Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Wednesday, April 27, 2011

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN 2...

Bahagian 2

41) Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap


42) Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya


43) Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci


44) Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang


45) Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata


46) Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10


47) Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya


48) Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang


49) Diet Panda ialah 99% buluh


50) Deria rasa rama-rama ialah di kaki belakangnya


51) Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya


52) Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam)


53) Cengkadak hanya mempunyai satu telinga


54) Hanya nyamuk betina yang akan menggigit kerana protien dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur


55) Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun


56) Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.


57) Labah-labah mempunyai hidung dikaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya


58) Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m(8 kaki)


59) Seekor biri-biri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air  selepas mandi 


60) Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian




Bersambung bahagian 3...

No comments: