Setitis Tinta Seribu Bicara

pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....





Tuesday, October 19, 2010

masih adakah yang......

Assalamualaikum...W.B.T..salam perpaduan, salam 1 Malaysia...


awal bismillah pembuka wacana
saya menulis bukan mencela
hanya untuk bersuka ria
mengisi kekosongan dimasa yang ada
berkongsi pendapat dan juga idea
agar pemikiran sentiasa terbuka
tidak terhad sesuatu perkara
ikut sesuai yang mana suka
baru menapak banyak salahnya
sungguh begitu tidak mengapa
aku kan insan biasa
salah dan silap lumrah manusia
tiada manusia yang begitu sempurna
hanya Rasul junjungan mulia

saya menulis dengan tujuan
untuk mencari rakan dan taulan
sesiapa yang sudi mari berkenalan
dapat berkongsi buah fikiran
pelbagai perkara kita kongsikan
pendidikan, isu semasa dan juga hiburan

pertama kali menghantar artikel ini
sungguh gembira riang sekali
tak sabar ingin menghantar lagi
artikel lain dalam blog ini
jangan lupa saya di sini
inilah saya Nid Al-Kahfi....

No comments: