Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Thursday, November 10, 2011

Ulasan Buku Couse in General Linguistics (Ferdinand De Sausure)

4.0 Ulasan Buku Ferdinand De Sausurre
                Berikut merupakan ulasan saya berkaitan buku Couse in General Linguistics. Buku ini merupakan sebuah buku yang disusun oleh Charles Bally dan Albert Sechehaye berdasarkan pemikiran Ferdinand de  Saussure yang merupakan bapa linguistik pada abad ke-20. Saussure mengkaji bahawa masa merupakan pemangkin utama kepelbagaian bahasa, bukan jarak sesuatu kawasan. Untuk menggambarkan hujahnya, Saussure membuat hipotesis penduduk tempatan dan penduduk yang berhijrah dan bergerak dari satu pulau yang lain. Pada mulanya, tidak ada perbezaan antara bahasa yang dituturkan oleh penduduk yang berhijrah di pulau baru dan rakan-rakan mereka di tempat asal, walaupun terpisah jelas daripada sudut struktur geografi.
            Saussure dengan itu membuktikan bahawa kajian kepelbagaian geografi semestinya tertumpu kepada kesan masa kepada pembangunan bahasa. Mengambil masyarakat monoglot sebagai model (masyarakat yang bercakap hanya dalam satu bahasa), Saussure menggariskan cara di mana bahasa mungkin membangun dan secara beransur-ansur menjalani pecahan bahagian kepada dialek-dialek yang berbeza.Menurut Saussure, bahasa bersifat arbitrari ataupun sewenang-wenangnya. Beliau juga menyatakan bahawa semua bahasa berfungsi dengan gaya yang sama. Menurut beliau lagi, bahasa bersifat arbitrari kerana ia adalah sistematik dan keseluruhannya adalah lebih besar daripada jumlah bahagian-bahaginnya.
            Tambahan pula, semua bahasa mempunyai konsep mereka sendiri dan imej bunyi tertentu. Oleh itu, Saussure berpendapat bahawa bahasa mempunyai hubungan konsep unsur-unsur perkataan dan makna yang ditakrifkan oleh perbandingan dan perbezaan makna kepada satu sama lain. Saussure menyatakan bahawa bahasa mempunyai sifat sosial yang menyediakan konteks yang lebih besar untuk dianalisis, ditentukan dan ditaksirkan strukturnya. Di dalam buku ini, Saussure juga menfokuskan kajian unit bahasa atau tanda. Beliau menegaskan bahawa bahasa tidak boleh dianggap sebagai koleksi nama-nama untuk objek.

            Saussure  juga merupakan salah seorang daripada pengasas Semiotik. Bahasa seringkali berubah-ubah namun, ia tidak boleh berubah secara sengaja atupun dipengaruhi oleh individu tertentu. Beliau membahaskan bahasa itu dan konsep yang berkaitan dengan bahasa dan pertuturan adalah tindak balas yang dipelajari, bukan tingkah laku intrinsik. Saussure menyatakan bahawa bahasa dipersetujui oleh keseluruhan, sebagai satu cara untuk menyatakan dengan jelas tanda-tanda yang dipatuhi oleh manusia.

No comments: