Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Thursday, November 10, 2011

Betulkah aku??....

Arrggghhhhhh!!!!!!!!!!.. TENTIONNYA..  

Entahlah.. umur aku sekarang da 21 tahun. Tapi kenapa kerap kali aku rasa hidup aku ni seolah-olah tidak bermakna. Dari kecil sampai sekarang, hidup aku ni sama aje. tak ada yang istimewanya.

aku ingat lagi masa aku kecil. masa tu umur aku 6 tahun. masih kanak-kanak tadika la katakan. bangun je pagi, mandi, siap-siap pakai baju kotak-kotak warna merah putih, lepas tu sarapan pagi. habis je sarapan, abah hantar pergi tadika. sampai je sekolah, jumpa kawan-kawan, main je kerjanya. tak de ingat nak belajar or pape. bila cikgu mengajar, seronok jer rasa. 

"Ini huruf apa murid-murid?"
"huruf O"
"huruf O macam apa?"
"macam buah oren"
"pandainya murid-murid semua".

teringat lagi cikgu tadika aku ajar. pukul 9 pagi, sudah semestinya makan yang disediakan di kantin tadika. macam-macam ada. sedap-sedap belaka. habis jer sekolah tadika dalam pukul 10.30 pagi, abah ambik dari sekolah, lepas tu makan lagi. bila masuk waktu sembahyang, tak sembahyang pun. yelah. masih budak kecil lagi. umur 6 tahun. tahu apa. tengah hari, makan lagi. lepas makan, tengok tv. cerita kartun sudah semestinya. pukul 4, pergi jalan rumah kawan. macam-macam la yang kami main. main kawin-kawin, main pondok-pondok, main polis sentri, main belon acah (galah panjang), ram rem pos (kejar-kejar), main ting-ting, ceper, sembunyi ibu dan macam-macam lagi la. banyak sangat nak cerita. tak ketinggalan juga main pasir. korek lubang, lepas tu guna imaginasi buat tempat posh kereta. tak boleh dilupakan permainana yang paling best, model askar. dulu aku banyak kumpul model askar yang kecil tu siap dengan kereta kebal, kubu pertahanan, kapal terbang, jip dan macam-macam lagi la. siap buat kubu, ada aksi serangan, aksi pertahanan. memang best waktu tu.

tapi itu semua hanya tinggal kenangan. masa yang berlalu tak akan dapat diputar semula. alangkah seronoknya kehidupan zaman kanak-kanak. 

kini, kehidupan aku bukan lagi seperti dulu. boleh bermain sentiasa, tengok tv, main pondok-pondok, main kawin-kawin. sekarang ni dah boleh kawin betul-betul dah.. huhu 
kehidupan aku sekarang berbeza sama sekali dengan kehidupan dulu. kini waktu pagi aku bangun, gosok gigi, mandi, solat subuh, dan tukar baju untuk ke kuliah. lepas tu, pukul 8 pergi kuliah sampai pukul 4.30 petang. tengah hari 1.30 rehat sekejap, solat zohor, makan  dan pukul 2.30, sambung balik kuliah sampai 4.30. lepas tu balik rumah sewa, solat asar. bila rajin sikit, buat tugasan, assingment. tapi yang paling penting, facebook mesti online. sehari tak online facebook, rasa lain macam pulak hidup ni.  malam pulak, lepas solat maghrib, lepak jap bersembang dengan housemate, main gitar ker, hape ke. lepas tu solat isyak, dan makan. pastu wat la apa-apa yang patut sampai la waktu tidur. kadang-kadang tengok movie dan sebagainya. tapi apa yang pasti, aku banyak wat keje yang lagha. 

itulah kehidupan aku setiap hari. macam tak ada apa-apa pengisian langsung. asyik sibuk fikirkan soal dunia. sampaikan kadang-kadang aku terlupa, apa sebenarnya tujuan aku ni diciptakan. aku lalai dengan hiburan yang sedang rancak menjajah diri. facebook, youtube, lagu, filem, melepak dan sebagainya. sebenarnya aku ada misi yang perlu aku laksanakan. aku diciptakan bukan saja-saja. ada matlamat yang aku perlu bawa. 
ALLAH S.W.T telah menjelaskan dalam al-Quran.


$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ) Èbrßç7÷èuÏ9 ÇÎÏÈ  
  
56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


terang-terang ALLAH S.W.T dah nyatakan, aku ni diciptakan semata-mata menjadi hamba yang ditugaskan untuk menyembah sang pencipta yang maha esa. adakah menyembah ALLAH hanya cukup dengan solat 5 waktu? cukup ke aku pergi kuliah, selepas tu balik buat perkara-perkara yang lagha?. ALLAH S.W.T berfirman lagi



óOçFö7Å¡yssùr& $yJ¯Rr& öNä3»oYø)n=yz $ZWt7tã öNä3¯Rr&ur $uZøŠs9Î) Ÿw tbqãèy_öè? ÇÊÊÎÈ   n?»yètGsù ª!$# à7Î=yJø9$# ,ysø9$# (

 Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd >u ĸöyèø9$# ÉOƒÌx6ø9$# ÇÊÊÏÈ

   `tBur äíôtƒ yìtB «!$# $·g»s9Î) tyz#uä Ÿw z`»ydöç/ ¼çms9 ¾ÏmÎ/ $yJ¯RÎ*sù ¼çmç/$|¡Ïm yZÏã ÿ¾ÏmÎn/u 4

 ¼çm¯RÎ) Ÿw ßxÎ=øÿムtbrãÏÿ»s3ø9$#

ÇÊÊÐÈ   @è%ur Éb>§ öÏÿøî$# óOymö$#ur |MRr&ur çŽöyz tûüÏH¿qº§9$# ÇÊÊÑÈ
  
115. "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"
116. Maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia.
117. Dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya.
118. Dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!"



jelas sangat dah. Allah ciptakan aku ni bukan main-main. aku dipertanggungjawabkan dengan amanah. 

............

No comments: