Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Thursday, November 10, 2011

Pengantar Linguistik (BMM 3108)

1.0  Pengenalan

Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji secara ilmiah atau secara saintifik. Menurut Abdullah Hassan (2009), kajian bahasa merupakan satu kajian yang sama dengan bidang- bidang kajian sains lainnya yang memerlukan pemerhatian yang teliti dan mendalam. Kajian bahasa memerlukan undang- undang dan syarat- syarat tertentu berdasarkan teori- teori yang tertentu juga. Dengan perkataan lain kajian bahasa mestilah dilakukan berdasarkan data- data yang empirikal dan dapat dijadikan kenyataan. Hasil analisis yang dijalankan mestilah konsisten iaitu  tidak bercanggah satu sama lain. Hasil analisis adalah rumus- rumus yang berupa peraturan- peraturan bahasa yang perlu ringkas, tepat dan padat sifatnya.

Zaman perkembangan ilmu linguistik dalam abad ke-20 boleh dianggap sebagai zaman perkembangan linguistik moden. Kajian linguistik pada zaman ini dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan sains. Pengkajian dibuat dengan teliti dan sistematik serta berasaskan pemerhatian yang objektif. Hasil penyelidikan dalam bentuk undang- undang, tatabahasa dan boleh diuji kebenaran atau ketepatannya oleh pengkaji- pengkaji yang lain. Ramai ahli bahasa telah muncul dalam zaman ini dengan pelbagai pembaharuan dalam aspek pengkajian bahasa antaranya ialah Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield dan Noam Chomsky.

Asmah Haji Omar (1993) pula mengatakan bahawa ilmu linguistik mempunyai bidang pengkajian yang sangat luas. Pengkajian bahasa boleh dilakukan dari pelbagai aspek. Berdasarkan aspek- aspek tertentu yang dijalankan dalam pengkajian bahasa, ilmu linguistik dapat berdiri sebagai salah satu daripada disiplin- disiplin iaitu linguistik umum, linguistik deskriptif, linguistik komparatif dan linguistik sejarah.Selain itu juga, terdapat beberapa lagi matlamat




2.0  Riwayat Hidup Tokoh Linguistik Ferdinand De Saussure


Gambar 1.0 Gambar Tokoh Linguistik Ferdinand De Saussure


            Ferdinand de Saussure dilahirkan di Genewa pada tanggal 26 November 1857 dari keluarga Protestan Perancis (Huguenot) yang beremigrasi dari daerah Lorraine ketika perang agama pada akhir abad ke-16. Sejak kecil lagi, Saussure memang sudah tertarik dalam bidang bahasa. Pada tahun 1870, beliau mula mendaftarkan diri sebagai penuntut di Institut Martine, di Paris. Dua tahun kemudian selepas itu pada tahun 1872, beliau sudah mula menulis karyanya yang bertajuk “Essai sur les langues” untuk dipersembahkan untuk ahli linguistik pujaan hatinya yang bernama Pictet. Pada tahun 1874 pula, beliau meneruskan pelajarannya dalam  subjek Fizik dan Kimia di Universiti Genewa sesuai tradisi keluarganya. Namun 18 bulan kemudian, beliau mula belajar bahasa sanskrit di Berlin. Akhirnya, Saussure semakin tertarik pada kajian terhadap bahasa maka pada 1876-1878 beliau meneruskan belajar bahasa di Leipzig dan pada tahun 1878-1879 di Berlin. Di institut pengajian tinggi ini, beliau dapat menimba ilmu dari tokoh besar linguistik, iaitu Brugmann dan Hubschmann .

            Ketika bergelar mahasiswa, beliau telah membaca karya ahli linguistik Amerika, William Dwight Whitney yang membahas tentang “The Life and Growth of Language: and outline of Linguistic Science” (1875). Buku tersebut sangat mempengaruhi teori linguistik dalam kajian beliau seterusnya . Pada tahun 1878, Saussure telah menulis buku tentang “Mémoire sur le systéme primitif des voyelles dans les langues indo-européennes” yang bermaksud “Catatan Tentang Sistem Vokal Purba Dalam Bahasa-bahasa Indo-Eropa”. Kemudian, pada tahun 1880 beliau mendapat gelaran doktor dengan prestasi gemilang dari universiti Leipzig dalam kajiannya iaitu “De l’emploi du génetif absolu en sanscrit” yang bermaksud “Kasus Genetivus Dalam Bahasa Sanskrit”. Akhirnya, pada tahun yang sama juga beliau telah berangkat ke Paris.

            Pada tahun 1881, beliau telah menjadi pensyarah di salah satu universiti di Paris. Setelah lebih dari sepuluh tahun mengajar di Paris, beliau dianugerahkan pula gelaran profesor dalam bidang bahasa Sanskrit dan Indo-Eropa dari Universiti Genewa. Berkat ketekunannya mendalami struktur dan falsafah bahasa, Saussure diishtiharkan sebagai “Bapa Strukturalis”. Saussure dalam karyanya “ Course in General Linguistics”, dalam sejarah linguistik pendekatan Saussure pada umumnya dianggap menentang dua pandangan yang berpengaruh tentang bahasa.

            Pertama, pandangan Lancelot dan Grammaire de Port Royal, karya dari Arnaud, bahasa dilihat sebagai cerminan pikiran dan didasarkan atas logikal universal. Bahasa dipandang sebagai sesuatu yang bersifat rasional. Pandangan kedua datang dari ilmu linguistik abad kesembilan belas, dimana sejarah bahasa tertentu dianggap bisa menjelaskan situasi bahasa pada masa yang sama. Dalam kes yang kedua, bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa suci India Kuno yang dianggap menjadi bahasa yang tertua, diyakini menjadi bahasa yang memberikan hubungan saling berhubungkait dengan semua bahasa, sehingga pada akhirnya bahasa dan sejarahnya menjadi satu kesatuan.


Aliran Pemikiran, Sumbangan dan Sejarah Perkembangan

            Strukturalisme yang dibawa oleh Ferdinand de Sausurre  adalah cara manusia berfikir dalam mendasari semua pemikiran abad moden ini. Linguistik dalam aliran pemikiran beliau merupakan salah satu ilmu yang paling sistematik dalam bidang humaniora. Kedua kegiatan itu pada dasarnya diletakkan oleh Sarjana Swiss, Ferdinand de Saussure pada awal abad ke-20 dalam kuliahnya yang berjudul “Cours de Linguistique Generale Strukturalisme”  yang bermaksud suatu gerakan pemikiran falsafah yang mempunyai pokok fikiran bahawa semua masyarakat dan kebudayaan mempunyai suatu struktur yang sama dan tetap. Ciri khas strukturalisme ialah pemusatan pada deskripsi keadaan sebenar objek melalui penyelidikan, penyingkapan sifat-sifat instrinsik yang tidak terikat oleh waktu dan penetapan hubungan antara fakta atau unsur-unsur sistem tersebut melalui pendidikan .

            Aliran pemikiran Strukturalisme berkembang dalam menyingkap dan melukiskan struktur inti dari suatu objek. Sebagai contoh hirarki iaitu kaitan timbal balik antara unsur-unsur pada setiap tingkat. Gagasan-gagasan strukturalisme juga mempunyai metodologi tertentu dalam memajukan pengajian tentang Interdisipliner iaitu gejala-gejala budaya dalam pendekatan ilmu-ilmu humaniora dan alam. Tetapi, awal pengenalan struktural dalam berbagai bidang pengetahuan menimbulkan usaha yang sia-sia untuk mengangkat strukturalisme pada wilayah filosofis.

            Dalam konteks falsafah, strukturalisme berperanan penting dalam teori-teori pengetahuan yang berpusat pada wilayah bahasa mahupun budaya. Oleh sebab itu, epistemologi bahasa maupun budaya sangat inheren dalam hubungkait nilai-nilai kemanusiaan yang tercerabut pada wilayah Interdisipliner. Sungguh pun begitu, ketika struktur pengetahuan mengupas unsur-unsur filosofis yang memanifestasikan subjek dan objek pengetahuan, sehingga memperkuat landasan filosofis yang dibangun dalam struktur karya mahupun bahasa. Ketika kita mengkaji gerakan pemikiran falsafah, perkara yang perlu dikehadankan ialah semasa membaca pemikirannya.

            Pada pandangan Steven Best dan Douglas Kellner pula, strukturalisme merupakan konsep-konsep struktural linguistik dalam sains manusia yang mereka gunakan untuk merekonstruksi dasar yang lebih mapan. Sebagai contoh, Levis-Strauss menerapkan analisis linguistik terhadap kajian sosial mitologi, sistem kekeluargaan dan fenomena antropologis, sedangkan Lacan pula mengembangkan psikoanalisa struktural manakala Althusser mengembangkan Marxisme struktural. Perkara ini, menyebabkan strukturalis diatur oleh kod dan aturan-aturan yang tidak betul. Sebagai contoh, bahasa membentuk makna melalui serangkaian oposisi yang berbeza-beza, atau ketika mitologi mengatur prilaku makna dan teks menurut sistem atau aturan kod.

            Saussure juga merupakan orang pertama merumuskan secara sistematik cara untuk menganalisa bahasa untuk memahami sistem tanda atau simbol dengan menggunakan analisis struktural dalam kehidupan masyarakat. Menurut Saussure juga bahasa adalah sistem tanda yang paling lengkap kerana mengungkapkan gagasan struktural yang terungkap dalam sistem tanda dan simbol tersebut. Oleh yang demikian, bahasa sangat penting dalam sistem interdisipliner yang mencakupi pada wilayah nilai dan makna sehingga memperkuat landasan filosofis yang dianalisis. Kajian Saussure memang tidak lepas dari aspek linguistik, sehingga analisis strukturalisme yang digagasnya mempunyai relevansi dengan sistem tanda mahupun bahasa. Perkara ini menyebabkan strukturalisme berupaya mengisolasi struktur umum aktiviti manusia dengan mengaplikasikan analogi pertamanya dalam bidang linguistik.

            Seperti yang diketahui, linguistik struktural telah melakukan empat perubahan dasar. Pertama, linguistik struktural berhubungkait  dari kajian fenomena linguistik sedar ke kajian infratuktur tidak sedar. Kedua, linguistik struktural tidak melihat pengertian sebagai istilah entity independen, dan menempatkan hubungan antara pengertian sebagai landasan analisisnya. Ketiga, linguistik struktural memperkenalkan konsep sistem. Keempat, berusaha menemukan sistem hukum umum.

            Walaupun beliau telah  melakukan perubahan secara mendasar, strukturalisme yang digagas Saussure banyak mendapatkan kritikan pedas dari pelbagai ahli falsafah yang kompeten dalam bidang strukturalisme. Salah satunya ialah Derrida yang secara tegas mengkritik landasan filosofis strukturalisme Saussure. Pertama, Derrida meragukan kemungkinan hukum umum. Kedua, beliau  mempersoalkan oposisi antara subjek dan objek, yang menjadi dasar diskripsi yang objektif. Menurut Derrida, diskripsi objek tidak dapat dilepaskan dari pola hasrat subjek. Ketiga, beliau mempersoalkan lagi struktur oposisi biner. Derrida mengajak kita untuk memahami oposisi bukan dalam pengertian lain, tetapi harus didasarkan pada pemahaman yang holistik iaitu menyeluruh  mengenai persamaan yang seimbang, sehingga tidak menjadi pertentangan gagasan yang hanya akan melahirkan kejumudan dalam pendirian ahli falsafah.

            Namun demikian, kita harus yakin bahawa tujuan seluruh aktivitas strukturalis, dalam bidang pemikiran mahupun bahasa adalah untuk membentuk kembali sebuah objek. Melalui proses ini juga ia akan diperkenalkan aturan-aturan fungsi dari objek tersebut. Pada satu tahap, strukturalisme secara efektif merupakan kesan objek (simulacrum) yang menghasilkan sesuatu yang akan dilihat atau bahkan tidak menghasilkan ketidakjelasan dalam objek natural. Dalam konteks ini, strukturalisme menekankan pada penurunan subjektif dan makna yanng berbeza dengan keutamaan sistem simbol, ketidaksadaran, dan hubungan sosial.

            Dalam model ini, makna bukan merupakan ciptaan dan tujuan subjek yang dibentuk melalui hubungan dalam bahasa, sehingga subjektif dilihat dalam konteks konstruksi sosial dan linguistik.Perkara ini menyebabkan parole atau kegunaan khusus bahasa oleh subjek-subjek individual ditentukan oleh langue dalam sistem bahasa itu sendiri. Analisis strukturalis baru dalam beberapa hal merupakan produk perubahan linguistik yang berakar dari teori semiotika Saussure. Analisis yang telah dibuat  bahawa bahasa dapat dianalisa dalam hal hukum operasi terakhirnya, tanpa mengacu pada sifat dan evolusi sejarahnya, sehingga Saussure menginterpretasikan tanda linguistik (linguistic sign) sebagai sesuatu yang terbentuk dari dua bahagian yang terkait secara integral atau sebuah komponen akuistik-visual, tanda dan komponen konseptual, dan petanda (signified). Oleh itu, tidak menjadi masalah jika Saussure menekankan dua sifat bahasa yang merupakan nilai terpenting dalam memahami perkembangan teori kontemporer. Pertama, dia melihat tanda linguistik bersifat arbitrari, yaitu tidak ada hubungan alamiah antara tanda dan penanda. Kedua, dia menekankan bahawa tanda merupakan sesuatu yang berbeza, iaitu sistem makna telah memperoleh signifikannya.

            Menurut analisis strukturalisme di atas, gagasan yang paling mendasar dari Saussure tentang strukturalisme adalah sebagai berikut. Pertama, diakronis dan sinkronis. Hal ini merujuk  suatu bidang ilmu yang tidak hanya dapat dilakukan menurut perkembangannya, melainkan melalui struktur yang se zaman. Kedua pula ialah langue-parole. Langue adalah penelitian bahasa yang mengandung kaedah-kaedah dan telah menjadi konvensi. Sementara parole adalah penelitian terhadap ujaran yang dihasilkan secara individual. Ketiga, sintagmatik dan paradikmatik (asosiatif). Sintagmatik adalah hubungan antara unsur yang hadir dan yang tidak hadir, dan dapat saling menggantikan karena bersifat asosiatif (sistem). Keempat, penanda dan petanda. Saussure menampilkan tiga istilah dalam teori ini, yaitu tanda bahasa (sign), penanda (signifier), dan petanda (signified).

            Menurutnya, setiap tanda bahasa mempunyai dua sisi yang tak terpisahkan, kerana masing-masing saling memerlukan. Dengan demikian, gagasan strukturalisme Saussure lebih menekankan terhadap aspek linguistik yang berupa bahasa, sistem tanda, simbol, mahupun kod dalam bahasa itu sendiri. Akhirnya tidak menjadi masalah tentang status Saussure dikenal sebagai bapa linguistik yang sangat kompeten dalam menganalisis makna dibalik teks bahasa maupun simbol-simbol yang berlatar belakangnya.

            Akhirnya dari pelbagai sudut ahli falsafah lain, seperti ahli antropologi Claude Levi-Strauss, ahli sosiologi Pierre Bourdieu, atau ahli piskoanalisis Jacques Lacan dan Roland Barthers dalam kritik sastera dan semiotika, pandangan Saussure ini membuka jalan bagi pendekatan yang lebih tajam dan sistematik terhadap ilmu-ilmu kemanusiaan, pendekatan yang berusaha secara serius untuk memahami keunggulan lingkup sosio-kultural pada manusia. Mungkin juga keberatan utama pada penterjemahan penekanan Saussure terhadap struktur ke dalam kehidupan sosial dan kultural adalah kerana ia memberi cukup banyak kesempatan pada peranan  individu dan keupayaan kebebasan manusia sebagai hasil dari kehidupan sosial dan bukan pula sebagai asal usul atau sebab, menjadikannya di mata peneliti tampak agak terbatas.



No comments: