Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Wednesday, April 27, 2011

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN....

Bahagian 1




1) Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yg dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.


2) Spesis ular laut memiliki bisa 10 kali ganda lebih kuat berbanding bisa ular tedung selar. Pada 1932, sekumpulan besar ular2 laut berbisa telah dilihat berkumpul di Selat Melaka. Perhimpunan ular2 itu mencapai 10 kaki lebar dan memanjang 70 batu. Apakah agaknya nasib kita kalau terjatuh ke dalam himpunan ular2 tu? Eerrkkk....


3) Gajah memerlukan 250 kg sayuran dan 200 liter air sehari. Belalainya boleh menyimpan air sebanyak 9 liter pada satu2 masa.


4) Anjing juga menghadapi masalah sakit perut. Untuk mengatasinya, ia akan memamah rumput. Dengan cara ini, haiwan ini dapat memuntahkan semula isi perutnya dan sekaligus kesakitannya lega


5) Tikus mondok boleh menggali terowong sepanjang 300 kaki dalam masa 1 malam sahaja


6) Ikan terkecil di dunia dadlah Trimattum Nanus yang terdapat di kepulauan Chagos. Ukurannya 0.0075 mm panjang.


7) Labah2 betina selalunya akan membunuh dan memakan pasangannya selepas mereka mengawan.


8) Ayam akan menghasilkan telur yang lebih besar jika lampu dinyalakan selama 28 jam di rebannya. Keadaan ini akan mengelirukan ayam bahawa waktu siang adalah amat panjang.


9) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.


10) Kedudukan mata keldai membolehkannya melihat keempat2 kakinya tanpa perlu menoleh kepala.


11) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.


12) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya


13) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!


14) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!


15) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam sementara seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.


16) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.


17) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.


18) Tiram boleh bertukar jantina.


19) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.


20) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.


21) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.


22) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung. Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun dan belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!


23) Lembu adalah haiwan yang buta warna manakala rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.


24) Telur unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.


25) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.


26) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.


27) Rama-rama tidak mempunyai perut dan Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.


28) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air manakala Buaya pula tidak boleh mengundur


29) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!


30) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.


31) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja


32) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.


33) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!


34) Walaupun manusia adalah makhluk terhebat di alam maya, Namun dalam beberapa aspek, kita tidak berupaya menandingi haiwan ini, misalnya......

~~ Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

~~ Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam. Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.



35) Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

36) Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua

37) Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia

38) Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

39) Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat

40) Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m


Sambung bahagian 2....


No comments: