Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Coretanku.....

Menceritakan Mengenai Kisah Diri Aku Sendiri...



HAKIM PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH-SEKOLAH ZON KINTA UTARA.......
(KRS, NGO, GO)

Tempat    : Kem Polis Gerakan Am, Hulu Kinta
Masa        : 7.30 Pagi - 1.00 Tengah hari
Tarikh     : 7 Mei 2011
Peserta    : Pelajar Sekolah Menengah Daerah Kinta   
                    Utara
Bilangan : > 2000 Orang Pelajar


Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia. 
Pertama kali aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Karnival Kawad Kaki yang telah memberikan peluang kepada aku dan rakan-rakan yang lain (IPG Kampus Ipoh) untuk berkhidmat sebagai Hakim (Kawad, Masa, Langkah....) dalam Karnival Kawad ini. Pengalaman yang aku perolehi tidak dapat aku lupakan seumur hidup dan menjadi pengalaman yang sangat berharga.

Jika dahulu sewaktu aku masih bersekolah, akulah yang menjadi peserta, diuji dan dinilai disiplin kawad, namun pada hari ini, aku pula yang menilai mereka. Perasaan seronok tidak terkira..:-)

Terdapat 56 Pasukan Unit Uniform yang bertanding yang terdiri daripada KRS, GO (Kadet Polis, Kadet Bomba, PKBM, JPAM) dan NGO (Pandu Puteri, Puteri Islam, St John, BSMM, Pengakap). Semua peserta dilihat berdisiplin dan ingin menjadi juara.  Aku dan GG ditugaskan sebagai hakim kawad, bersama-sama dengan hakim yang lain. 

Aku Semasa Perbarisan Akhir Untuk Majlis Penutupan
(Nampak Gemuk la...huhuhu_)


Memang seronok walaupun panas. Rasa kalau ada lagi Karnival Kawad pada masa akan datang, aku nak jadi sukarekawan untuk menjadi hakim. Best!!...hehe

Post By : Nid Al-Kahfi
19:32 P.M




Apa yang aku cari selama ini
siang dan malam silih berganti
hari pula menyusul lagi
bulan mendatang tidak henti
peralihan tahun semakin menanti 
namun tidak juga aku fahami
apakah maksud yang tersirat di hati

puas sudah aku fikirkan
puas sudah aku renungkan
mencari jawapan tidak berkesudahan
terasa diri ini tidak kutemukan
arah hidup untuk aku pastikan
agar tidak tersesat mencari jalan

Mengapa aku rasa begini
seolah hidup tidak bererti
terasa perbuatan tidak menjadi
ada sahaja kesalahan yang dicari
apakah aku tidak diperlukan lagi
untuk menjadi teman saudara saudari
aku tidak mahu menyalahkan semua
kerana semua ini ada puncanya
disebabkan sikapku yang semakin menggila
menjadi seorang egois yang tidak mengenal masa
yang menyebabkan semua tidak selesa
dan mula membenci diriku yang hina

aku sedar semua ini
datangnya disebabkan diriku sendiri
apakah yang harus aku tempuhi
sama ada sikap dan perubahan diri
yang mungkin merubah jati diri
tidak sama yusof dulu dan kini
aku cuba merubah kekurangan diri
harap semua dapat fahami
bukanlah aku memencil diri
tetapi untuk aku mengkaji
dimanakah silapnya diri sendiri
bagaimanakah pula perubahan yang perlu aku jalani
siapakah pula harus aku teladani
bilakah masanya aku perlu mulai
janganlah semua susah hati
kerana diri ini, bukanlah menteri
yang perlu dijaga setiap hari
cukup sekadar senyuman diberi
sudah cukup kuyakini diri
semuanya masih perlukan ku lagi
perlu kuubahkan sikap ini

aku bukan memohon simpati
tetapi sekadar luahan hati
apa yang tersimpan tak inginku tanggungi
perlukan ruangan untuk ditatapi
oleh diri sendiri aku nyatakan
jagalah adab tutur peribadi
agar tidak menyesal di hari nanti
sehingga kekecewaan menyelubungi hati
terasa sedih, pilu dan sayu
tiada tempat untuk mengadu
bagiku, tinta ini tenang untukku 
mencurahkan segalanya yang terpendam di kalbu
tidak semuanya boleh diluahkan kepada teman
kurasakan tidak selesa diketahui taulan
biarlah hatiku sendiri yang menceritakan
kepada akalku buat peneman
mungkin tinta ini sebahagian temuan
untuk ku singkapkan hati dan perasaan

kuharap semua dapat menerima
diriku yang hina dengan sedianya
aku tak mampu menjadi insan mulia
cukup sekadar apa yang ada
juga kekurangan dan sikap yang hina
aku mencuba menjadi teristimewa
untuk sahabat dan juga semua
selamat tinggal kepada semua
semoga bergembira tanpa diriku yang hina.....




SECEBIS KASIH BUATMU.....
aku memandang dengan seribu wajah
suka, gembira, ceria...
kau sentiasa bersamaku
tak pernah lekang setiap wktu
menjadi peneman saat duka dan sayu
kau ibarat nyawa...
kau amat diperlukan,
tanpamu, segalanya jadi tidak menentu
hidup ini rasa seperti terhenti
tiada yang membantu
kaulah hati, kaulah kasihku
setiap masa ku lihat dirimu
ku usap, kesentuh dirimu....
alngkah seronok hatiku..
saat yang aku suka
apabila kau bersuara
kaulah penghibur saat duka dan lara
sesekali engkau terpaksa kulepaskan
tak sanggup rasanya perasaan
tak mahu berjauhan, ku elakkan perpisahan
ku sentiasa menemanimu
walaupun terpaksa ku menunggu
untukmu.....rela ku korban saat dan waktu
ada kalanya aku pula yang terpksa meninggalkanmu
walaupun seketika,...
jasad berjauhan, namun hati berhampiran
kadangkala kau kesakitan
aku terpaksa berlari memberi penahan
aku sanggup keluar tengah malam
kedai tutup, 7E menjadi pilihan
agar engkau tidak putus harapan
aku sayang padamu...
tanpa engkau, tak tahulah diriku....

aku cinta padamu...
ohh....handsetku........








No comments: