Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Thursday, November 10, 2011

RPH Bahasa Melayu (Tema : Buah-buahan)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 BAHASA MELAYU

MATA PELAJARAN             :           Bahasa Melayu
TARIKH                                  :           21 April 2011
MASA                                     :           7.50 pagi – 8.30 pagi
TAHUN                                   :           4 Kenanga
BILANGAN MURID               :           20 orang
TEMA                                     :           Buah-buahan
TAJUK                                   :           Buah-buahan Tempatan

Hasil Pembelajaran

Fokus utama             :          
1.5       Memberikanpenjelasantentangsesuatuperkara yangtersuratdan
tersirat.
Aras 1 (i) :       Menjelaskanisi yang tersuratdantersiratberdasarkan
sesuatubahanbacaan.

Fokus sampingan    :          
8.2   Membinadanmenulisayattunggaldanayatmajmukdalamsesuatupenulisantekstentangsesuatutajuk.
Aras 1 (ii) : Membinaayattunggaldanayatmajmukberdasarkantajuk.

ObjektifPelajaran     :          
Pada akhirpengajaran dan pembelajaranmuriddapat :-
                             i.          Menyatakan sekurang-kurangnya dua isi tersurat berdasarkan teks yang diedarkan.
                             ii.        Membina sekurang-kurangnya lima ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi.
                            iii.        Membina sekurang-kuranya tiga ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal yang dibina

Sistem Bahasa :
i.              Tatabahasa
ii.            Kosa Kata

Pengisian kurikulum:         
i.              Ilmu                 : Kajian Tempatan
ii.  Nilai Murni : Kerjasama, tolong-menolong, menghargai nikmat Tuhan,    menghormati
iii.           Kemahiran Bernilai Tambah:
a.    Kemahiran berfikir                                 : menjana idea,
b.    Pembelajaran Konstekstual                 : mengaitkan pembelajaran                                                                  dengan kehidupan seharian

Bahan Bantu Mengajar      :
i.              Petikan Teks
ii.            Kotak Ajaib
iii.           Lagu Nasyid Buah-buahan
iv.           Kad Perkataan

Pengetahuan sedia ada                 :          
i.         Murid-murid pernah melihat dan memakan buah-buahan tempatan di kawasan sekitar
ii.            Murid-murid mengetahui penggunaan kata hubung
iii.           Murid-murid memahami jenis-jenis ayat tunggal dan ayat majmuk






Langkah/
masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan

Set Induksi
5 minit

Tayangan Video lagu Nasyid Buah-buahan

Soalan:
Apa yang terdapat dalam
Video klip lagu

Jawapan:
Buah-buahan tempatan

- Murid diminta untuk menyanyikan lagu yang dipaparkan
- Guru bertanyakan murid tentang buah-buahan yang pernah dimakan
- Guru memberitahu tajuk pelajaran, iaitu Buah-Buahan Tempatan.
-Murid menyanyikan lagu yang dipaparkan
- Murid menjawab soalan yang diajukan guru


BBM:
-Video lagu Nasyid Buah-buahan

Teknik:
- sumbang saran

Nilai:
- Menghargai nikmat kurniaan Tuhan

KBT:
Kemahiran berfikir.

Langkah 1
10 Minit

Edaran Kotak Ajaib
(Lampiran 1)

Teks Buah-buahan
(Lampiran 2)


Aktiviti guru

- Guru menyerahkan kotak ajaib kepada murid
- Murid dikehendaki hanya mengambil satu kad.
- Murid diminta duduk dalam kumpulan berdasarkan kad gambar yang sama.
-Guru mengedarkan teks buah-buahan tempatan kepada murid.
- Guru meminta murid membaca teks secara beramai-ramai
- Guru bersoal jawab dengan murid mengenai isi yang tersurat dan yang tersirat.


F.U. 1.5. A.1 (i)

BBM:
-Teks Buah-buahan tempatan
- Kotak Ajaib


Teknik:
- Soal jawab,

Bacaan mekanis,

Kemahiran berfikir.

Nilai:
- Kerjasama

Langkah 2
12minit

- Paparan slaid  ayat tunggal dan ayat majmuk

Kad perkataan
(Lampiran 3)






-Guru menerangkan ayat tunggal dan ayat majmuk  kepada murid.
- Guru mengedarkan kad perkataan buah-buahan mengikut kumpulan
- Guru meminta murid berbincang dengan ahli kumpulan membina tujuh ayat tunggal atau lebih berdasarkan kad perkataan


BBM :
- Slaid nota ayat tunggal dan ayat majmuk
- Kad perkataan

Nilai:
- Menghormati


Langkah 3
8 minit

MembinaKaranganPendek

Gambar Buah-Buahan
(Lampiran 4)

-Guru mengedarkan gambar buah-buahan mengikut kumpulan
- Guru meminta murid membina karangan pendek berdasarkan gambar yang diberi.
-Murid membina karangan pendek secara individu berdasarkan gambar yang diberikan mengikut kumpulan.


F.S. 8.2. A.1 (i)

Sistem Bahasa

Morfologi membina ayat.

Nilai:
- Tolong-menolong

Penutup
5 minit

Kognitif

Murid dapat membina ayat tunggal dan karangan pendek

Sosial

Murid dapat  bekerjasama dengan rakan kumpulan untuk menyiapkan tugasan.

-Guru merumuskan isi pelajaran yang dipelajari hari ini.
- Guru mengucapkan tahniah kepada murid-murid kerana berjaya mengikuti pelajaran pada hari ini.
- Guru meminta murid untuk menyanyikan semula lagu Nasyid Buah-buahan.




Lagu Nasyid buah-buahan.

KBT:
- kajian masa depan.

Nilai:
- Kerjasama



Refleksi :

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments: