Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Wednesday, April 27, 2011

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN 3

Bahagian 3

61) Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka


62) Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya


63) Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala


64) Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan "tangan" yang baru akan tumbuh


65) Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya


66) Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari


67) Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan


68) Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!


69) Penyu dan kura-kura mempunyai kulit pelindung keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka


70) Sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiat nya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah


71) Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga bes


72) Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan/atau kisar makanan semasa penghadaman


73) Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat


74) Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan


75) Harimau bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulit nya juga berbelang


76) Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya


77) Kumpulan angsa akan berjalan dalam garisan panjang, terbang dalam bentuk V. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang mengikut, malah lebih 70% daya penerbangan jika dibandingkan terbang bersendirian


78) Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak?


79) Ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah "menyelesaikan" masalah ini dengan hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.


80) Landak diahirkan bogel dan "duri" di badannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam




Sambung bahagian 4..

No comments: