Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Tuesday, October 19, 2010


haaa....
inilah yang pertama hendak aku kongsikan
tercapai juga hajat yang aku impikan
nak berkongsi cerita tentang keselamatan
untuk penunggang motor yang baik budiman
patuhi peraturan yang ditetapkan

terpampang kisah di dada-dada akhbar
mayat bergelimpangan jadikan iktibar
akibat menunggang tanpa sedar
ikutkan hati hilanglah sabar
pantang disergah dan juga dicabar

nak kata tiada fikiran, akal dah diberi
ciptaan sempurna ciptaan Ilahi
mengapa perlu menyiksa diri
mengapa tidak hidup dihargai
peluang yang diberikan hanya sekali
alam barzakh bakal menanti
cukupkah sudah persediaan diri
untuk menjawab soalan diberi
alam kubur tersangatlah ngeri
tanpa cahaya yang dapat menerangi
yang membantu amalan yang didiri
syahadah, solat, puasa, zakat dan haji
rukun Islam sudahkah dipenuhi??

sedarlah pemuda dan juga pemudi
kucing yang tidak dipertanggungjawabkan amalan pun takut mati
pakai helmet melindungi diri
mengapa tidak kita sendiri
yang mempunyai akal dan juga naluri
jagalah keselamatan diri
tungganglah motosikal berhati-hati
jangan lupa memakai topi
topi keledar yang kita beli
disamping bersedia untuk mati
persiapkan amalan bekalan membantu diri
untuk kehidupan akhirat nanti

sekian sahaja warkah kali ini
lain kali saya tulis lagi
sekarang nak buat kerja yang diberi
amanah yang tersedia menanti
semoga kita diberkati
oleh Ya Rahman Rabbul Izzati

No comments: