Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Wednesday, October 20, 2010

secebis kasih buatmu,,,,,,...

aku memandang dengan seribu wajah
suka, gembira, ceria...
kau sentiasa bersamaku
tak pernah lekang setiap wktu
menjadi peneman saat duka dan sayu
kau ibarat nyawa...
kau amat diperlukan,
tanpamu, segalanya jadi tidak menentu
hidup ini rasa seperti terhenti
tiada yang membantu
kaulah hati, kaulah kasihku
setiap masa ku lihat dirimu
ku usap, kesentuh dirimu....
alngkah seronok hatiku..
saat yang aku suka
apabila kau bersuara
kaulah penghibur saat duka dan lara
sesekali engkau terpaksa kulepaskan
tak sanggup rasanya perasaan
tak mahu berjauhan, ku elakkan perpisahan
ku sentiasa menemanimu
walaupun terpaksa ku menunggu
untukmu.....rela ku korban saat dan waktu
ada kalanya aku pula yang terpksa meninggalkanmu
walaupun seketika,...
jasad berjauhan, namun hati berhampiran
kadangkala kau kesakitan
aku terpaksa berlari memberi penahan
aku sanggup keluar tengah malam
kedai tutup, 7E menjadi pilihan
agar engkau tidak putus harapan
aku sayang padamu...
tanpa engkau, tak tahulah diriku....

aku cinta padamu...
ohh....handsetku........

No comments: