kami tidak sia-sia.
Apabila saya menaiki kapal terbang
dengan menggunakan tangga yang disediakan, perasaan seronok tidak dapat
dibendung. Saya mengambil gambar mana yang sempat sehinggakan saya ditegur oleh
krew Air Asia supaya terus masuk ke dalam kapal terbang dan mencari tempat
duduk. Saya terpaksa masuk ke dalam kapal terbang dan saya telah mendapat
tempat duduk di tepi tingkap. Kebetulan tempat duduk saya berada di tengah
sayap kapal terbang. Saya boleh melihat sayap kapal terbang berfungsi dan
keadaan di luar.
Setelah
5 minit kami duduk di tempat duduk masing-masing, kapal terbang mulai bergerak menuju ke
landasan yang lurus untuk berlepas. Semasa bergerak saya meragui bagaimana
sayap kapal terbang ini dapat menampung beban yang bertan-tan. Sementara tiba
di landasan untuk berlepas, seorang pramugara dan dua orang pramugari
menunjukkan simulasi keselamatan seperti memakai jaket keselamatan dan topeng
oksigen sekiranya berlaku kecemasan. Simulasi yang mereka tunjukkan agak
menarik kerana mereka telah dilatih untuk berbuat demikian. Mereka menunjukkan
simulasi dengan seragam, seolah-olah sedang berkawad. Setelah selesai
menunjukkan simulasi, kapal terbang telah pun berada dilandasan lurus untuk
berlepas. Setelah mengenakan tali pingggang keselamatan, kapal terbang yang
kami naiki mulai bergerak dan meluncur laju. Saya tidak sangka bahawa kapal
terbang boleh bergerak selaju itu di atas landasan.
Setelah 20 saat meluncur laju di
atas landasan, barulah kapal tersebut terbang dan mula memasuki ruang udara.
Satau pengalaman yang cukup indah dan tidak mungkin akan saya lupakan apabila
saya dapat melihat keadaan bentuk muka bumi kawasan Kuala Lumpur, jalan raya
dan kawasan perumahan. Jika sebelum ini saya hanya melihat peta google, kini
saya sendiri melihat secara langsung dari mata saya sendiri.
Hampir 30 minit saya hanya melihat
di luar tingkap dan timbul keinsafan di hati saya betapa ALLAH S.W.T itu maha
berkuasa menciptakan ala mini. Saya melihat betapa kecilnya manusia sehinggakan
saya tidak dapat melihatnya dari kapal terbang namun manusia yang kecil inilah
yang banyak derhaka kepada penciptanya. Hampir sahaja menitiskan air mata
memikirkan tentang keangkuhan manusia.
Setelah itu, saya hanya duduk diam
dan melihat rakan-rakan yang lain sibuk bergambar. Saya hanya tersenyum melihat
keadaan tersebut dan saya juga turut bergambar. Saya telah duduk bersama dengan
Noor Aishah dan Nur Aisyah. Saya berbual-bual dengan mereka mengenai pengalaman
yang pernah mereka lalui dan saya merasakan program Akademik Seni Visal Bali
ini makin mengeratkan ukhuwah antara kami rakan sekelas. Sambil-sambil itu,
saya membelek majalah dan menu yang terdapat di hadapan saya. Saya agak
terkejut apabila melihat air 100 plus yang biasanya dijual dengan harga Rm1.60,
menjadi Rm7.00 di dalam pesawat.
Perjalanan kami ke kepulauan Bali
mengambil masa kira-kira tiga jam. Kami menjangkakan bahawa akan tiba di Bali
pada jam 2.00 petang. Perut kami terasa lapar apabila ramai penumpang membeli
makanan walaupun harganya agak mahal. Namun itu sahaja pilihan yang ada dan
saya bersama Nur Aisyah dan Noor Aishah telah berpakat untuk berkongsi duit
membeli Cheesy Pizza dan air teh
limau.
Sepanjang perjalanan, saya tidak
dapat tidur walaupun ramai yang tidur kerana perjalanan yang lama. Namun
setelah mengalas perut, akhirnya saya turut tertidur lebih kurang 40
minit. Saya tersedar pada jam 1.05
tengah hari dan melihat rakan di sebelah saya iaitu Noor Aishah tersenyum.
Mungkin semasa tidur saya berdengkur, namun saya buat tidak tahu sahaja kerana
saya tidak dapat mengelak daripada berdengkur kerana saya memiliki penyakit
resdung. Setelah itu, saya melihat diluar tingkap dan saya berasa sakit mata
kerana cahaya matahari yang dipantulkan oleh awan sangat cerah. Setelah
beberapa minit keadaan itu, kami dapat melihat muka bumi dan laut. Kami melalui
kepulauan yang agak besar. Tersentak dengan pengumuman juruterbang, memaklumkan
bahawa kami sedang melalui kepulauan Jawa dan terdapat satu gunung berapi yang
masih aktif. Semua penumpang di dalam pesawat bangun dan melihat di sebelah
kiri, kerana gunung berapi tersebut hanya dapat dilihat daripada sebelah kiri.
Saya berasa sangat teruja kerana tidak pernah melihat gunung berapi.
Kami dapat melihat panorama gunung
berapi hanya selama seminit dan selepas itu, juruterbang telah memaklumkan
bahawa kami telah memasuki kepulauan Bali. Pesawat kami semakin rendah dan kami
dapat melihat laut yang membiru dengan lebih jelas. Kami juga dapat melihat
pantai yang putih dan bersih. Terasa tidak sabar untuk mendarat dan melihat
sendiri bagaimana keadaan pulau Bali yang kami kunjungi ini. Kami dikehendaki
memakai semula tali pinggang keselamatan kerana kami akan mendarat tidak lama
lagi. Telinga saya tiba-tiba menjadi bengang kerana tekanan atmosfera di koklea
telinga. Saya menelan air liur banyak-banyak dan berdebar-debar untuk mendarat.
Pesawat semakin rendah dan saya dapat melihat dengan jelas kawasan pantai.
Tiba-tiba saya berasa pesawat seperti terhentak dan mula meluncur perlahan.
Saya tahu bahawa pesawat telah mendarat dan di sayap kapal terbang dapat
dilihat plat-plat sayap dinaikkan untuk menahan angin dan kelajuan kapal
terbang semakin perlahan. Saya sempat merakamkan saat-saat mendarat walaupun
para penumpang dilarang untuk menggunakan dan menghidupkan alatan elektronik. Saya
seperti tidak percaya bahawa saya telah pun menjejakkan kaki di luar Negara.
Sebaik sahaja pesawat telah berhenti dan berada di tempatnya, para penumpang
mula berdiri dan mengambil barang masing-masing. Saya memeriksa tempat duduk
dan melihat jikalau terdapat barang yang tercicir semasa saya duduk. Setelah
diyakini tiada yang tertinggal, saya terus bergerak keluar dan bergerak menuju
kumpulan rakan-rakan di laluan keluar. Kami mengambil peluang dan kesempatan
yang ada untuk merakamkan detik-detik tiba di Bali.
setelah itu, kami telah ditegur
oleh pensyarah dan Anas Hakimie selaku pengerusi program keran lewat disebabkan
banyak bergambar. Kami bingkas bergerak menuju ke pemeriksaan imigresen .
sepanjang perjalanan di lorong menuju ke kaunter imigresen, saya dapat melihat
dan merasai perbezaan suasana dan budaya kerana terdapat banyak patung-patung
dewa dan setanggi di letakkan. Saya mula berasa kurang selesa dengan suasana
itu kerana inilah pertama kali saya merasai perubahan suasana. Saya merupakan
orang yang terkahir, bersama-sama dengan Nur Balkis dan Noor Aishah. Kami
mempercepatkan pergerakan kerana bimbang akan kelewatan. Kami berlari-lari anak
dan akhirnya tiba di kaunter pemeriksaan pasport. Saya terhenti seketika di rak
yang terdapat ratusan pamplet dan iklan mengenai pulau Bali. Saya terleka
seketika memilih pamplet tersebut sebelum dipanggil oleh rakan yang lain untuk
mempercepatkan langkah. Setelah tiba giliran saya, saya dengan pantas bergerak
menuju ke kaunter dan terus bergerak keluar. Apabila tiba di luar, saya lihat
ramai orang memegang sepanduk dan nama-nama seperti yang saya lihat di dalam
filem-filem. Saya mencari kumpulan Kuala Lumpur dan melihat ramai pensyarah dan
rakan-rakan yang lain berada di sebelah kanan saya. Setelah itu, kami bergerak
menuju ke kawasan yang lapang dan berbumbung. Di situ, kami telah disambut
mesra oleh ejen pelancongan yang bekerjasama dengan ejen pelancongan Faza
Holiday iaitu pada jam 2.10 petang. Dari tempat kami berkumpul, saya dapat
melihat dari jauh bangunan-bangunan yang terdapat di Pulau Bali. Keadaan di
Bali tidak seperti keadaan di Malaysia yang terdapat bangunan yang tinggi.
Kami telah dikalungkan dengan bunga
sebagai tanda ucapan selamat datang oleh seorang wakil ejen pelancongan
tersebut. Saya berasa seperti sangat dihargai dan berasa seperti orang kenamaan
apabila dihargai seperti itu. Semua pensyarah dan rakan-rakan mendapat
pengalaman tersebut.
Setelah itu, barang-barang kami
diangkat oleh pekerja ejen pelancongan tersebut untuk dihantar ke hotel di
tempat kami menginap dengan lori kecil atau pick
up. Jam 2.20 petang, Kami bergerak menaiki bas dan di dalam bas, pemandu
pelancong telah memperkenalkan dirinya sebagai Pak Timbang. Permulaan
perkenalan, saya dapat menilai Pak Timbang merupakan seorang yang peramah dan
sudah tentunya beliau perlu menjadi peramah kerana beliau bekerja sebagai
pemandu pelancong. Dari dalam bas di tempat duduk saya, saya dapat melihat
dengan jelas pintu gerbang selamat datang semasa keluar daripada Lapangan
Terbang Ngurah Rai, Den Pasar Bali.
Kami telah dimaklumkan oleh Pak
Timbang untuk makan tengah hari terlebih dahulu di sebuah kedai yang boleh
dikatakan popular dengan keenakan makanannya. Sebelum kami ke Bali, saya telah
berfikir mengenai tahap halal makanan yang bakal kami makan di Bali. Namun kami
difahamkan oleh Kak Aziah, iaitu ejen pelancongan Faza Holiday bahawa di Bali,
kami akan dibawa oleh ejen pelancongan beragama Islam. Setelah teringat, saya
berasa agak yakin dengan makanan yang disediakan. Sepanjang perjalanan menuju
ke restoran, saya melihat keadaan sekitar dan keadaan tersebut sama seperti
yang saya lihat dalam sinetron Indonesia. Sungguhpun saya telah menjejakkan
kaki di pulau Bali, saya seperti tidak percaya dan sering mempersoalkan
kesahihan saya berada di Bali kepada rakan-rakan yang lain.
Setelah bas bergerak lebih kurang
15 minit, akhirnya kami tiba di Restoran Wong Solo. Kami diingatkan oleh Pak
Timbang agar menjaga barang-barang berharga seperti telefon bimbit, beg duit
dan sebagainya kerana terdapat ramai peminta sedekah dan tidak kurang juga
peragut. Saya mencari tempat duduk bersama dengan rakan yang lain dan sementara
menunggu makanan dihidang oleh pelayan restoran, saya menghidupkan telefon
bimbit dan melihat telfon saya mempunyai talian. Tanpa membuang masa, saya cuba
untuk membuat panggilan kepada ayah saya namun tidak berjawab. Saya terus
membuat panggilan kepada abang saya yang kebetulan berada di hospital, melawat
anaknya yang baru lahir. Abang saya terkejut mendapat panggilan daripada saya
dan saya hanya berbual dalam masa yang singkat, sekadar memaklumkan bahawa saya
telah tiba di Bali. Melihat saya membuat panggilan, rakan-rakan yang lain turut
membuat panggilan kepada keluarga masing-masing. Walaupun panggilan tersebut
sangat mahal, namun demi keluarga, kami tidak kisah. Setelah 5 minit duduk,
akhirnya pelayan restoran tiba dan menghidangkan kepada kami nasi seperti yang
saya jumpa di Malaysia iaitu Nasi Ayam Penyek. Tetapi nama tersebut berbeza di
Bali dan saya tidak sempat bertanya nama nasi tersebut.
Setelah semua makanan dihidangkan,
kami semua duduk ditempat masing-masing dan tutor kami, iaitu En Khairul Anuar
telah meminta saya mengetuai bacaan doa makan. Setelah selesai membaca doa,
semua mula makan. Namun saya mengambil masa sedikit untuk makan memikirkan
kerisauan terhadap makanan tersebut seperti dijampi atau sebagainya. Walaupun
fikiran saya seperti lucu, namun saya berhati-hati memandangkan 80 peratus
masyarakat Bali merupakan Melayu Hindu. Tidak mustahil perkara seperti itu
berlaku. Setelah saya membaca beberapa potong ayat yang saya pelajari untuk
mengelakkan santau dan sihir, akhirnya saya mula beranikan diri untuk makan. Apa yang menarik mengenai makanan
tersebut, rasanya berbeza dan sedap. Ayam yang dihidangkan pun agak kecil
berbanding ayam di Malaysia. Namun kerana kelaparan, menjadikan makanan
tersebut sangat sedap sehinggakan habis dimakan. Istimewanya, tempe goreng
bersama sambal kicap turut dihidangkan dan rasanya sangat sedap sehinggakan
pensyarah dan rakan-rakan yang lain memberi tempe mereka kepada saya kerana
mereka tidak biasa memakan tempe. Tempe merupakan makanan kegemaran masyarakat
Jawa dan saya merupakan keturunan jawa. Sudah menjadi kebiasaan makan tempe
goreng dicicah sambal kicap. Selesai sahaja makan, kami dihidangkan pencuci
mulut, iaitu buah-buahan tembikai, tembikai susu dan betik.
Setelah selesai makan, saya duduk
dan berbual kosong dengan rakan-rakan semeja . Semasa kami duduk bersembang,
datang seorang orang tua menjual telur burung puyuh dan kerepek sambil menyebut
Bismillah untuk membuktikan dia merupakan penganut agama Islam. Saya berasa
sangat simpati melihat keadaan itu namun apakan daya. Ramai peminta sedekah di
luar restoran dan sudah tentunya kami akan diserbu sekiranya memberikan duit
kepada orang tua tersebut. Kami terpaksa menolak jualan orang tua tersebut
apabila memikirkan keselamatan kami. Setelah semuanya selesai makan, kami mula
menaiki bas untuk menuju ke hotel. Sepanjang perjalanan, rata-rata rakan
melahirkan simpati kepada orang tua tersebut namun kami tidak berupaya untuk
membantu.
Lebih kurang 20 minit perjalanan,
akhirnya kami tiba di Legian Street dimana kawasan tersebut merupakan kawasan
yang popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar Negara. Hotel yang
akan kami menginap juga berada di kawasan tersebut dan akhirnya kami selamat
tiba di hotel Aroma’s, iaitu hotel yang kami menginap. Setiba sahaja di lobi
hotel, ejen pelancongan kami segera menguruskan pendaftaran bilik hotel.
Sementara menunggu urusan selesai, pihak hotel telah menghidangkan kepada kami
jus oren sebagai tanda selamat datang ke hotel mereka dan menghilangkan dahaga
setelah penat dalam perjalanan. Setelah segalanya selesai, kami telah diberikan
kunci bilik mengikut kumpulan masing-masing iaitu dua orang satu bilik. Saya
telah diaturkan oleh En Kasran untuk bersama dengan En Khairul Anuar, iaitu
tutor kami. Namun, ternyata beliau kurang selesa bersama dengan kami dan
akhirnya kami bertukar bilik dan En Khairul Anuar bersama dengan En Saiful dan
En Khir.
Setelah bertukar bilik, saya segera
mengemaskan secara ringkas barangan saya dan disusun di dalam almari. Saya
segera memanggil Zulhafizal untuk duduk sebilik dengan saya kerana beliau duduk
bertiga dengan Hakimie dan Nasir. Setelah itu, saya dan zulhafizal meletakkan
kepala seketika di atas bantal dan tilam untuk melepaskan kepenatan, setelah
hampir 12 jam perjalanan daripada IPG bergerak ke LCCT dan seterusnya bergerak
ke Bali. Setelah beberaoa ketika berbaring, saya melihat keadaan bilik dan
ternyata bilik yang disediakan sangat cantik dan menurut hemat saya,
kemungkinan bilik ini bertaraf tiga bintang. Setiap bilik juga disediakan dapur
untuk memasak dan saya berasa sangat selesa berada di dalam bilik tersebut.
Setelah melihat jam, waktu tersebut
menunjukkan pukul 4.15 petang dan saya mengajak Azizee dari bilik sebelah dan
rakan-rakan yang lain untuk menunaikan solat zohor dan asar secara jamak
ta’khir. Setelah mengambil wudhuk, kami solat berjemaah dan bergilir-gilir
kerana ruang kawasan yang sempit.
Setelah selesai solat, kami
dibenarkan untuk melakukan aktiviti bebas kerana tiada aktiviti yang kami
lakukan pada hari tersebut. Setelah masing-masing selesai menunaikan solat,
kami mengambil kesempatan untuk berbaring seketika sambil menonton rancangan
televisyen Indonesia. Walaupun kami tidak berapa faham bahasa yang dituturkan,
namun kami meononton sahaja rancangan tersebut sambil kami berbual-bual sesame
kami. Berdasarkan perbualan kami, ternyata masing-masing meluahkan perasaan
tidak percaya telah menjejakkan kaki di tanah pulau Bali, Indonesia kerana kami
tidak pernah mempunyai pengalaman melancong ke Negara lain selain Malaysia.
Setelah itu, kami melihat jam dan menunjukkan pukul 5.15 minit petang. Melalui
balkoni, saya dapat melihat En Kasran bersama keluarga serta Nur Balkis dan
Siti Aishah bergerak keluar untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan Legian
Street. Kami turut mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Legian
Street. Setelah mengenakan pakaian, kami bergerak turun ke bawah. Namun apabila
hampir tiba di lobi hotel, kami terlihat gimnasium dan kami mengambil keputusan
untuk masuk sebentar. Kami melakukan senaman dan latihan fizikal dengan menggunakan
kemudahan yang ada. Ternyata kami begitu teruja kerana kami jarang menikmati
kemudahan ini ketika di tanah air. Sedar tidak sedar, jam menunjukkan pukul
5.40 petang dan kami mengambil keputusan untuk keluar. Kami berempat
berjalan-jalan di sekitar Legian Street. Walaupun kami lelaki, namun suasana
tersebut begitu asing bagi kami. Kami memberanikan diri melihat barangan di
gerai-gerai di sepanjang jalan tersebut. Pengalaman yang saya tidak dapat
lupakan apabila saya bertanyakan mengenai harga soket tiga pin dan pekedai itu
memberitahu harga tersebut berharga Rp 50,000 iaitu sekitar Rm18. Saya sangat
terkejut dan berasa agak cemas apabila pekedai tersebut memaksa saya membeli.
Saya memberanikan diri menolak dan terus bergerak ke tempat lain. Sambil-sambil
berjalan, saya beristigfar dan berzikir, takut jikalau masyarakat di situ menjampi kami. Kerana apa
yang saya tahu. Masyarakat Hindu suka memuja dan perkara itu sudah tentu
menyebabkan syaitan dan Iblis mudah menghasut dan memudaratkan kami secara tidak
nampak. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Kami keluar berjalan sehingga
waktu hampi r gelap. Jam menunjukkan pukul 6.20 petang dan kami mengambil
keputusan untuk pulang ke hotel kerana pada jam 7.00 malam, kami akan bergerak
untuk makan.
Sepanjang perjalanan pulang,
terdapat banyak pub-pub dan disko di sekitar kawasan tersebut. Terdapat ramai pelancong-pelancong yang saya
kira berasal dari Eropah duduk di pub-pub sambil meminum bir dan arak. Pada jam
6.30 petang, akhirnya kami tiba di bilik. Tanpa membuang masa, saya terus
menuju ke bilik air dan mandi serta mengambil wuduk. Sesudah itu, saya
menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak takdim. Tepat jam 6.55, kami
semua telah turun menunggu di ruang lobi untuk bergerak menuju ke restoran. Jelas
kelihatan di wajah rakan-rakan, mereka semua berasa seronok dan setiap masa
tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Saya hanya tersenyum melihat
keadaan itu kerana saya juga akan melakukan perkara sedemikian. Bagi saya, saya
tidak akan melepaskan peluang yang berlalu kerana bukan mudah untuk melancong
ke luar Negara seperti ini. Setelah semuanya cukup, kami bergerak menuju ke
Warung Bandung dan perjalanan mengambil masa kira-kira 25 mnit, memandangkan
jalan telah mula sesak dengan kenderaan. Kami telah tiba di Warung Bandung pada
jam 7.27 malam. Keadaan di restoran tersebut sangat menarik kerana terdapat
pondok untuk makan. Sama seperti yang saya lihat dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Pengalaman yang baru
saya perolehi kerana apa yang pernah saya angankan untuk pergi ke tempat yang
saya lihat di kaca televisyen akhirnya tercapai. Benar apa yang telah ALLAH
janjikan, segala permintaan dan permohonan hamba-Nya akan diperkenankan Cuma
waktunya cepat ataupun lewat sahaja, bergantung pada kesesuaian kerana ALLAH
maha mengetahui akan hamba-Nya. Makanan yang kami makan berciri masakan
Bandung. Apa yang saya masih ingat mengenai nama makanan yang kami makan iaitu
Nasi Komplet dimana nasi dibungkus dengan daun pisang dan kelihatan seolah-olah
lemang dan bersama lauk yang tidak asing bagi kami iaitu ulam-ulaman dan tempe.
kami berasa masih kenyang kerana
makan tengah hari di Restoran Wong Solo kerana makan tengah hari kami agak
lewat. Namun kami cuba menghabiskan kerana segalanya telah dibayar dan membazir
sekiranya tidak dimakan. Saya akui walaupun citarasa di Malaysia dan Indonesia
berbeza namun makanan yang dihidangkan kepada kami merupakan makanan yang
istimewa bagi masyarakat Bali. Setelah selesai makan, kami dihidangkan pula
minuman seperti cincau dan puding. Saya berasa agak kenyang sehinggakan saya
berasa mengantuk dan termengah-mengah untuk berjalan. Setelah menghabiskan
makanan, kami bergerak ke pondok di sekitar untuk mengabdikan kenangan
bergambar di Warung Bandung. Rekaan dan susun atur kawasan Warung Bandung agak
istimewa dan kreatif kerana menggunakan buluh sebagai bahan binaan serta atap
diperbuat daripada rumput rumbia.
Kami semua berkumpul di pondok
tersebut dan mengambil gambar beramai-ramai. Saya sempat mengambil gambar secara
individu di pondok tersebut kerana saya ingin mengabdikan kenangan saya di
Bali. Setelah beberapa minit bergambar, akhirnya kami bergerak masuk dalam bas
dan pulang menuju ke hotel. Kami tiba di hotel pada jam 9.00 malam dan
masing-masing bercadang untuk berjalan di sekitar Legian Street bersama
pensyarah. Kami mempunyai keberanian berbanding berjalan bersama rakan kerana
kami masih belum mempunyai pengalaman di Bali. Sepanjang perjalanan kami
bersiar-siar di sekitar Legian street, saya mula belajar memahami cara dan
sikap masyarakat Bali supaya saya tidak mudah ditipu dan saya dapat
meningkatkan keyakinan diri saya apabila berinteraksi dengan mereka. Setelah
penat berjalan, akhirnya kami berhenti seketika di gerai menjual key Chain yang boleh dijadikan sebagai
cenderahati dan kenangan kepada rakan-rakan. Rata-rata rakan-rakan membeli dan
menempah key chain tersebut dan hal itu mengambil masa yang agak
lama. Saya melihat jam menunjukkan pukul 11.20 malam dan saya meminta izin
daripada pensyarah-pensyarah untuk bergerak pulang ke bilik kerana mata saya
sudah berat. Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya saya tiba di bilik dan
berbaring sehinggakan saya tidak sedar
bila saya tertidur.
SELASA (14 JUN 2011)
Tepat jam 6.15 pagi, saya telah
tersedar dan terus bergegas ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk untuk
solat subuh. Keadaan di Bali dan Malaysia berbeza sedikit kerana waktu di Bali
awal satu jam berbanding di Bali. Jika waktu subuh di Malaysia masuk pada pukul
6.05 pagi, di bali waktu subuhnya pada pukul 5.05 pagi. Dalam keadaan kelam
kabut itu, saya bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan solat fardhu subuh
dan setelah itu, saya bersiap-siap untuk aktiviti pada hari ini. Saya sempat
membangunkan zulhafizal untuk solat subuh serta bersiap.
Pada jam 7.30 pagi, saya bersama
Azizee dan Haziq telah bergerak ke tempat makan untuk sarapan pagi. Setibanya
kami di sana, kelihatan ramai rakan-rakan kami sudah pun makan dan mereka telah
bersiap untuk aktiviti padaa hari ini. Kami tidak membuang masa dan terus mengambil
makanan kerana bimbang orang semakin ramai dan kami tiada tempat untuk duduk .
Ternyata sarapan pagi yang kami makan itu tidak jauh beza dengan masakan
Malaysia dan kami boleh menerima makanan tersebut dengan mudah. Sambil makan,
kami tidak melepaskan peluang bergambar untuk dijadikan sebagai
kenang-kenangan. Setelah kami bersarapan
pagi, kami bergerak menaiki bas, menuju ke tempat yang saya tidak pasti akan
namanya. Tetapi apa yang pasti kami akan menyaksikan tarian Barongan dan Keris
di satu kawasan perkampungan.
Setibanya kami di tempat tersebut, saya
melihat semua tempat meletak kenderaan telah dipenuhi dengan deretan bas.
Aggaran bas yang terdapat disitu lebih kurang 20 biji buah bas. Pada hemat
saya, sudah tentu tarian Barongan ini seronok ataupun menarik sehinggakan mampu
menarik kira-kira ratusan penonton pada satu-satu masa. Setelah bas kami
benar-benar berhenti, kami dikehendaki untuk memasuki tempat Barongan yang
kelihatan seperti stadium mini untuk menyaksikan babak Barongan. Pak Timbang
menguruskan tiket kami dan setelah itu kami diminta masuk dan duduk di
mana-mana yang kosong. Saya bersama Azizee dan Nasir bergerak dan duduk di
sebelah kanan. Ketika kami masuk, persembahan Barongan baru sahaja bermula dan
kelihatan agak menakutkan juga watak yang dipersembahkan. Apa yang saya tahu
mengenai Barongan, merupakan tarian atau persembahan mengenai dewa-dewa bagi
kepercayaan masyarakat yang menganut agama Hindu. Sepanjang menonton, saya
banyakkan berzikir dan istigfar agar iman dan akidah saya tidak terpesong
dengan persembahan berkenaan. Persembahan tersebut mengambil masa lebih kurang
50 minit. Saya sempat merakamkan beberapa keping gambar semasa persembahan
Barongan. Setelah tiba di babak ketiga, saya bersama rakan-rakan yang lain
keluar dan kami duduk di luar kawasan persembahan Barongan. Hal ini kerana
berlaku salah faham diantara kami kerana kami menjangkakan bahawa kami akan
berada di kawasan barongan hanya beberap puluh minit sahaja. Namun setelah tiba
diluar, sebahagian besar daripada kalangan kami masih ingin menonton
persembahan tersebut. Pensyarah-pensyarah dan Pak Timbang telah berbincang dan
bersetuju untuk melihat persembahan tersebut sehingga selesai. Dikesempatan
yang ada, sebahagian daripada kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar di
kawasan berkenaan.
Saya telah dipanggil oleh En Kasran
dan beberapa orang pensyarah yang lain ketika mereka sedang menikmati minuman
di gerai berhampiran dan menyatakan hasrat untuk bergambar kenang-kenangan
setelah persembahan Barongan tamat dan meminta saya memberitahu kepada
rakan-rakan yang lain. En Kasran juga memberitahu bahawa ada jurugambar yang
akan mengambil gambar kami dan gambar tersebut akan dijual dan sebahagian
daripada sumbernya akan disedekahkan kepada anak-anak yatim Bali. Saya terus
berlalu dan memaklumkan kepada Anas Hakimie serta beberapa orang rakan yang
lain supaya bersedia berhampiran pentas.
Setelah persembahan itu tamat, Pak
Timbang telah mendahului penonton yang lain menaiki pentas untuk bergambar
kenang-kenangan di atas pentas barongan bersama-sama dengan watak penari Barong
dan Keris. Kami merupakan kumpulan yang pertama yang dapat bergambar secara
penuh di atas pentas. Setelah itu, barulah pentas tersebut dipenuhi pelancong
lain yang berpusu-pusu untuk bergambar. Selesai sahaja bergambar, dengan pantas
En Kasran memanggil kami untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya bagi
mengelakkan kesesakan lalu lintas memandangkan pada minggu tersebut terdapat
ramai pelancong yang datang ke Bali.
Perjalanan seterusnya, kami di bawa
oleh Pak Timbang ke satu perkampungan yang menjalankan kegiatan mengukir dan
menghasilkan pembuatan seni perak yang saya terlupa nama perkampungannya. Setibanya
kami di tempat tersebut, saya melihat bangunan di sekitarnya begitu menarik dan
pembinaannya yang sangat kreatif. Kami tiba di bangunan pembuatan barangan
perak yang diberi nama Anom Emas dan Perak. Kami diberi masa selama 30 minit
untuk berjalan didalam bangunan tersebut dan apabila saya memasuki bangunan
tersebut, ternyata harga seni perak agak mahal dan wang perbelanjaan yang kami
bawa pun tidak mampu untuk membeli pembuatan perak yang paling kecil. Saya
bersama dengan anak En Kasran, iaitu Yasmin berjalan di sekitar bangunan
tersebut.
Setelah lebih kurang 10 minit saya
berada di dalam bangunan tersebut, saya bersama beberapa rakan yang lain
bergerak menuju ke kawasan sekitar dan sempat mengambil gambar bangunan yang
menarik perhatian saya kerana bangunan tersebut tidak pernah saya temui sama
ada dalam majalah mahupun media massa.
Setelah itu, saya dikerumuni
beberapa orang penjual key chain untuk
membeli barangan mereka. Pada mulanya saya menolak kerana tidak mahu dikerumuni
namun setelah diberitahu harga key chain tersebut
iaitu Rp5000 bagi lima item key chain,
saya tertarik dan terus menyeluk poket. Kebetulan di poket saya hanya ada
Rp25,000 dan saya membeli lima bungkus key
chain tersebut. Setelah itu, saya terpaksa kembali ke bas kerana bas akan
bertolak menuju ke destinasi yang berikutnya sebentar sahaja lagi. Saya bersama
rakan-rakan yang lain melintasi jalan dan setibanya kami di kawasan Anom Emas
dan Perak, kami diserbu lagi oleh beberapa orang penjual yang menjual replika
basikal yang seratus peratus diperbuat daripada logam. Pada mulanya saya tidak
mengendahkahkan. Namun setelah rakan kepada Kak Aziah, iaitu ejen pelancongan
Faza Holiday memberitahu belaiau membelinya dengan harga Rm20, saya menjadi
tertarik dan terus bersetuju untuk membelinya. Namun bukan saya sahaja yang
minat, En Kasran dan Syazwanni juga turut berminat dan membelinya. Setelah itu,
kami terus bergerak masuk ke dalam bas.
Perjalanan yang seterusnya, kami
dimaklumkan oleh Pak Timbang bahawa kami akan menuju ke satu perkampungan yang
menjalankan kegiatan seni lukis dan diperkampungan tersebut terdapat beberapa
buah galeri lukisan yang terkenal. Selaras dengan objektif program Akademik
Seni Visual Bali 2011 ini, iaitu kami ingin menimba pengalaman dan pengetahuan
mengenai kegiatan seni lukis khususnya dalam bidang catan air. Pada jam 11.15
pagi, kami telah tiba di Muji Art Family, salah satu galeri yang terkenal dan
menjadi persinggahan para pelancong yang menggemari karya seni.
Kawasan galeri tersebut agak luas
dan besar dan banyak karya-karya pelbagai tema dan motif terdapat di dalam
galeri tersebut. Kami tidak melepaskan peluang melihat bidang yang telah kami
pelajari iaitu Seni Visual dan kami cuba mempraktikkan dengan membuat apresiasi
seni secara monolog. Dari karya yang saya lihat, kebanyakan karya yang
dihasilkan lebih bersifat keagamaan dan kepercayaan terhadap agama hindu.
Walaupun saya tidak berapa selesa dengan keadaan itu, saya hanya perbanyakkan
istigfar kerana bimbang perkara-perkara sedemikian rupa itu dapat mengugah iman
dan akidah saya. Tidak kurang juga karya alam sekitar dan keadaan masyarakat
Bali dipertontonkan di dinding-dinding galeri. Setelah puas berjalan dan
melewati galeri di tingkat bawah, saya bersama Noor Aishah dan Azizee bergerak
menaiki tingkat atas galeri berkenaan. Di tingkat atas galeri, terdapat
pelbagai karya yang lebih bercorak alam sekitar. Di tingkat dua juga, kami
telah bertemu dengan pelukis karya-karya tersebut dan kami berpeluang melihat
secara langsung bagaimana karya tersebut dihasilkan. Jika dilihat pada rupa
pelukis berkenaan, saya mengagak umurnya hampir sebaya dengan kami ataupun
mungkin lebih tua sedikit daripada kami. Berdasarkan maklumat yang diberikan
oleh pelukis berkenaan ketika En Razid berbual dengan beliau, dia menyatakan
bahawa telah terlibat dalam melukis sejak kecil lagi dan kemahiran-kemahiran
telah diwarisi secara warisan dalam kalangan keluarga. Kami begitu teruja
kerana pelukis tersebut tidak mendapat pendidikan formal mengenai seni visual
tetapi mampu menghasilkan karya yang bermutu tinggi dan setanding dengan
pelukis yang profesional. Dalam kawasan
yang sama juga, saya terpengun apabila melihat sebuah karya yang saya fikirkan
merupakan sebuah gambar. Namun setelah diteliti, gambar tersebut merupakan
karya pelukis itu. Gambar potret yang dihaslkan dengan menggunakan cat air
seakan-akan orang yang sebenar. Saya berasa kagum dengan kesenian yang dimiliki
oleh pelukis tersebut dan berasa agak cemburu dengan kemahiran yang dikurniakan
Allah kepadanya. Namun saya berfikir,
takdir pelukis tersebut telah ditetapkan untuk menjadi pelukis dan jika semua
orang mahu menjadi pelukis, siapa pula yang akan menjadi guru. Namun saya
berazam untuk mempertingkatkan kemahiran seni saya dalam menghasilkan catan
air, berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang telah saya pelajari sebelum ini.
Setelah hampir sejam kami di Muji
Art Family, kami semua telah berkumpul dan mula menaiki bas. Namun ada diantara
kami yang masih lagi bergambar kerana
kesemuanya tahu bukan mudah untuk kami menjejakkan kaki ke Bali ini dan mungkin
inilah kali pertama dan kali terakhir kami ke Bali. Setelah semuanya menaiki
bas, kami mula bergerak menuju ke galeri yang diuruskan oleh satu keluarga.
Maklumat ini kami perolehi daripada Pak Timbang semasa perjalan menuju ke
destinasi yang hendak di tuju. Tempat yang kami ingin tujui adalah Iwayan
Arnaya, iaitu merupakan galeri dan tempat penjualan karya yang lebih murah
berbanding galeri yang telah kami pergi sebentar tadi. Setibanya kami di Iwayan
Arnaya, kami telah dibawa oleh salah seorang pemilik galeri tersebut dan
menerangkan kepada kami bagaimana mereka menghasilkan karya-karya dan
peringkat-peringkat mewarna. Setelah itu, kami dibawa keseluruh kawasan galeri
dan melihat lukisan-lukisan yang menarik dan berdasarkan pemerhatian saya,
lukisan dan karya yang dihasilkan lebih kurang sama dengan galeri yang lain.
Saya beranggapan mereka tidak kedekut untuk berkongsi idea untuk menghasilkan
karya dan harga sesebuah karya itu berbeza disebabkan mutu warna dan kanvas
yang digunakan selain nama pengkarya yang tercatat pada karya tersebut.
Setelah puas berjalan melihat
karya-karya yang dipamerkan, saya dan beberapa rakan yang lain keluar dan
bergambar sesama sendiri. Beberapa orang pensyarah sedang memilih karya dan
lukisan yang ingin dibeli dan boleh dikatakan kesemua pensyarah membelinya. Pada
awal perancangan kami, kami tiba di Iwayan Arnaya Galeri pada jam 12.20 tengah
hari dan bertolak ke destinasi yang seterusnya pada pukul 12.40 tengah hari.
Namun terdapat beberapa masalah tawar menawar di antara pensyarah dengan
penjual lukisan dan mengambil masa lebih kurang sepuluh minit. Setelah itu,
kami semua menaiki bas dan berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh Pak Timbang,
kami semua akan menuju ke tanah tinggi untuk makan tengah hari.
Sungguhpun baru setengah hari kami
berjalan dan melakukan aktiviti, namun kami semua agak keletihan dan penat
berjalan. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam empat puluh lima
minit membuatkan kami semua terbuai lena dalam kepenatan dan kesejukan penghawa
dingin bas tersebut. Sungguhpun saya berazam untuk tidak tidur kerana tidak
mahu melepaskan peluang melihat kawasan yang dilalui, namun akhirnya saya
tertewas dengan keletihan.
Kami semua tersedar apabila
mendengar Pak Timbang memaklumkan bahawa kami telah tiba di kawasan Kintamani,
iaitu salah satu tanah tinggi yang terdapat di pulau Bali. Menurut Pak Timbang
lagi, restoran yang diberi nama Suling Bali merupakan tempat yang akan kami
singgah untuk makan sebentar sahaja lagi merupakan restoran yang terkenal dan
menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangannya yang begitu cantik dan menarik,
berlatar belakangkan gunung berapi Batur, yang sudah tidak aktif. Mendengar apa
yang diperkatakan oleh Pak Timbang, kesemua penumpang bas tidak sabar untuk
melihat kawasan berkenaan dan tepat jam 2.25 petang, kami telah tiba di
Kintamani. Sebelum turun, kami telah dipesan oleh Pak Timbang supaya
berhati-hati dengan penjual yang akan memaksa pelancong membeli barangan mereka
dan menjaga barangan berharga seperti beg duit, pasport, kamera dengan
berhati-hati.
Setelah kami turun daripada bas,
ternyata kedinginan kawasan sekitar Kintamani lebih sejuk berbanding kesejukan
dalam bas. Kesejukan itu ternyata meresap sehingga ke tulang-tulang dan saya
terasa seperti berada di Cameron Highland. Setibanya kami di depan pintu masuk restoran,
ramai penjual berpusu-pusu mengerumuni kami dan Pak Timbang meminta mereka agar
tidak mengganggu kami dan kami dengan pantasnya memasuki restoran tersebut.
Kami berasa sedikit terancam akan keselamatan kami apabila penjual-penjual itu
memaksa kami untuk membeli barangan mereka. Namun kami memberanikan diri.
Setelah itu, kami duduk di meja-meja yang ditempah dan makanan dihidangkan
secara buffet. Kami boleh memilih makanan yang ingin kami makan.
Pelbagai makanan yang dihidangkan
dan merangsang nafsu makan. Kebetulan kami memang sudah terasa lapar setelah
terjaga dari tidur semasa di dalam bas dan peluang makan ini tidak saya
lepaskan. Saya bersama Azizee dan beberapa rakan yang lain mula bangun dan
mengambil makanan. Tanpa rasa segan dan silu, saya mengambil seberapa banyak
makanan yang mampu saya ambil. Walaupun kelihatan seperti tidak sopan, saya
memikirkan bahawa makanan tersebut telahpun kami bayar dan saya akan pastikan
saya berpuas hati dengan makanan yang disediakan.
Setelah mengambil pelbagai jenis
makanan, saya duduk bersama dengan rakan saya yang lain dan terus makan setelah
membaca doa. Cuaca yang sejuk bercampur dengan perut yang lapar serta makanan
yang sedap, menjadikan makanan yang saya ambil tadi tidak mencukupi dan saya
bersama Azizee turut menambah makanan. Terasa begitu nikmat kurniaan yang Allah
telah berikan kepada hamba-Nya. Setelah perut yang kosong terisi dengan
makanan, kami bergerak menuju ke bawah restoran dengan menuruni tangga untuk ke
surau, bagi menunaikan solat zohor dan asar secara jamak takdim berjemaah. Cabaran
yang getir yang saya tempuhi ketika mengambil wudhuk. Air paip yang keluar
terasa sangat sejuk dan boleh membuatkan saya beku kesejukan. Namun
lama-kelamaan, saya dapat membiasakan diri dengan air yang sejuk itu. En
Khairul Anuar, iaitu tutor kami menjadi imam dan selainnya menjadi makmum.
Sungguhpun tingkap ditutup,
kesejukan masih lagi membelenggu diri. Saya bersolat dalam keadaan menggigil
kesejukan. Setelah selesai solat, kami terus bergerak ke meja restoran di
tingkat atas untuk menunggu rakan-rakan dan pensyarah yang lain yang sedang
bersolat. Pada waktu itu, jam menunjukkan pukul 2.50 petang. Melalui dinding
cermin, saya dapat melihat peniaga-peniaga yang berada diluar sebolehnya
meminta kami keluar dan menunjukkan barangan yang mereka jual seperti baju,
cenderahati dan sebagainya.
Setelah semua selesai menunaikan
solat, kami dengan berhati-hati keluar beramai-ramai untuk bergambar
berlatarbelakangkan gunung Batur. Namun hasrat kami diganggu oleh penjual
tersebut. Setelah bergambar dengan kadar yang segera, kami semua berlari
memasuki bas kerana risau akan keselamatan kami dengan penjual tersebut.
Apabila kesemuanya berada di dalam
bas,tepat jam 3.10 petang kami mula meninggalkan tanah tinggi Kintamani.
Walaupun persinggahan kami hanya seketika, namun kami berasa berpuas hati.
Banyak nostalgia yang telah dicipta dalam masa yang cukup singkat itu.
Perjalanan kami seterusnya akan menuju ke kawasan perkampungan seni, iaitu
Pasar Seni Guwang, Sukawati di mana pasar tersebut menjual pelbagai kraftangan
dan lukisan yang murah serta berkualiti. Kami semua berasa begitu seronok
apabila dimaklumkan oleh Pak Timbang.
Sepanjang perjalanan turun daripada
tanah tinggi, kami semua terleka melihat pemandangan di kawasan yang dilalui.
Penduduk di kawasan itu banyak menjalankan kegiatan pertanian dan bersawah
seperti menanam padi sawah dan padi bukit. Memang benar kata orang, Bali
sememangnya mempunyai banyak pemandangan yang cantik. Saya tidak melepaskan
peluang yang datang hanya sekali dalam hidup saya untuk menikmati keindahan
alam ciptaan Allah.
Pada jam 5.00 petang, kami telah
tiba di Pasar Guwang, Sukawati. Kami diberi masa selama satu jam tiga puluh
minit untuk berjalan-jalan dan membeli barangan untuk dijadikan perhiasan dan
kenang-kenangan. Dalam masa yang agak singkat bagi saya, saya meninjau di
kawasan sekitar bersama Azizee dan membandingkan harga barangan antara satu
kedai dengan kedai yang lain. Saya lebih tertarik untuk membeli lukisan abstrak
yang agak murah setelah ditawar. Saya hanya membelanjakan kira-kira Rp160,000
untuk empat karya yang menarik. Setelah
itu, saya hanya menghabiskan masa melihat di kawasan sekitar dan membelek-belek
barangan yang saya kira boleh dibeli untuk dijadikan cenderahati kepada
keluarga.
Pada jam 7.35 malam, kami semua
telah bertolak menuju restoran masakan padang iaitu Natrabu. Sememangnya perut
yang lapar perlu diisi dengan makanan dan lebih kurang 25 minit dari pasar
Guwang, kami telah tiba di Natrabu. Setiap restoran yang kami pergi merupakan
tempat yang standard dan saya berasa sangat berpuas hati dengan layanan yang
diberikan. Kami dihidangkan makanan secara berpasangan berdepan. Makanan yang
disediakan sangat menyelerakan dan masakannya sama seperti masakan minang.
Setelah makan, kami semua sempat
mengabadikan kenangan di Natrabu dengan bergambar dengan perhiasannya. Konsep
perhiasan yang digunakan pihak Natrabu dengan meletakkan pelamin dan kelihatan
seperti keadaan di balairong Istana. Kami bergambar beramai-ramai sehinggakan
masa bergambar lebih lama berbanding masa yang diambil semasa kami makan. Namun
hanya di Bali sahajalah yang dapat kami bersuka ria dan bermesra bersama-sama
rakan dan pensyarah dan kami menggunakan sepenuhnya peluang dan ruang yang ada.
Perjalanan kami diteruskan pulang
menuju ke hotel namun di dalam perjalanan, Pak Timbang telah membawa kami
singgah di Krishna, iaitu pasar raya yang menjual cenderahati dengan harga yang
jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Tepat jam 8.00 malam, kami tiba di
Krishna dan kami diberi masa selama satu jam tiga puluh minit. Saya melihat di
beg dompet, masih ada lagi wang rupiah dan saya mula membuat perancangan dan
perangkaan untuk membeli barangan untuk dijadikan cenderahati kepada ahli
keluarga dan rakan-rakan. Sepanjang satu jam setengah, saya telah membelanjakan
sebanyak Rp250,000. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana cenderahati untuk
keluarga dan rakan-rakan, dapat dibeli. Saya bersama Anas Hakimie duduk di luar
Krishna setelah membayar harga barangan yang saya beli. Sambil duduk, saya
melihat dari jauh telatah dan kerenah rakan-rakan yang lain membeli barangan.
Sementara menunggu bergerak pulang, saya berasa agak bersalah apabila melihat
terdapat beberapa patung yang besar didirikan di situ. Masyarakat Bali masih
belum memahami Islam dan mereka sangat berpegang teguh kepada agama Hindu yang
mereka anuti. Saya berasa kebertanggungjawaban untuk menyumbangkan sesuatu agar
dapat menyebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat Bali. Mungkin suatu hari
nanti saya akan mencuba sedaya upaya membantu masyarakat Bali untuk mengenali
Islam.
Pada jam 9.30, setelah semua
keletihan fizikal dan poket, kami bergerak menuju ke hotel untuk berehat.
Sepanjang perjalanan pulang ke hotel, masing-masing hanya mendiamkan diri dan
saya tahu mereka semua telah keletihan. Setiba sahaja di hotel, saya menukar
pakaian, mengambil wudhuk dan menunaikan solat fardhu maghrib dan isyak secara
jamak ta’khir. Setelah solat, saya bersama dengan Azizee, Zulhafizal dan Anas
Hakimie telah bergerak ke bawah untuk menyegarkan badan dengan berenang di
kolam. Setelah dua jam bermain air, kami naik ke bilik dan tidur.
RABU (15 JUN 2011)
Hari yang ketiga di Bali,
seolah-olah terasa semakin dekat jiwa saya dengan bumi Bali ini. Setelah
keletihan berenang pada malamnya, saya dan Zulhafizal terlewat bangun dan terus
bergegas menuju ke tandas untuk mandi dan solat subuh dalam waktu yang masih
tersisa. Setelah selesai persiapan diri, saya turun dengan pantas ke tempat
makan untuk bersarapan pagi, takut-takut makanan telah habis. Setibanya saya di
tempat makan, masih ramai lagi rakan-rakan yang sedang menikmati santapan
sarapan pagi. Saya berasa lega dan terus mengambil makanan.
Selesai mengisi perut, saya yang
telah bersiap awal menunggu di kawasan lobi hotel sementara menunggu
rakan-rakan yang lain. Pak Timbang telah menunggu awal di lobi hotel dan
meminta agar kami mempercepatkan perjalanan kerana bimbang akan berlaku
kesesakan lalu lintas. Tentatif kami yang pertama pada hari ini, kami akan
menuju ke tempat yang menjadi objektif utama tujuan kami datang ke Bali ini
iaitu untuk melawat galeri dan muzium Le Mayeur, iaitu tinggalan pelukis yang
terawal yang tiba di Bali dan memperkenalkan karya seni serta berkahwin dengan
masyarakat setempat.
Pada jam 8.30, kami telah bergerak
menuju ke Sannur, iaitu kawasan terletaknya muzium Le Mayeur. Perjalanan yang
sepatutnya mengambil masa 15 minit, menjadi 30 minit kerana kesesakan lalu
lintas. Pada jam 9.00 pagi, kami telah
selamat tiba di Sannur, kawasan pantai yang terkenal dengan kebiruan airnya.
Kami terus menuju ke destinasi dan tiba di Muzium Le Mayeur lebih kurang 9.11
pagi. Setibanya kami di muzium tersebut, kami duduk berkumpul di bawah satu
pondok yang luas dan bermarmar. Kami telah diberikan taklimat ringkas oleh
penjaga muzium tersebut mengenai sejarah Le Mayeur. Apa yang telah saya faham
berdasarkan taklimat yang disampaikan, Le Mayeur merupakan berbangsa Itali dan
berhijrah ke Bali setelah tamat belajar. Ketika di Bali, Le Mayeur telah
berjumpa dengan gadis-gadis asli Bali dan beliau mula meminati bidang lukisan.
Beliau telah menjadikan beberapa orang gadis Bali sebagai modelnya dan
akhirnya, salah seorang modelnya yang bernama Nipollok telah Berjaya menambat
hatinya lalu mereka berkahwin. Setelah itu, Le Mayeur telah pergi ke Singapura
dan membuat pameran semua karyanya dan akhirnya pameran beliau berjaya dan
telah laris.
Setelah itu, Le Mayeur pulang ke
Bali dan dengan menggunakan wang yang diperolehi hasil jualan karyanya, beliau
membina rumah dan kini dijadikan sebagai muzium. Le Mayuer telah meninggal duni
di tanah kelahirannya dan telah bersetuju untuk menyerahkan hartanya kepada
penguasa Indonesia. Kini, semua harta Le Mayeur telah dijadikan asset yang
berharga bagi kerajaan Indonesia.
Setelah kami diberi taklimat, kami
dibenarkan melawat di sekitar muzium dan kami juga dibenarkan untuk bergambar.
Tidak dinafikan, landskap muzium tersebut sangat cantik dan menarik perhatian
sesiapa yang memandangnya. Setelah puas meninjau di dalam muzium, saya dan Azizee
keluar sebentar di tepi pantai dan bergambar untuk dijadikan sebagai kenangan.
Kami berdua mengoptimumkan peluang yang ada untuk mengambil pemandangan yang
cantik. Jika sebelum ini saya hanya mampu melihat pantai yang cantik di dalam
televisyen dan media massa, kini saya mempunyai pengalaman melihat pemandangan
tersebut secara langsung.
Setelah itu, kami masuk semula ke
dalam muzium untuk bergambar beramai-ramai dengan rakan-rakan yang lain. Kami
bergerak menuju ke bas apabila melihat jam pada pukul 10.30 pagi. Kami
dimaklumkan oleh Pak Timbang semasa dalam perjalanan menuju ke Sannur, kami
akan makan di tengah hari di tempat yang jauh dan perjalanan kami ke sana
mengambil masa selama dua jam lebih. Tanpa membuang masa, kami bergegas menuju
ke bas dan bergerak ke destinasi yang seterusnya. Sepanjang perjalanan,
persekitaran perkampungan yang kami lalui tidak banyak beza seperti kawasan
yang kami lalui ke Kintamani kelmarin. Masyarakat perkampungan yang kami lalui
itu menjalankan kegiatatan pertanian dan bersawah. Namun apa yang menarik di
kawasan ini, masyarakat di sini menjalankan pertanian secara bersistematik dan
bertingkat-tingkat. Saya memerhatikan persekitaran sehinggakan saya tidak sedar
bila saya tertidur.
Saya tersedar apabila mendengar
suara rakan-rakan yang lain bersuara kerana melihat kawasan yang cantik. Saya
turut sama melihat dan ternyata memang cantik apa yang dilihat. Setelah itu,
kami telah tiba di sebuah restoran yang popular iaitu Restoran Menteri yang
terkenal dengan keenakan pisang gorengnya. Kami telah dimaklumkan untuk makan
tengah hari terlebih dahulu dan setelah itu baru menunaikan solat zohor dan
asar berjemaah di masjid yang berada diatas bukit.
Seperti biasa, saya akan
memaksimumkan pengambilan makanan sehingga saya benar-benar kenyang. Setelah
selesai makan, kami semua bergerak menuju ke masjid. Perjalanan menuju ke
masjid memang benar-benar teruji apabila saya terasa termengah-mengah kerana
makan dalam kuantiti yang banyak sehinggakan perut saya membuncit. Saya terus
gagahkan kaki apabila timbul perasaan malu dan segan melihat rakan perempuan
saya yang lain bertenaga berjalan menaiki tangga. Sambil menyembunyikan perut
dan tersenyum, saya terus menaiki tangga dengan tenang. Setelah melangkah
hampir 60 anak tangga, akhirnya saya tiba di masjid Al-Hidayah. Terucap
perkataan “subhanallah” di mulut apabila melihat keindahan pemandangan dari
masjid. Ternyata satu keajaiban melihat tasik yang agak besar di tanah tinggi.
Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Pak Timbang, tasik tersebut merupakan
bekas kawah gunung berapi yang kini sudah tidak aktif dan mengambil masa ribuan
tahun dan kini terhasil sebagai tasik. Kami mengambil masa seketika untuk
memerhati dan melihat keindahan alam ciptaan ALLAH. Terasa kerdilnya saya di
muka bumi ini apabila melihat tasik yang begitu besar. Hampir lima minit saya
termenung di tepi pagar masjid tersebut sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
saya juga melihat telatah orang ramai yang berada di tepi tasik berkenaan. Apa
yang saya yakin, kebanyakan mereka beragama hindu dan tidak ramai yang memeluk
agama Islam, agama yang benar. Saya juga berasa terkejut apabila dimaklumkan
terdapat madrasah anak yatim yang belajar pondok di puncak bukit tersebut dan
masjid tersebut merupakan tempat mereka berkumpul.
Setelah puas bergambar, kami
bergerak ke belakang masjid untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat zohor
dan asar. Ternyata keadaan yang sama seperti kelmarin, air terasa amat sejuk
dan memerlukan sedikit masa untuk mengambil wudhuk. Setelah itu, kami solat
berjemaah. Setelah selesai solat, sementara menunggu kaum wanita solat, kami
sempat bergambar lagi. Bagi saya, selagi ada kelapangan, gunakan segala
kesempatan yang ada untuk merakamkan saat-saat yang terindah kerana masa yang
berlalu itu ibarat air di sungai. Jika air tersebut telah melalui sesuatu
kawasan, air tersebut tidak dapat untuk berpatah balik. Begitu juga kehidupan
manusia. Saya manfaatkan peluang dengan merakamkan memori yang indah.
Setelah semua selesai solat, kami
turun ke tepi tasik untuk melihat keadaan tasik dengan lebih dekat. Air tasik
tersebut menghijau dan saya tahu tasik tersebut agak dalam walaupun berhampiran
dengan tebing.
Setelah itu, kami bergerak menuju
ke bas apabila kami dipanggil oleh Pak Timbang untuk kami bergerak menuju ke
destinasi yang seterusnya. Setibanya kami di dalam bas, seperti tradisi yang
dipraktikkan, kami akan menepuk tangan kepada individu yang paling akhir sekali
menaiki bas. Saya bersama Azizee telah menjadi bahan untuk ditepuk tangan dan
saya hanya mampu tersenyum. Apa yang saya rasa, suasana tersebut cukup manis
kerana kami berbuat sedemikian kerana mesranya kami tanpa mengira hubungan
pensyarah ataupun pelajar namun kami masih lagi menghormati pensyarah sebagai
yang lebih berilmu dan lebih tua.
Perjalanan diteruskan menuju ke
pasar Menta Sari Candikuning, iaitu kawasan yang telah kami lalui semasa
bergerak menuju ke Restoran Menteri. Kami diberi masa selama 30 minit sahaja
untuk membeli barangan dan melawat kawasan sekitar. Pada mulanya saya dan Azizee
bercadang untuk menunggu sahaja di dalam bas memandangkan wang kami hampir
kehabisan namun setelah pembantu bas tersebut meminta kami turun, kami terpaksa
akur. Kami bergerak ke kawasan berhampiran untuk mencari tempat yang agak
menarik untuk bergambar.
setelah bergambar, masa yang
berbaki lebih kurang 15 minit, kami bergerak mengikut kumpulan rakan-rakan kami
yang lain yang membeli barangan kraftangan yang saya kira agak menarik dan
kreatif. Saya meninjau-ninjau gerai yang ada di pasar Menta Sari Candikuning
dan ternyata terasa satu kerugian jika saya tidak membeli kraftangan yang
dijual kerana menarik dan kreatif. Saya mengeluarkan wang simpanan yang saya
simpan untuk dijadikan sebagai back up sekiranya
berlaku apa-apa masalah untuk membeli alat muzik tradisional Bali. Selain itu,
saya turut membeli dua utas gelang kayu untuk diberikan kepada keluarga.
Setelah selesai membeli, saya bersama Azizee terus bergerak menuju ke bas,
bimbang saya akan menghabiskan wang yang ada. Setelah beberapa minit berada di
dalam bas, rakan-rakan yang lain turut menaiki bas dan apabila semuanya cukup,
kami terus bergerak menuju ke Tanah Lot. Jam pada ketika itu menunjukkan pukul
3.04 petang dan menurut Pak Timbang, perjalanan mengambil masa kira-kira sejam.
Saya menganggarkan bahawa kami akan tiba di Tanah Lot pada puku 4.10 petang
termasuk mengambil kira kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Namun anggaran
saya kurang tepat dan kami tiba di Tanah Lot pada jam 4.28 petang. Keadaan di
Tanah Lot tidak ada yang menariknya kerana saya tidak tahu agenda yang ingin
dibawa oleh Pak Timbang.
Turun sahaja dari bas, beberapa
rakan saya berlari-lari mencari tandas. Mungkin kerana makanan yang dimakan
pada waktu tengah hari sebentar tadi. Kami terus bergerak ke kawasan pasar di
Tanah Lot dan kami memasuki satu pintu gerbang dan di situ, Pak Timbang telah
menguruskan wang tiket untuk masuk ke dalam. Semasa memasuki gerbang tersebut,
saya sempat memerhatikan papan tanda dan kami membayar Rp5000 seorang sekali
masuk. Namun segala perbelanjaan telah termasuk di dalam pakej yang kami
persetujui. Setelah semuanya cukup, kami bergerak menuju ke kawasan Pura di
tepi pantai. Apabila melihat pura tersebut, saya tidak percaya bahawa gambar
yang saya lihat di dalam internet dan majalah telah berada di hadapan mata
saya. Saya sentiasa membawa kamera bersama dan saya tidak melepaskan peluang
mengambil gambar di kawasan tersebut.
Sewaktu itu, kami berpecah dan saya
bergerak bersama Azizee, Noor Aishah dan Nur Aisyah. Kami telah sepakat untuk
melihat ular suci yang berbisa seperti yang dimaklumkan oleh Pak Timbang semasa
dalam perjalanan menuju ke Tanah Lot. Ketika ingin melihat ular tersebut, kami
dikehendaki membayar Rp1000 seorang. Setelah itu, kami ditunjukkan oleh penjaga
ular tersebut dan kelihatan ular tersebut sedang tidur. Saya dan Azizee
berkesempatan untuk menyentuh ular berkenaan setelah penjaga ular tersebut
membenarkan kami memegangnya. Walaupun perasaan saya berdebar-debar dan risau
akan dipatuk, namun saya memberanikan diri. Ular tersebut menurut Pak Timbang,
merupakan ular yang muncul di kawasan batu-batu dan ular tersebut memiliki bisa
sepuluh kali ganda bisa ular tedung. Ular tersebut telah diisytiharkan sebagai
ular suci kaum Hindu kerana ular tersebut tidak mengganggu orang dan tidak bertindak
agresif terhadap manusia.
Kami meneruskan perjalanan ke
kawasan lopak air yang berbatu. Saya bertindak menjadi jurugambar kerana kamera
Aisyah sudah kehabisan bateri. Saya merakamkan gambar-gambar mereka dan kami
bergilir-gilir untuk menangkap gambar. Pelbagai gaya dan aksi yang kami
lakukan. Semasa bergambar, Aishah telah tercedera di lutut semasa mendarat
setelah melompat ketika bergambar. Kebetulan saya membawa minyak untuk disapu
dan setelah beberapa minit, Aishah dapat berjalan seperti biasa. Saya bersyukur
kerana tiada apa yang terjadi kepada rakan saya dan itu merupakan satu
peringatan daripada ALLAH agar tidak terlalu bergembira.
Setelah itu, kami bergerak menuju ke arah batu
yang berada di tebing padang. Ternyata lokasi yang kami pilih tepat dan
pemandangan matahari terbenam kelihatan lebih jelas di sana. Setelah itu, kami
bergerak untuk pulang menaiki bas kerana waktu sudah semakin gelap. Setibanya
kami di pasar Tanah Lot, saya sempat meninjau dan melihat karya-karya lukisan
dan dalam waktu yang sangat singkat, saya telah membeli satu karya pualaman
yang bersiri dengan harga Rp50,000.
Jam menunjukkan pukul 6.25 petang
dan jika dibandingkan di Malaysia, waktu tersebut seperti pukul 7.45 malam. Kami
bergerak dengan pantas dan setibanya kami di dalam bas, masih ramai lagi yang
belum ada. Setelah beberapa minit dan semuanya telah menaiki bas, kami bergerak
untuk makan malam di Bumbu Desa. Perjalanan lebih kurang satu jam untuk tiba di
Bumbu Desa dan kami tiba di Bumbu Desa pada pukul 7.49 malam. Saya berasa
teruja melihat keadaan restoran berkenaan yang agak mewah dari segi susunan
serta hiasannya. Kami telah dibawa ke bahagian belakang restoran dan makanan
telah tersedia menanti. Kami dihidangkan makanan secara buffet dan makanan yang
sentiasa ada apabila dihidangkan kepada kami adalah tempe dan ayam goreng. Selama
tiga hari saya berada di Bali, saya sudah mula dapat menerima cara makanan
masyarakat Bali. Apa yang menariknya, saya sudah boleh bertutur bahasa
Indonesia dengan dialek masyarakat Bali. Ramai daripada kalangan penjual di
Bali menyangka saya merupakan orang Indonesia dan saya hanya mengiyakan sahaja.
Terukir juga senyuman di wajah saya apabila orang Bali sendiri menyangka saya
orang Indonesia.
Setelah selesai makan, kami
berkumpul di luar restoran dan bersedia menaiki bas untuk ke destinasi yang
berikutnya sebelum bergerak pulang ke hotel iaitu menuju ke kompleks membeli
belah yang terdapat di Bali. Namun ketika menaiki bas, kami semua menjadi panik
apabila En Khairul, iaitu tutor kami ‘hilang’ dan En Kasran mengarahkan Haziq
untuk mencari En Khairul. Haziq yang terkenal dengan wataknya yang agak suka
dicabar menerima permintaan En Kasran. Setelah lima minit Haziq mencari, En
Khairul telah menaiki bas dan suasana masih belum reda kerana Haziq pula yang
hilang. Setelah lebih kurang 3 minit, Haziq tiba dan memaklumkan beliau tidak
menjumpai En Khairul. Keadaan menjadi riuh dengan gelak ketawa kami kerana
gelagat Haziq apabila melihat En Khairul telah berada di dalam bas.
Perjalanan diteruskan dan lebih
kurang pukul 9.05 malam, kami tiba di pasar raya Matahari, dan kami diberi masa
selama 30 minit sahaja untuk berada dikawasan itu sebelum pulang ke hotel. Kami
bergerak secara kumpulan kecil dan apabila memasuki Matahari Mall berkenaan,
harga yang ditawarkan sama dengan harga di Malaysia. Kami semua berpakat untuk
tidak mahu lebih lama di situ dan kami bergerak menuju ke bas. Semasa tiba,
kami diturunkan dihadapan Matahari Mall namun semasa pulang, kami terpaksa
berjalan sedikit kerana bas tidak boleh diletakkan di tepi jalan.
Pada jam 9.40 malam, kami telah
tiba di hotel. Seperti hari sebelumnya, saya akan solat terlebih dahulu sebelum
menukar pakaian mandi dan berenang di kolam. Setelah hampir 12 malam, barulah
kami naik ke bilik. Semasa di bilik, saya tidak terus tidur tetapi saya sempat
memasak mi segera Maggi yang saya bawa dari Malaysia. Setelah kenyang, barulah
saya dapat tidur. Terasa tidur saya sangat berkualiti setelah menempuhi
hari-hari yang meletihkan fizikal dan mental serta meletihkan poket.
KHAMIS (16 JUN 2011)
Hari yang keempat berada di
kepulauan Bali, syurga membeli belah dan syurga hiburan. Saya berasa agak letih
apabila bangun. Setelah membuat persiapan diri, mandi dan solat, saya bergerak
menuju ke tempat makan untuk bersarapan pagi. Pada hari ini, saya agak lewat
untuk turun bersarapan kerana terlewat bangun. Saya berasa agak kesal kerana
terlewat menunaikan solat subuh dan sempat qadha subuh berkenaan. Setibanya
saya di bawah, saya makan bersama dengan beberapa rakan perempuan yang lain
manakala rakan yang lelaki telah turun awal dan berjalan di kawasan sekitar.
Saya tidak sempat untuk mengikuti mereka. Saya tidak berselera untuk makan
makanan yang berat dan hanya minum jus oren beserta koko Crunch. Setelah itu, saya naik semula ke bilik untuk mengambil
beg. Pada hari ini, kami bergerak agak lewat iaitu pada pukul 10 pagi kerana
kami bersepakat membatalkan acara mandi di pantai. Walaupun pada asalnya kami
bersemangat untuk mandi di pantai, namun keletihan menidakkan hasrat kami untuk
melakukan aktiviti berkenaan. Semasa di bilik, saya melihat jam di telefon
bimbit dan pada waktu menunjukkan pukul 9.50 pagi. Saya bergegas memanggil
rakan-rakan lelaki yang bersebelahan bilik agar segera bersiap untuk turun dan
menaiki bas. Kami agak terlewat dan turun pada pukul 10.05 pagi. Saya dapat
melihat wajah Pak Timbang yang terpaksa melayan karenah kami yang selalu lewat
dan secara tidak langsung memberikan sedikit impak yang kurang baik. Namun,
pada hari keempat ini, kami berazam untuk menepati masa.
Pada jam 10.10 pagi, kami semua
telah menaiki bas dan destinasi kami adalah untuk bergerak semula ke pasar
Guwang, Sukawati. Hal ini disebabkan permintaan ramai yang ingin membeli
barangan kerana setelah membandingkan harga dengan beberapa tempat lain yang
telah kami pergi, kami mendapati pasar Guwang jauh lebih murah harganya. Perjalanan
kami seperti biasa akan berlaku sedikit kesesakan namun hal itu berlaku hanya
sementara. Kami tiba di pasar Guwang pada jam 11.20 pagi dan Pak Timbang
memberi kami masa selama 2 jam untuk membeli belah kali yang terakhir kerana
selepas ini kami tidak berhenti di kawasan untuk membeli belah.
Masa yang diberikan dimanfaatkan
sepenuhnya apabila masing-masing mula bergerak menuju ke kedai-kedai menjual
kraf tangan seperti menjual key chain, kotak
tisu, selipar, lukisan dan sebagainya. Saya tidak tertarik untuk membeli kraf
tetapi saya tertarik untuk membeli lukisan kerana lukisan sangat sukar didapati
di Malaysia dan sekiranya ada, sudah tentulah harganya akan melambung tinggi
berkali-kali ganda. Setelah saya membeli barang yang ingin dibeli, saya
bergerak menuju ke arah rakan-rakan yang lain yang sedang sibuk membelek barang
yang ingin mereka beli. Saya yang sudah berpuas hati dengan apa yang saya perolehi,
hanya duduk dan memerhatikan sahaja tingkah laku rakan-rakan. Adakalanya terasa
seronok juga melihat karenah orang lain. Setelah beberapa minit duduk, saya
mengambil keputusan mengajak Azizee keluar dari pasara tersebut dan menaiki
bas. Setelah tiba di bas, saya melihat rakan Kak Aziah sedang minum air
Avogardo. Saya juga melihat Anas Hakimie berada di gerai sebelah sambil berbual
dengan penjual minuman. Saya telah dipelawa oleh rakan Kak Aziah untuk turut
minum namun saya menolak dengan baik dan akhirnya dia memesan dua gelas air
Avogardo yang dia minum kepada saya dan Azizee. Saya bergurau bahawa saya sudah
kehabisan wang namun beliau telah membayarkan harga minuman tersebut. Saya
hanya mampu mengucapkan terima kasih dan berasa agak segan dengan beliau.
Setelah menikmati air Avogardo,
saya berasa satu pengalaman yang baru kerana saya belum pernah lagi merasai air
tersebut. Setelah beberapa minit, rakan Kak Aziah meminta diri untuk menaiki
bas dan kami berbual kosong dengan penjual berkenaan. Setelah beberapa ketika,
Zulhafizal dan Haziq tiba dan memesan air Avogardo seperti yang kami minum.
Setelah itu, En Kasran turut bersama dan kami berbual sehinggakan semuanya
selesai membeli belah.
Perjalanan kami yang seterusnya
bergerak menuju ke Garuda Wisnu Kencana untuk makan tengah hari dan kami
bertolak pada pukul 1.30 petang. Perjalanan lebih kurang 40 minit dan sebaik
sahaja kami tiba, kami diberi tiket oleh Pak Timbang dan tiket berkenaan
diperlukan untuk masuk ke kawasan Garuda Wisnu Kencana. Setelah itu, kami
dibawa ke restoran untuk makan tengah hari dan seperti hari yang sebelumnya,
tempat yang kami makan sememangnya bertaraf tiga bintang.
Setelah makan, kami bergerak
memasuki kawasan Garuda Wisnu Kencana. Perkataan yang pertama yang terpacul di
mulut saya ialah, “wah”. Apa yang dilihat di hadapan mata saya tidak pernah
saya lihat atau saya bayangkan sebelum ini tetapi pengalaman yang pertama kali
melihat sesuatu tempat atau kawasan yang tidak pernah saya bayangkan berada di
depan mata.
saya berada di satu kawasan yang
agak luas dan berbukit batu yang agak besar. Apa yang menariknya, bukit-bukit
batu ini dipotong dengan rata dan mengikut ukuran dengan tepat, berdasarkan jarak dan ruang
yang dipotong. Selain itu, angin kencang juga turut menambahkan lagi kedamaian
dan ketenangan berada di kawasa Garuda Wisnu Kencana. Kami berkumpul
beramai-ramai untuk mengambil gambar bersama di kawasan yang pertama kali kami
jejaki. Setelah itu, kami bergerak menaiki tangga dan bergambar beramai-ramai
dengan berlatarbelakangkan replika Garuda Wisnu Kencana.
Setelah puas bergambar, kami semua
bergerak keluar dari kawasan Garuda Wisnu Kencana dan menunaikan solat zohor
dan asar jamak ta’khir berjemaah di surau di bahagian luar Garuda Wisnu
Kencana. Setelah itu, kami semua mula menaiki bas dan menuju ke Dreamland.
Sepanjang perjalanan kami
tertanya-tanya bagaimanakah keadaan Dreamland seperti yang disebutkan. Menurut
Pak Timbang dalam perbualannya, beliau mengatakan asset Dreamland dipunyai oleh
anak Suharto iaitu Tomy Suharto dan berkeluasan ribuan hektar persegi. Apa yang
saya lihat, kawasan Dreamland masih lagi dalam pembangunan dan banyak jentera
berat sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Kami tiba di suatu tempat yang
bertanah pada pukul 4.30 petang. Kami diberi masa 30 minit sahaja. Pada mulanya
kami semua meragui tempat yang diperkatakan oleh Pak Timbang namun setelah
meredah tanah-tanah merah, akhirnya kami tiba di satu kawasan pantai yang
sangat indah. Tiada apa yang dapat kami lakukan melainkan bergambar. Tiada
ucapan yang lebih sesuai diucapkan melainkan bertasbih kepada ALLAH setelah
melihat kehebatan dan keagungan ALLAH taala menciptakan suatu tempat yang
indah. Saya melihat di pantai Dreamland itu juga terdapat ramai
pelancong-pelancong khususnya daripada pelancong barat. Mereka juga melakukan
aktiviti meluncur ombak dan saya sangat seronok melihat suasana tersebut. Kami tidak dapat melakukan banyak aktiviti
dan bergambar di kawasan yang lebih cantik kerana kami terpaksa mengejar masa
untuk tiba di Uluwatu. Jam menunjukkan jam 4.50 petang dan saya meminta semua
rakan-rakan untuk bergerak pulang kerana masa tidak mengizinkan kami untuk
berada lebih lama. Timbul pula di hati kami kekesalan kerana membatalkan
perancangan untuk mandi di laut pada waktu pagi.
Kami tiba di bas tepat seperti yang
dijanjikan. Setelah itu, tepat jam 5 petang, kami mula bergerak meninggalkan
pantai Dreamland yang penuh dengan memori indah yang telah kami ciptakan
sebentar tadi menuju ke Uluwatu untuk melihat kera dan tarian Kecak. Tidak jauh
dari Dreamland, pada jam 5.57 petang, kami tiba di Uluwatu. Setibanya kami di
Uluwatu, kami dikehendaki bergerak dengan pantas kerana waktu sudah semakin
gelap dan tarian kecak sudah lama bermula. Semasa masuk, kami diberikan kain
kuning untuk diikat di badan. Saya tidak tahu apakah tujuan tersebut namun kami
hanya menurutinya sahaja.
Satu lagi kejutan yang saya alami
apabila saya dapat melihat pantai yang jauh di bawah tebing bukit berbatu dan
tebing bukit yang tinggi seakan-akan bukit yang berada di Gurun Kanyon. Saya
sempat bergambar di kawasan tersebut dan kami semua meneruskan perjalanan
menuju ke pentas yang dibina seakan-akan stadium mini dan melihat tarian kecak
telah bermula. Apa yang menarik pada tarian kecak ini, tarian ini tidak
menggunakan alat muzik namun muzik yang dihasilkan dengan menggunakan mulut
dengan menyebut “kecak”. Kami sangat teruja menyaksikan persembahan tersebut
dan saya agak risau melihat keadaan tersebut. Hal ini kerana, mereka yang
terlibat dalam tarian kecak sedang melakukan satu pemujaan kepada api dan ini
bercanggah dengan akidah Islam. Saya mengambil jalan dengan memanggil
rakan-rakan untuk bergerak pulang ke bas namun semuanya masih mahu menyaksikan
lagi tarian kecak tersebut. Saya bersama Azizee bergerak untuk pulang namun
niat tersebut saya tangguhkan dahulu apabila melihat watak-watak penari kecak
tersebut berada berhampiran dengan kami. Kami dengan rasa agak menyeramkan
apabila melihat wajah watak-watak penari kecak tersebut, meminta kebenaran daripada
mereka untuk mengambil gambar bersama-sama mereka. Setelah dipersetujui, kami
mengambil gambar beramai-ramai dan perbuatan kami itu telah menarik minat
rakan-rakan kami yang lain yang masih belum mahu pulang untuk bergambar. Namun
saya bimbang sekiranya mereka akan merasuk kami untuk turut sama menari. Saya
turut membaca beberapa potong ayat al-Quran agar terlindung daripada segala
bahaya dan bencana. Setelah itu, saya dan Azizee mengambil keputusan untuk
bergerak pulang ke bas memandangkan rakan-rakan kami yang lain masih tidak mahu
pulang dan hari pula semakin gelap. Kami tidak membawa sebarang lampu suluh.
Kami bergerak dengan berhati-hatidan akhirnya kami tiba di bas. Sedar tidak
sedar, saya telah terambil tali kuning tersebut walhal kain kuning tersebut
perlu dipulangkan ketika hendak keluar. Setelah itu, kami menanggalkannya dan
meletakkannya di bawah pokok.
Setelah 15 minit berada di sekitar
bas, barulah kami lihat kelibat-kelibat rakan-rakan kami menuju ke arah bas.
Namun begitu, saya melihat tiada seorang pun pensyarah yang turut menyaksikan
tarian kecak bersama kami. Setelah itu, tepat jam 7.10 malam, kami telah
bertolak untuk makan malam di Jimbaran, iaitu makan malam di tepi pantai.
Perjalanan kami mengambil masa kira-kira satu jam untuk tiba di Jimbaran dan
sepanjang perjalanan, saya hanya berbual dengan rakan-rakan bagi mengisi
kekosongan aktiviti. Sedang asyik berbual bersama rakan-rakan, tidak sedar
bahawa kami hampir tiba di Jimbaran dan pada jam 8.55 malam, kami telah tiba di
Melasti Kedongan Cafe. Mengenai makanan yang akan kami makan pada mala mini,
kami dihidangkan BBQ, iaitu ikan bakar, lala, udang, sotong dan ketam. Kami
diberikan tempat duduk di atas pasir pantai dan terasa sangat seronok apabila
merasakan pengalaman yang pertama kali kami alami. Setelah 15 minit menunggu,
akhirnya makanan kami tiba. Sebelum kami makan, kami telah mengadakan satu
majlis perletakan jawatan ketua unit dan timbalan ketua unit serta melantik
ketua dan timbalan ketua unit yang baru. Setelah selesai, kami semua mula makan
malam sambil diiringi pemuzik ala mexico. Setelah itu, kami makan dengan
bersungguh-sungguh kerana makanan yang dihidangkan sangat sedap dan kami jarang
berpeluang untuk makan seperti itu.
Namun kesedapan kami hanya seketika
kerana kami sudah mula dibasahi dengan titisan air yang jatuh dari langit. Pada
mulanya kami membiarkan sahaja dan orang lain bertempiaran lari. Suasana
lengang dan hanya kami sahaja yang masih tinggal, sambil menghabiskan makanan.
Namun titisan makin lebat, memaksa kami bergerak mencari tempat perlindungan
dengan segera. Saya yang sedang kelaparan turut berlari sambil membawa sepiring
ikan bakar yang belum dimakan. Semasa berada di bawah restoran, saya sempat
menghabiskan ikan tersebut.
Setelah itu, kami semua menaiki bas
dan bergerak pulang ke hotel. Sepanjang perjalanan pulang ke hotel, hujan lebat
masih belum reda dan setibanya kami di hotel, hujan yang lebat menjadi gerimis.
Kami segera keluar dari bas dan naik ke bilik masing-masing. Pada malam itu,
hanya beberapa orang sahaja yang keluar dan mereka keluar atas tujuan untuk
mengurut badan di spa yang berhampiran. Sementara itu, saya dan beberapa rakan
lelaki yang lain menjalankan aktiviti biasa iaitu berenang di kolam. Walaupun
terasa air kolam tersebut tersangat dingin, namun kami tetap berenang dan
setelah beberapa minit di dalam air, badan kami dapat menyesuaikajn suhu air
tersebut. Setelah itu, kami naik ke bilik dan bersiap mengemas barangan untuk
disusun di dalam beg agar pada keesokan harinya, kami tidak begitu kelam kabut.
setelah keletihan berenang, saya
sempat memasak tiga bungkus mi segera maggi kerana masih banyak lagi yang belum
dimakan. Setelah itu, saya tertidur kerana keletihan.
JUMAAT (17 JUN 2011)
Hari terakhir yang bersisa di
kepulauan Bali. Seperti biasa setelah bangun dari tidur, saya menunaikan
kewajipan saya. Setelah itu, saya bergegas untuk turun bagi menikmati santapan
sarapan pagi. Setibanya saya di tempat makan, yang kelihatan hanyalah En Kasran
sekeluarga dan tiada nampak seorang pun kelibat rakan-rakan di bawah. Saya terus
mengambil makanan dan seperti biasa, coco
crunch merupakan sarapan pagi yang paling saya gemari. Setelah itu, En
Kasran mempelawa saya untuk makan bersama-sama dan semasa makan, kami
berbual-bual kosong.
Setelah selesai mendapatkan
keperluan asas bagi setiap makhluk, saya pulang ke bilik dan mengemas barang.
Jam menunjukkan pukul 8.40 pagi dan kami akan bergerak pulang menuju ke
lapangan terbang Ngurah Rai, Denpasar. Setelah selesai mengemas, saya
mengejutkan Zulhafizal yang masih lagi lena untuk bersiap dan bersarapan pagi.
Dari dalam bilik, saya terdengar
suara-suara yang saya kenali dan saya melihat beberapa orang rakan saya yang
melawati pantai yang berhampiran daripada hotel. Saya bergerak turun untuk
bertemu dengan mereka dan kami bersarapan pagi untuk kali yang kedua.
Berdasarkan apa yang dimaklumkan Azizee, pantai yang mereka lawati seperti
pantai di Malaysia kerana tempat tersebut agak kotor sedikit.
Setelah selesai bersarapan, kami
semua naik ke bilik masing-masing untuk mengemas barang-barang. Setelah saya
tiba di bilik, saya berasa sangat letih dan mengantuk dan saya mengambil
keputusan untuk tidur seketika. Namun saya tersedar setelah Nasir mengejut saya
dalam keadaan tergesa-gesa. Saya terus bangkit dan mencapai beg dan turun ke
bawah setelah memeriksa secara ringkas di dalam bilik bagi memastikan tiada
barang yang tertinggal. Setelah itu, saya bergerak menuju ke bawah dan menunggu
di lobi hotel, bersama-sama rakan yang lain. Saya merupakan orang yang kedua
terakhir yang turun. Di lobi hotel, kami sempat bergambar dengan rakan-rakan.
Setelah jam menunjukkan 10.50 pagi,
kami telah bergerak meninggalkan Aroma’s Hotel dan bergerak menuju ke lapangan
terbang. Perasaan saya tiba-tiba sedih kerana akan meninggalkan tanah Bali yang
telah memberikan pelbagai kenangan manis antara guru pelatih H2 dan
pensyarah-pensyarah. Hubungan kami menjadi lebih akrab dan kemesraan jelas
tergambar di wajah kami.
Sedar tidak sedar, kami telah tiba
di lapangan terbang pada pukul 11.15 pagi. Hanya beberapa minit sahaja dari
hotel. Setelah tiba, kami mengambil beg masing-masing dan bersalaman dengan Pak
Timbang dan pembantunya serta memohon kemaafan jika terdapat tersalah bicara.
Setelah Pak Timbang mula bergerak meninggalkan lapangan terbang, kami dibawa
oleh rakan Pak Timbang yang membantu kami menguruskan perjalanan pulang.
Setelah selesai pendaftaran bagasi, kami bergerak dan berkumpul di kawasan
berhampiran dengan surau. Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 petang dan kami
meyakini bahawa waktu zohor telah masuk. Kami bergilir-gilir menunaikan solat
zohor.
Pada jam 2 petang, kami telah
bergerak untuk pemeriksaan pasport di tingkat atas bangunan. Setelah itu, kami
diperiksa oleh imigresen sebelum memasuki balai berlepas. Semasa di imigresen,
saya telah diminta oleh pegawai tersebut untuk membuka beg kerana melihat ada
sesuatu di dalam beg saya yang diragui. Setelah dibuka dan dijelaskan, akhirnya
saya dilepaskan. Saya berasa agak berdebar-debar kerana bimbang seseorang telah
menganiaya saya dengan meletakkan barang terlarang di dalam beg. Namun
Alhamdulillah, saya tidak dianiaya seperti itu.
Kami menunggu kira-kira 20 minit
sebelum bergerak masuk ke dalam perut kapal terbang. Kami dimaklumkan oleh
pihak lapangan terbang melalui intercom meminta penumpang yang akan berlepas ke
Malaysia untuk bergerak menuju ke pintu lima. Setelah kami semua masuk dan
berada di tempat duduk masing-masing, perkara yang sama seperti semasa kami
berlepas dari Malaysia ke Bali dilakukan iaitu demonstrasi oleh pramugari
mengenai keselamatan.
Pesawat kami berlepas ke udara pada
jam 2.50 petang dan sepanjang perjalanan, saya tidak larat untuk berbual dan
saya hanya tidur. Setelah tiga jam penerbangan, saya terjaga dari tidur setelah
dimaklumkan oleh juruterbang bahawa kami telah pun berada di ruang udara
Malaysia. Pesawat kami semakin rendah dan tepat jam 5.45 petang, kami telah
selamat mendarat di LCCT.
Setelah itu, kami memasuki LCCT dan
melalui pemeriksaan pasport. Kami terus bergerak menuju ke food court untuk mengisi perut yang kelaparan. Kami semua berkumpul
di food court berkenaan sementara
menunggu abang Azira tiba untuk menjemput kami. Terasa nikmatnya apabila dapat
makan masakan Malaysia.
Pada jam 7.15 malam, bas kami tiba
di LCCT dan kami bertolak pulang ke IPG Kampus Ipoh. Kami berhenti seketika di
kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh untuk solat dan makan malam.
Setelah itu, kami terus bergerak menuju ke IPG. Kami tiba di IPG pada pukul 12
malam. SERONOKNYA BALI...
REFLEKSI
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, serta
iradatnya telah mengizinkan kepada saya untuk menjejakkan kaki ke kepulauan
Bali. Sesungguhnya perancangan untuk menaiki kapal terbang apatah lagi untuk ke
luar Negara tidak pernah dirancang dengan serius, namun ALLAH telah
menggerakkan saya untuk merasai pengalaman berada di Negara orang selama
seminggu bermula 13 Jun sehingga 17 Jun 2011.
Ini
merupakan pengalaman saya yang pertama menaiki kapal terbang dan berada di luar
Negara. Pengalaman yang saya dapat ini merupakan pengalaman yang sangat
berharga yang saya tidak akan dapat lupakannya sepanjang hidup. Selain itu,
saya berasa kepuasan yang teramat sangat kerana saya merupakan salah seorang
tenaga penggerak bagi memungkinkan program Akademik Seni Visual Bali 2011 dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Banyak perkara baru dan pengalaman yang sangat
berharga yang saya perolehi sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya program
ini.
Saya
telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai jawatankuasa Tugas-Tugas Khas,
iaitu menguruskan sesuatu aktiviti luar bilik kuliah. Tanggungjawab saya telah
bermula apabila En Kasran b. Mat Jiddin telah memaklumkan kepada kami unit H2
akan hasrat beliau untuk melaksanakan pelajaran berdasarkan kursus PSV 3104,
iaitu melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah. Beliau telah mencadangkan untuk melaksanakan
hasrat tersebut di kepulauan Bali kerana masyarakat di Bali memiliki kemahiran
kesenian yang diwarisi secara warisan, tanpa ada pengetahuan formal. Setelah
itu, saya telah ditugaskan untuk menjadi setiausaha program dan sudah tentunya
tugas sebagai setiausaha agak sibuk dan berat berbanding jawatankuasa yang
lain.
Saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua Unit Seni Visual, iaitu En.
Kasran b. Mat Jiddin kerana telah banyak membantu saya menyiapkan kertas kerja
dan memberi tunjuk ajar dari segi pengurusan kerja dan masa dalam melaksanakan
program yang telah dirancang ini. Saya bersama jawatankuasa yang lain seperti
jawatankuasa pengangkutan dan logistik, sering kali berkunjung ke Faza Holiday,
iaitu ejen pelancongan yang telah kami persetujui untuk menggunakan khidmat
agensi tersebut untuk membawa kami di Bali. Walaupun masa yang dicadang hanya
tinggal empat bulan sahaja lagi, dalam keadaan kertas kerja yang masih belum
siap, akhirnya kami berjaya membuktikan kepada orang ramai bahawa kami mampu
untuk melaksanakan suatu program yang besar dalam tempoh yang singkat.
Kami
seringkali diperleceh oleh senior dan tidak kurang juga pensyarah yang tidak
yakin dengan usaha kami untuk melaksanakan program yang besar ini. Namun,
setelah mendapat kelulusan daripada pengarah, kami terus bergerak dengan lebih
pantas, hasil tunjuk ajar En Kasran, yang juga pensyarah PSV 3104.
Dalam
program ini, kami terlepas sesuatu iaitu pengalaman untuk meminta sponsor
daripada korporat-korporat, agensi swasta dan juga kerajaan. Hal ini kerana,
masa yang tinggal hanya lebih kurang sebulan setelah kertas kerja yang
diusulkan kepada pengarah mendapat kelulusan. Namun, kami berusaha dan akhirnya
kami tidak memperolehi pengalaman tersebut. Walaupun begitu, saya bersyukur
kerana apa yang telah kami rancangkan dari awal semester telah diizinkan ALLAH
dan segalanya berjalan dengan lancer, tanpa ada sebarang gangguan.
Berdasarkan
pengalaman yang telah saya perolehi ini, dapat menjadi sebahagian panduan dan
persediaan untuk saya melaksanakan sesuatu program yang besar pada masa akan
datang dan juga semasa berada di lapangan kerja. Saya berterima kasih kepada
semua pihak yang membantu saya khususnya En Kasran yang sentiasa memberikan
tunjuk ajar dan hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas bakti yang telah beliau
curahkan.
1 comment:
yg nih wat rasa nak jalan3 tempat lain lak
Post a Comment