Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Wednesday, April 27, 2011

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN 4

Bahagian 4

81) Ekor monyet membantunya untuk imbangan


82) Ikan emas akan akhirnya bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap


83) Sotong mempunyai tiga jantung


84) Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang.Bila tidur tiada bau yang keluar


85) Burung bangau bukan dilahirkan warna merah muda. Warna diperolehi dari makanan yang mengandungi pewarna "carotenoids". Boleh mengambil masa sehingga 3 tahun untuk anak bangau bertukar dari kelabu ke warna merah muda


86) Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka.
 
87) Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan.

88) Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak mengeluarkan haba . Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan 10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba 

89) Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam. Semasa menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan seminit.Dengan cara ini oksigen digunakan lebih perlahan oleh itu ia boleh berada di dalam air lebih dari 30 minit 

90) Beruang kutub tidak boleh di kesan oleh camera inframerah kerana bulunya lut sinar.

91) Burung kiwi adalah buta oleh itu mereka memburu dengan menggunakan deria bau.

92) Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah. Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)

93) Ayam Belanda menghidap penyakit jantung. Tentera Udara Amerika sedang menjalankan ujian batasan bunyi dan ayam belanda yang berdekatan mati disebabkan serangan penyakit ini.

94) Gigi beaver terlalu tajam dan puak orang asli Amerika pernah menggunakannya sebagai mata pisau

95) Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya

96) Seekor siput mempunyai 25000 gigi, betul bacaan anda tadi dua puluh lima ribu

97) Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera. Tikus boleh melompat sehingga 12 inci

98) cacing pita akan makan diri sendiri jika tidak dapat mencari bekalan makanan

99) Burung helang boleh membunuh anak rusa dan kemudian membawanya terbang

100) Beruang dewasa boleh berlari sepantas seekor kuda

Sambung bahagian 5...

No comments: