Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Kisah Hidup Aku...

Salam Ukhwah dan Salam Perpaduan

Nama diberi Mohammad Yusof Bin Abd Latip
Diberi didikan agama, kesopanan dan juga tertib
Menuntut ilmu, pengalaman yang ingin dikutip
Hajat menjadi imam dan juga khatib

Lahirnya aku pada 1 Mac 1990
Anak bongsu dari lima beradik
Diasuh supaya menjadi anak yang baik
tetapi diri ini bukannya baik
tetapi mencuba menjadi yang terbaik

Semua orang ada pengalaman yang pelik
termasuklah aku yang sememangnya pelik
pengalaman pahit yang pelik-pelik
jarang ditemui dan sangat pelik
usia 5 tahun aku sangat tertarik
pada racun rumpai berwarna menarik
membuatkan aku ingin mengorek
penutup racun yang sangat menarik
kubuka, kujilat, jadikan mak aku menjerit
segalanya berdarah buatkan aku rasa sakit
seminggu di hospital, membuatkan aku serik
pengalaman dilalui kurasakan perit

aku seorang yang hiperaktif
segala permainan kujadikan kreatif
selok beloknya akulah yang arif
ting-ting, belon acah, lubang tikus, aku inovatif

6 tahun ku kesekolah tadika
perasaan seronok pembelajaran ku timba
ramai kawan sepermainan aku ada
berlari, melompat, aku yang ketua
sering dimarah guru dan juga didenda
nak buat macam mana, masa tu aku mentah dan muda

7 tahun ku kesekolah rendah
nakalnya aku nauzibillah
semakin ditegur semakin ku tak endah
asyik dimarah bila balik ke rumah
apa taknya, baju yang putih menjadi merah
ditanah padang, kotorannya aku redah
keputusan periksaku asyik terendah
buat tak tahu, ku buat tak endah

darjah 3 ku mula berubah
mula belajar mencari arah
nak kata hensem, mungkin bolehlah
sehinggakan kawan mula mencelah
masih belum berpunya ataupun dah sudah
tapi aku rasa geli nak muntah
tak tahu apa itu kata bermadah
aku rimas dan buat tak endah
hinggakan si dia mula berubah
setiap berjumpa si dia marah
ada saja silapku die menjerkah

darjah 4 ku jadi pengawas
belagak seperti harimau yang ganas
pantang pijak rumput aku mengganas
catat nama dan juga kelas
sampai ku jumpa buku dan ruas
senior yang jahat buatku rimas
sering diugut dan juga memeras
bagaikan batu aku mengeras
jadi pendiam ku takut dan cemas

ketua pengawas jawatan ku sandang
tahun 6 aku kembali garang
habis junior matanya bergenang'
takutkan aku sopannya mendatang
mula belajar dengan tenang
semakin meningkat prestasi cemerlang
biasanya ketinggalan, kini dah gemilang
UPSR ku juga jadi terbilang
taklah semua A, hanya 1C buatku bengang

setelah itu, aku punyai keyakinan
untuk berkawan dengan yang cemerlang
terasa kekok dan sering dibuang
tidak pandai bergaul dengan diaorang
iyalah, bukannya calang-calang orang
5A UPSR, mereka dipandang orang

sekolah menengah aku menyendiri
baru nak belajar hidup berdikari
sekadar bergaul teman sendiri
hanya senyuman yang aku beri
pada rakan baru yang aku kenali
takut terhegeh-hegeh menonjol diri
biarlah diaorang yang datang kemari...hehehe

tingkatan dua aku dicalonkan
menjadi pengawas bukannya perpustakawan
terasa takut menerima cabaran
ramai senior yang panas baran
menjadi takut menjalankan tugasan
hanya tersenyum bila berjalan
elak dibuli apabila berdepan

aku mendapat sentuhan semangat
guru-guru menjadi penguat
untuk aku mula menyengat
mengaktifkan diri menonjolkan matlamat
untuk menjadi pelajar terhebat
lakonan drama aku terlibat
tingkatan dua hingga empat
nasyid, bola baling, dan juga kawad
berzanji, tilawah dan juga debat
tidak lupa, sajak pun terlibat
kelab, persatuan, unit uniform aku semangat
semuanya untuk menonjolkan bakat

Masa form 3, PMR aku taklah hebat
4A4B, menjadi penguat
untuk belajar di tingkatan empat
menjadi arkitek impianku tekad
lukisan kejuruteraan subjek yang aku dapat
sesuai benar dengan cita dan matlamat
ku bersyukur atas segala nikmat

Alhamdulillah nasib aku menempat
ketua pengawas, tanggungjawab aku di ikat
memimpin pelajar yang degil teramat
kadang ku pening dan juga penat
melihat kerenah yang semakin tenat
tak dengar kata bila diperingat
peraturan sekolah gagal dibuat
bila didenda, satu badan melompat
belagaknya, ingat sekolah bapak dia yang buat!!..

Rezeki Allah dan doa ibu ayahku
anugerah tokoh jadi milikku
kokurikulum terbaik juga aku sapu
sahsiah terpuji juga gelaran untukku
inilah balasan membantu guru
yang Maha Adil yang sentiasa tahu
keikhlasan yang tersemat dalam di dalam kalbu
syukur teramat sedih berpadu
Allah sahaja tempatku mengadu

tingkatan 5 persekolahan terakhirku
hatiku sedih dan juga sayu
terpisah dengan rakan seperjuanganku
entah bila lagi bertemu
adakah masa dan juga waktu
hanya kenangan gurauan terbuku

selepas SPM, aku bekerja
buruh binaan aku mencuba
agak letih tetapiku gembira
mendapat kemahiran yang sukar dicuba
sementara menunggu keputusan periksa
apa salahnya, aku bekerja
mencari pengalaman di masa yang ada
keperitan mencari rezeki merata
tidak kira penat dan juga sengsara
hanya mencari kehidupan sejahtera

Nak rasa kecewa, tak bolehlah juga
sebab itu sahaja rezeki yang ada
3A, yang lain kredit sahaja
itulah keputusan SPM yang tiba
hanya berserah nasib yang menimpa
namun aku tidak berputus asa
mencuba nasib selagi ada
memohon semua tawaran yang ada
Maktab, Politeknik , UPU dan semua
menanti mengharap, masa depan berada

Semua interview aku pergi
lagaknya macam diterima pasti
tapi nak wat camne, kena yakinkan hati
kalau tidak melepas nanti
salah betul aku tak pasti
yang penting mencuba kefahaman diri
dapat atau tidak, urusan Illahi
nasib termaktub berusaha mencari

Ya ALLAH...adakah aku bermimpi
dapat panggilan masuk IPG
gembiranya sampai ternampak gigi
sampai ku sering sujud sahwi
sujud syukur setiap hari
inilah masa depan yang aku nanti
akhirnya terkabul hasrat di hati
menjadi pendidik satu hari nanti
yang dapat membantu dikubur nanti

Nanti aku sambung lagi
kisah selanjut aku di IPG
banyak ragam yang aku tempuhi
nantikan kisah di lain kali
terkasar bahasa harap dimaafi
aku insan baru mengenali
dunia sebenar akan aku tempuhi
bergelar guru aku angani
menjadi kenangan yang aku ingati.......

(bersambung)