Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Wednesday, October 27, 2010

Ibu....

untuk artikel yang sebelum ni aku ceritakan mengenai ayah. Kita wujud dekat dunia ni dengan lahirnya kita daripada rahim ibu. Kalau ibu kita tak ada, tak adalah kita ni. Jika nak diceritakan ibu dan ayah, mana yang lebih perlu diutamakan ialah ibu. Rasulullah sendiri pernah didatangai oleh sahabat dan bertanya kepada Rasulullah, siapakah insan yang perlu dihormati, ditaati selepas Allah dan Rasul. Sahabat bertanya "Siapakah ia Ya Rasulullah?", Jawab Rasulullah "Ibumu". Pertanyaan ini ditanya sehinggalah kali yang keempat, barulah Rasulullah menjawab "Ayahmu". Jelas disini menunjukkan betapa mulianya kedudukan seorang ibu berbanding ayah. Rasulullah telah menyatakan bahawa tanggungjawab dan ketaatan kepada insan yang bernama ibu tiga kali daripada seorang ayah walaupun secara zahirnya kita melihat ayahlah yang mencari nafkah untuk menyara keluarga, namun, penghormatan yang begitu tinggi Allah S.W.T telah meletakkannya kepada insan bernama IBU. Ibulah yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, sepanjang tempoh inilah ibu menanggung sakit, lenguh-lenguh,dan menyukarkan pergerakan ibu. Namun, apa yang kita lakukan untuk ibu bagi membalas jasanya yang mulia itu, mari sama-sama kita lihat.

  • Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
  • Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.
  • Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
  • Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
  • Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
  • Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!
  • Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.
  • Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
  • Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.
  • Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
  • Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
  • Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.
  • Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.
  • Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
  • Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.
  • Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
  • Berusia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”
  • Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”
  • apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.
  • Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”
  • Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.
  • Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.
  • Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.
  • Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.
Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Apa yang ditulis ni bukannya rekaan. Bukannya khayalan. Inilah perkara sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita. Kadangkala aku terfikir, bila kita nak pulang ke kampung bila ada kelapangan, waktu cuti, ramai kawan-kawan kita cakap, "Ala, anak mak la die ni. Manja sangat". Ayat nilah aku selalu dengar bila aku nak pulang ke kampung. Bagi aku, lantaklah nak cakap aku anak mak ke, anak manja ke, tak kisahlah. selagi aku ada kesedaran, selagi aku ada kemampuan, aku akan cuba sedaya upaya aku yang termampu aku buat untuk menyenangkan hati mak. Setitis airmata kegembiraan yang mengalir pada pipi mak, bagi aku lebih berharga daripada diri aku sendiri. Tapi, setitis airmata kekecewaan, kesedihan atas perbuatan kita, tiada apa yang dapat dilakukan. Tidak akan bahagia dan tidak tenteramlah hidup. Hidup walaupun dilmpahi dengan kemewahan, tiadalah keberkatannya. Oleh itu, jagalah hati ibu, ingatlah sewaktu kecil dulu, Ibu sanggup berlapar kerana kita. Ibu sanggup pendamkan keinginan nak makan ayam goreng semata-mata nak membelikan mainan untuk kita. Tapi apa yang kita buat??..adakah kita hargai pemberian ibu? apa yang kita lakukan dulu, merosakkan mainan tersebut. Bila dah rosak, merengek, menangis nak permainan yang lain. Kadangkala ibu sanggup bergaduh dengan ayah, nak mintak duit beli barang dapur. Dulu hidup susah. Pendapatan Rm500. Itulah nak bayar bil, bayar yuran kakak, yuran kita sekolah. kita pula semakin menyusahkan ibu. Bila ibu dah macam tu, kita bergaduh dengan kakak. Habis pecah pasu ibu yang ibu kumpul duit untuk beli pasu tu. Tapi sekarang, apa yang kita lakukan untuk membalas jasa ibu??...fikir-fikirkanlah. Jangan sampai kita salah seorang daripada apa ditulis ni...Nauzubillah...!!!!

No comments: