Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Sunday, May 8, 2011

HUKUM MERAIKAN SAMBUTAN HARI IBU


Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.
Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.
Sambutan hari ibu juga diambil perhatian berikutan timbul isudari  artikel wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.
Pada masa yang sama berdasarkan artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, contohnya darimysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :
Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.
Garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor boleh dilawati di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.

* Kita fikir dan nilailah daripada kedua-dua post di atas. Yang penting, niat kita bila menyambutnya. Jika hubungan antara ibu dan anak semakin rapat dan baik apabila mengucapkan ucapan "selamat Hari Ibu" , pendapat saya, adalah digalakkan kerana ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sudah mestinya ramai masyarakat Malaysia menyambutnya kerana saya percaya boleh dikatakan semuanya berniat untuk menghargai Ibu mereka. Mungkin apabila diadakan sambutan Hari Ibu ini, dapat memberi ruang kepada anak-anak yang malu dan segan 'menghargai' ibu mereka pada hari-hari biasa dan dengan adanya Sambutan Hari Ibu ini, anak-anak dapat memberikan penghormatan kepada ibu mereka. Sama seperti kebanyakan masyarakat Malaysia, khusunya masyarakat Melayu, kita menganggap memohon maaf atas kesilapan kita kepada ibu bapa dan sesama keluarga hanyalah pada Hari Raya. Budaya ini amat baik dilakukan cuma perlu penambahbaikkan iaitu, untuk memohon kemaafan dan menghargai ibu bapa, tidak khusus untuk hari tertentu tetapi khusus setiap detik, setiap saat, setiap jam dan setiap hari. 
Anak-anak pula perlulah selalu menghubungi ibu bapa dan keluarga mereka yang berjauhan. Bagaimana seorang perempuan merindui kekasih lelakinya yang berjauhan, Seorang Ibu berkali-kali ganda merindui kita. Kita yang masih belum mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga, seharusnya dapat memberikan sepenuh perhatian kepada ibu bapa kita. Selagi mereka masih ada, senangkanlah hati mereka. Hargai mereka. Jangan sampai Sakaratulmaut datang menjemput mereka, barulah kita berasa menyesal kerana tidak memberikan peluang dan ruang untuk menghargai mereka.

No comments: